Monday, November 30, 2009

Banjir Oh Banjir

Hari Jumaat lepas, Pn Mama sekeluarga menziarahi adik En Hb yang telah selamat melahirkan baby girl  di Kemaman. Bila dah sampai ke Kemaman dan tidur sana semalaman.... terasa la dah dekat ke Kuala Trengganu. Apalagi, kami pun bergerak ke Kuala Terengganu. Alhamdulillah, perjalanan kami ok...tiada hujan lebat dan angin. Kami sampai di Kuala Terengganu dalam pukul 4. Sampai je di Kuala Terengganu hujan turun tak berhenti-henti dari sejak kami sampai sampailah ke pagi esoknyer. Kalau berhenti pun hanya sepuluh minit je, lepas tu lebat semula. Tak sempat ke mana-mana pun. Nak beli keropok lekor pun tak sempat!!!! Oleh kerana hujan tak berhenti-henti dari petang tu, kawasan yang rendah di naiki air. Antara kawasan yang di naiki air ialah Bandar Paka dan Bandar Dungun. Huh.... suspense gak meredah air ni.
Layan gambar Banjir.....tapi sebelum tu minta maaf kerana gambar kurang terang disebabkan mengambil gambar daam keadaan kereta bergerak, pulak tu..... teknik mengambil gambar Pn Mama memang hancussss!!!





Yang ini keadaan ombak di Pantai Marang. Tinggi ombak tu .....Seronok lak tengok!!!!

Ini kat Bandar Paka. Kampung kat belakang bandar ni rendah sikit tu yang naik air tu.

Bandar Paka



Ini kat Bandar Dungun.

Wednesday, November 18, 2009

Graduation & Concert Day

Petang tadi berlangsung la Hari Penyampaian Sijil dan Konsert sekolah Hadif. Pn Mama memang excited bila kinder anak-anak Pn Mama buat majlis. Seronok tengok telatah anak-anak bersama teman-temannya. Bila tengok caption kat atas tu....huhuhuhu.... graduate!!!!! Harap-harap sampai ke peringkat yang tertinggi la dia boleh graduate kan..... AMIN

Layan gambar-gambar semasa anak-ank Pn Mama buat persembahan.


Hadif dalam kostum berlakon


Si Manja Pn Mama pun buat persembahan jugak. Tapi tak dapat nak upload lagi sebab masalah teknikal. Nanti bila maalah dapat diselesaikan.... Pn Mama letak kat sini ye.

Wednesday, November 11, 2009

Pokok Stroberi ku

Hehehehe... seronok lak rasa pagi ni. Sedang belek-membelek....rupa-rupanya...pokok stroberi ku telah berbuah. Walaupun buahnyer kecil sebesar kuku ibu jari tangan....tapi perasaan Pn Mama teramatla besar. Hehehehhe...tapi lepas ni tak tau la boleh berbunga & berbuah lagi ke tidak.... harap-harap berbunga dan berbuah la ye selepas ni..... AMIN


Monday, November 9, 2009

Lala

Pagi ni pergi pasar kejap. Tambah-tambah lauk yang kurang. Jalan-jalan nampak lak Lala. Besar2 lak tu. Terasa lak nak makan Lala. Lagipun lama dah tak makan Lala ni. Hadif pun suka gak makan Lala. So Pn Mama beli la. Tak tau nama apa masakan ni.... tapi ada letak bawang, ciliboh, serai, halia dan lengkuas. Kalau tak salah masakan Kelantan ni sebab bila pergi ke Restoran Kelantan...mesti ada masakan Lala macam ni.... So layan jela....LALA ni...hehehehhehe


Hobi - Novel Baru

Semalam petang bawa anak jalan-jalan ke Alamanda. Part yang Pn Mama suka sgt kalau berjalan-jalan di Alamanda ni ialah menyinggah kat MPH. Hehehehe....sudah semestinya merembat paling kurang 2 buah novel terbaru. Lama jugak Pn Mama tak berkesempatan beli novel ni. Last sekali mendapat novel terbaharu  ialah En Hb belikan semasa beliau pergi outstation ke Johor Bahru.


Ini Mama punya......


Ini pulak anak-anak yang punya!!!!! Biasa la hadif dengan "Transformer"nyer.... Hafiy dengan "Cars"nyer.
Apa-apa pun Pn Mama nak berterima kasih kepada En Hb sebab memahami hobi Pn Mama....TERIMA KASIHHHHH !!!!!!!!

