Tuesday, June 30, 2009

Karipap

Hari ni Pn Mama kena buat karipap.Anak teruna Pn Mama request karipap lagi. Katanya esok nak bawak pergi "school". Tapi dia kata tak nak yang lapis-lapis tau....yang biasa punya je. Puas Pn Mama fikir....lapis2?? Lepas puas fikir...baru perasan....dia tak nak karipap pusing... dia nak karipap biasa je... ooooo..... senang la kerja Pn Mama....

Sunday, June 28, 2009

Award

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.
Dapat dari Fatin yang nun kat perlis tu.. Terima kasih ye fatin...

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.
Amboi ramainyer.....
Macam ni la... sesape yang masuk kat rumah ni...sudi-sudikan la ambil....
Ikhlas dari saya......

Friday, June 26, 2009

Ayam Kicap Berempah

Hari ni nak try masak kicap. Tak pernah lagi buat ayam masak kicap kat rumah ni. So untuk kali ni Pn Mama nak try buat ayam masak kicap berempah. Selalunyer kanak-kanak dengan kicap ni memang tak dapat di pisahkan so, Pn Mama rasa mesti "laku" lauk Pn Mama hari ni..... insyaallah. Untuk resepi ni, Pn Mama ceduk dari MYR .....resespi Pn Ana. Terima kasih kepada ANA WAHID....... hehehehhe.... (lama tak borak ye) Alhamdulillah....anak teruna Pn Mama suka...... En Hb pun suka jugak..... tak sia-sia mencuba!!!!!!

Thursday, June 25, 2009

Jom Menyiput!!

Dah lama Pn Mama tak buat kuih ni. Bukan setakat Pn Mama saja yang berminat dgn kuih ni, anak teruna Pn Mama pun suka. Sejak dari musim cuti sekolah lagi dia request nak makan kuih ni, tapi masih tidak berkesempatan nak buat. Hari ni macam keadaan okay sikit, jadi Pn Mama pun start la menguli. Buat sikit aje.....takde assistant nak menyiput!!!!! Disebabkan takde assistant, dah letih lak menyiput, Pn Mama buat versi kuihgunting la. sakit ibu jari dah ni!!!! Jom rasa....panas lagi ni....

*p.s - Alamak sorry la gambar agak blur la sikit!!!!!!


Saturday, June 20, 2009

Kari Kepala Ikan

Hari ni pepagi lagi Pn Mama dah masak. Pn Mama dan En Hb ada hal di luar, so sebelum keluar rumah tu, Pn Mama masak untuk anak-anak takut nanti lambat sangat balik at least lauk dah siap. So Pn Mama masak Kari Kepala Ikan.

Friday, June 19, 2009

Lala Masak Lemak

Dah lama teringin nak masak Lala masak lemak ni....selalu tengok kat "rumah" kengkawan...... tapi bila pergi pasar je.... macam malas pula nak beli. So malam tadi, En Hb pergi pasar.... Pn Mama kirim suruh beli Lala ni...... sampai juga hajat !!!!! Kalau sendiri pergi pasar..... tak beli pulak. So kita lunch dengan Lala hari ni..... jemput makan....panas lagi ni!!!!!


Tuesday, June 16, 2009

Musim Buah-buahan

Lama sungguh Pn Mama tak "update" n3. Bermula dari musim cuti sekolah , adik-adik En Hb datang ke rumah Pn Mama. Jadi, ada sikit sibukla ketika itu. Selepas tu pula, En Hb pula kea bekerja di luar daerah, ke pantai timur, so kami mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung seterusnya bercuti. Selepas itu pula, anak teruna Pn Mama nak tinggal di kampung bersama ibu Pn Mama, so kena la pulak hantar anak teruna Pn Mama tu untuk tinggal bersama-sama neneknya. Jadi memang tak sempat la nak buat N3 ke, pun takde aktiviti yang menarik untuk di ceritakan.
Namun begitu, balik kampung kali ni, ada aktiviti untuk En Hb. Ibu Pn Mama telah mengajak beliau untuk pergi melihat kebun getah dimana kat situ arwah datuk Pn Mama ada menanam pokok buah-buahan seperti durian dan manggis. Jadi En Hb, kena masuk kebun la......... hahahahaha!!!! So merasa jugakla buah durian kebun tersebut.
Ini antara buah maggis yang kami ambik dari kebun tersebut. Buah durian.....tak sempat snap....dah licin!!!!!! Kalau ada rezeki dapat buah durian lagi...Pn Mama ambik gambar ye.....