Friday, August 28, 2009

Daging Black Pepper

Masakan ini memang menjadi menu utama setiap minggu. Ini kerana anak teruna Pn Mama tu suka sangat dengan Daging Blackpepper ni. Kalau nak tengok dia makan dengan banyak..... buatla daging stail ni.... insyaallah makan mesti bertambah.

Kuih Tepung Bunga

Ini salah satu makanan ata kuih tradisional Terengganu yang menjadi kegemaran Pn Mama. Namanya Kuih Tepung Bunga. Nama dengan rupa kuih ni....macam tak "matching" je kan. Tapi itu la namanya. Tak pasti kenapa. Kuih ni adalah salah satu dari kuih tradisinal Negeri Terengganu. Di perbuat dari tepung pulut dan santan. Kebiasaannya hanya akan di dapati pada bulan puasa sahaja. Jarang sangat di dapati pada hari-hari biasa. Tapi kalau yang duduk berdekatan dengan Bandar Terengganu, kalau nak cari segala jenis kuih -muih tradisional dan moden pada hari-hari biasa juga bulan puasa... cari la di Gong Kapas. Ewahhhhh....promote lagi tu!!!!!

Thursday, August 27, 2009

Minta maaf semua. Awal bulan puasa ni, masa Pn Mama agak terhad sedikit. Nak posing gambar juadah berbuka pun tak sempat. Insyallah, bila keadaan dah reda sedikit..... Pn Mama akan bersiaran seperti biasa.
Sekian terima kasih.

Salam Ramadhan dari saya:

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Kad -kad Ramadhan Dari Nor, Fatin dan Mimi ...... terima kasih ye
Semuga Ramadhan ini memberi seribu makna dan keinsafan kepada kita semua....AMIN

Di kesempatan ini Pn Mama memohon ampun dan maaf jika selama Pn Mama berblog ini Pn Mama telah terkasar bahasa, ada terdapat kesalahan & kesilapan yang tidak Pn Mama sedari. Maafkan ye semua!!!!! Selamat Berpuasa...............

Spagetti Bolognese

Balik dari sekolah, Anak teruna Pn Mama request nak makan Spagetti. Agaknya tak puas makan semasa kat 1 Utama ari tu agaknya. Kesian la pulak. Tapi oleh kerana bahan-bahan semua ada....... Jom lunch Spagetti ari ni.......

Rich Choc Puding

Semalam petang En Hb called, bagitau esok kat office dia nak buat jamuan secara "potluck". Nak buat apa ye? Nak buat kek, dia kata ramai dah nak bawak kek. Nak buat karipap memang tak sempat. So, Pn Mama cadang buat puding je la. Rich Choc puding resepi Junsj MYR.

Wednesday, August 19, 2009

Nasi Ayam

Lepas balik dari shopping, Pn Mama bergegas pulak masuk ke ofis. Masak simple je. Lepas Maghrib nanti Hadif mengaji, takut tak sempat pulak. Buat Nasi Ayam, cepat sikit. Sebab Hadif akan makan dahulu kemudian sembahyang jemaah dgn En Hb, pastu pergi mengaji. So Pn Mama buat Nasi Ayam yang paling simple. Jemput makan!!!!!!

Shopping


Lepas anak-anak pulang dari sekolah, lepas buat homework, aturcara hari ini ialah........ SHOPPING. Kat mana? Mana lagi kalau bukan di 1 Utama. Untuk Pn Mama dan En Hb, hanya ada 4 je tempat kami bershopping kalau tak di 1 Utama takpun di MidValley atau pun JJ Equine Park dan Alamanda Putrajaya. Hehehehhe....... seronoknyer !!!!!! Bukan seronok apa pun, cuma seronok memilih baju untuk anak-anak je. Macam biasa, baju Mama & Daddy....last minute baru beli!!!!! So hari ni Pn Mama dn En Hb window shopping je, cuma shopping baju anak-anak. Alhamdulillah selesai dah semua. Tahun ni anak-anak tak perlu beli kasut. Kasut Hadif masih elok dan nampak baru lagi, sementara Hafiy pulak, baru je beli kasut baru sebab kasut raya last year dah tak muat. Tahun ni agak lewat juga kami bershopping ni akibat beberapa "masalah teknikal". (Masalah teknikal?..... hehehhehe) Jom layan anak-anak teruna Pn Mama makan dan bersantai!!!!