Friday, November 6, 2009

Ketam Goreng Pedas BerMadu

Selalunya kalau ketam ni, seperti N3 Pn Mama yang lepas-lepas kena masak serai . Disebabkan semalam dah buat Udang Masak Serai jadi hari ni ketam terpaksa la buat masakan lain. Takkan hari-hari masakan yang sama je kan. Nak msak apa ye ketam ni. Hadif suruh buat Ketam Goreng Pedas. Emmmm...ok gak kan.... tapi sepert biasa, Pn Mama akan ubah sikit la..... campur sedikit Madu. Sedap gak..... eh angkat bakul la pulak!!!!! Tapi bila tanya hadif.... Hadif cakap sedap. Tanya En Hb.... biasala makan ia tetap makan... tapi kalau tanya.... dia lagi suka masak serai..... :- ((
Nak buat cemana.....



Thursday, November 5, 2009

Udang Masak Serai

Udang yang besar En Hb suruh masak serai. Untuk Udang atau Ketam, En Hb memang tak pandai nak makan masakan lain selain dari masak serai ni. Sebab tu Pn Mama jarang buat masakan lain untuk ketam dan udang melainkan kalau dia pegi outstation, baru la Pn Mama boleh masak sesedap rasa dan hati Pn Mama. Hehehhhe ... takpe la kan.... janji dia suka dan makan apa yang kita masak. So apalagi...... kena buat masak serai la ni !!!!!!


Ole-ole dari Kota Kinabalu

Seperti biasa kalau berpergian, En Hb tidak lupa membeli buah tangan. Tapi kali ni tak beli untuk anak-anak. Disebabkan En Hb menaiki penerbangan antarabangsa, En Hb tak lalu kiosk2 yang menjual toys untk anak-anak. Kesian Hadif dan Hafiy....... !!!!! Tak pe la.... weekend ni mesti daddy belikan...... Eh...ye ke..... yang!!!!




So Ole-ole kali ni, kalau dah pergi ke Kota Kinabalu tu..... semestinya En Hb akan beli ikan bilis, udang kering dan Ikan kering.  Benda yang 3 tu wajib tu. Disamping itu juga..... En Hb beli barangan yang basah juga.... Udang, Ketam dan Ikan.

Ambik ko!!!!!....Udang ni lebih besar 3x dari ibu jari Pn Mama. Harga sekilo RM60, kalau harga kat semenanjung RM100++. En Hb beli 1/2 kg je.... 6 ekor. Sementara Udang yang satu lagi tu.... pun lebih besar dari ibu jari Pn Mama.... Harga sekilo RM 35, kat semenanjung RM60.

Selain dari itu, tarikan utama untuk pelancong datang ke Sabah. Batu Kristal dan Mutiara.
Layannnnnnnnn....................

Jalan-jalan ke KLIA

Setelah 2 hari berpergian...(chewah....!!!!) hari ni En Hb akan pulang. Kebiasaannya Pn Mama an menunggu En Hb di Putrajay Central. Tapi hari ni Pn Mama bercadang mahu menjemputnya di KLIA. Naik ERL je...dari Putrajaya Central. Dapat gak bawak anak-anak jalan-jalan kan.....


Hadif dan Hafiy leka menikmati pemandangan dalam perjalanan ke KLIA.


En Hb dan anak-anak menjamu selera di McDonalds.


Sunday, November 1, 2009

Jemputan Meraikan Pengantin

Malam tadi Pn Mama dan En Hb menghadiri satu jamuan meraikan pengantin. Pengantin lelaki ialah rakan sekolah En Hb ketika bersekolah di MRSM Kuala Trengganu. Sebenarnya, pengantin ni telah bernikah 2 minggu lepas, yang mana En Hb juga telah mengikuti rombongan pernikahan tersebut ke rumah pengantin perempuan. Jadinya malam tadi ialah jamuan bagi pihak pengantin lelaki la. Bertempat di Bukit Kiara Equestrian Club, suasana sangat meriah. Ye la...... mereka berjumpa dengan teman-teman sekolah memasing. Ada yang tidak berjumpa semenjak mereka habis SPM......lama jugak kan Ada yang boleh dikatakan, tiap-tiap minggu berjumpa....... kan En Hb...... hehhehheehhe ....... Biasa la tu..... !!!!!!!

Member-member sekolah bergambar beramai-ramai bersama pengantin.

Bila suami-suami berjumpa dengan member-member, isteri-isteri pun buat la hal sendiri...... apalagi posing laaaa.......
 
Cantik tak kanopi........? Nampak eksklusif sangat!!!!!

Souvenir dari pihak pengantin.

Selamat Pengantin Baru untuk Syed Saga Anwar dan Sharifah Kusha.