Tuesday, August 18, 2009

Kad dr Kak Intan

Kad ini dari Kak Intan....... terima kasih Kak Intan

Sunday, August 16, 2009

Majlis

Dalam seminggu yang lepas, Pn Mama agak kelam kabut sedikit. Balik ke kampung....... dan balik semula ke kampung. Ini adalah kerana ada majlis keraian saudara terrapat Pn Mama. Pn Mama pun menyumbangkan la sedikit hasil kerja kerastangan Pn Mama. Dengan masa yang amat terhad, dengan bahan-bahan yang serba kekurangan ...... ini je la yang dapat di hasilkan.

P.S : Di kesempatan ini juga Pn Mama ingin mengucapkan ribuan terima kasih kat Kekanda Fadhilah yang buatkan Kek Lapis untuk Pn Mama juga tak lupa kepada kengkawan Kak Sina, Kton dan izah yang sempat contribute ideas. Budi baikmu akan ku kenang jua.....terima kasih

Tuesday, August 11, 2009

Ketam Lagi!!!!

Masak Ketam Lagi !!! Pagi tadi masa pergi pasar ternampak lak Ketam. terasa lak nak makan ketam. Lama dah tak makan ketam. So...Apalagi...Jom makan Ketam!!!!!

Jagung Manis Kukus

Balik kampung baru ni...lalu kat Merchang. Kat situ memang banyak gerai-gerai yang jual Jagung. Pn Mama pun tak ketinggalan la membeli jagung ni. Hajat hati memang nak buat Jagung kukus manis selain dari Bubur Jagung dan Jagung Rebus. Jagung Kukus ni untuk Pn Mama la.... dan tidak ketinggalan juga si kecik tu....suka gak makan jagung kukus ni selain dari yang rebus. Bubur jagung lak untuk En Hb. En Hb tu kalau bab bubur ni....Bubur Jagung je la yang menjadi pujaan di hati. Kalau yang lelain tu....samada tengok atau atau cecah kat mulut je!!!!!

Tuesday, August 4, 2009

Cempedak Goreng

Ini kudapan untuk minum petang, petang semalam. En Hb telefon..... tanya ada ke bahan-bahan nak goreng cempedak. Dia tanya ada tepung beras la tu!!!!! Pn Mama kata ada. So dia bawa balik sebiji cempedak yang sangat manis. Punyala manis..... sampai lekat rasa manis tu kat lidah. So layan je la.... Goreng Cempedak. Goreng Cempedak ni memang kesukaan Pn Mama ni. Hmmmmm.....bestnyer

Sunday, August 2, 2009

Kek Pisang Bercoklat

Ada pisang yang sangat masak kat rumah ni. Ibu Pn Mama yang bawak dari kampung. Tapi tak tau la pisang apa ntah. Tapi ibu kata..... pisang tu sedap di buat cekodok atau kek je.....goreng tak boleh, di makan mentah pun tak boleh. So Pn Mama pun proses la untuk jadikan dia kuih cekodok dan kek. Kuih cekodok tu..... tak sempat nak snap gambar...... angkat je dari kuali, habis...... angkat je dari kuali habis...... makan masa panas-panas... dengan pulak air teh O.....sedap la kan.... Ini Kek Pisang Bercoklat. Entah kali ke berapa la buat. Makan kek ni masa dia suam-suam sedap...... sebab rasa coklat dia.

Saturday, August 1, 2009

Lasagne

Western Food yang En Hb request tu sebenarnya Lasagne. Jadi untuk tidak menghampakan, Pn Mama buatkan juga Lasagne untuk En Hb. Malam ni sambil-sambil dia tengok bola, boleh juga dia mengunyap lasagne!!!!!! Hehhehhe....makin boroi la En Hb tu nanti....keh keh keh

Dory Fillet Dengan Sos Putih

Untuk dinner malam ni, En Hb request western food. Tapi semasa di Tesco siang tadi, Pn Mama terlihat Dory Fillet jadi tertukar la pulak menu untuk dinner malam ni. Pn Mama pun buat la jugak Nasi Goreng Lada Hitam untuk di makan bersama dory fillet ni. Untuk sos Pn Mama guna sos putih. Bon Appetite!!!!!