Monday, January 18, 2010

Cucur Udang

Semalam sedang Pn Mama duk menggosok baju, tetiba dapat satu kiriman SMS dari seseorang. Katanya nak datang rumah, nak antar kuih untuk minuman petang. Huhuhuhu... untung la hari ni takyah susah fikir-fikir dan buat untuk minum petang. Kuih ni di bua oleh orang yang sedang stress dan tension. Hehehehhe... nak cakap selalu la tension2 dan stress2... agar selalu dapat kuih free.... tak kena pulak..... cemana tu ye!!!!
Apa-apa pun terima kasih Chom!!!!..... sedappppp....

Tengokla tu En Hb makan sampai tak sempat nak letak kuih lada dalam bekas lain........


Peristiwa Pada Hari pertama di Sekolah

Oleh kerana  Kak Pia dah tanya so Pn Mama pun nak cerita la kejadian pada hari Isnin, hari pertama persekolahan. Seperti parents lain, Pn Mama dan En Hb menghantar anak yang kali pertama menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Oleh kerana si kecik Pn Mama pun bersekolah, jadi En Hb sahaja yang menghantar si bujang Pn Mama tu. So Pn. Mama hanya sampai di sekolah selepas Pn Mama menguruskan si kecik tu. Sampai je di sekolah En Hb bercerita. Hari ni dia dengan sorang lagi ayah, berusaha memujuk sorang pelajar perempuan yang berlari ke arah pintu pagar besar sekolah. Berlari sambil menangis memanggil ayah. Bila kena pegang dengan org lelaki lagi la dia meronta-ronta. Selepas dia di tenangkan oleh beberapa guru baru la dia okey. Sambil menangis-nangis bertanyakan ayahnya. En Hb kata.... kesian lak!!!! Pn Mama yang mendengar rasa kelakar pun ada.... rasa kesian pun ada. Kelakar, sebab En Hb kata..... pesis filem Hindustan ..... berlari-lari sambil menangis memanggil ayah, lepas meronta-ronta. Kesian sebab ye la... hari pertama di tempat baru, kawan-kawan baru, guru-guru yg baru dan sekolah yang besar dan ramai pelajar mesti la pelajar tersebut rasa terkejut dan takut. Lepas tu pulak, pelajar tu mesti rasa takut bila orang lelaki pegang dia. Rasnya mesti ada yang telah mengingatkan dia, jangan ikut orang yang tak di kenali terutamanya orang lelaki... kan. Sure takut giler pelajar tu!!!!!! Tapi alhamdulillah, semuanya ok selepas pelajar tersebut di pujuk oleh guru perempuan.

Nak cerita pulak tentang si kecik Pn Mama tu. malu pun ada nak cerita..... hehhehhe.
selepas abang masuk ke Sekolah Kebangsaan, pagi isnin tu si kecik Pn Mama buat hal pulak. Muncung je nak pergi sekolah. Bila nak pakaikan uniform tadika dia, dia tanya..... Apsal pulak pakai baju ni? Kenapa tak pakai baju white... macam abang? Ayoooo..... nak pakai uniform sekolah macam abang. Siap nangis-nangis lagi nak pakai uniform macam tu. Puas jugak la Pn Mama memujuk. Sampai di sekolah pulak nak Pn Mama temankan. Aduihhh..... macam tak biasa sekolah la pulak. Terpaksala Pn Mama mengeluarkan skill pujuk memujuk yang ada, baru la okey!!!!!Masalah si kecik tu bukan apa.... sebelum ni bila pergi sekolah, ada abang. Sebelum pergi sekolah, bergurau la dulu.... macam-mcam la aktiviti tapi sekarang, semua seorang. Tu je masalah dia!!!!!!  Alhamdulillah sekarang dah okey dah. Takde lagi muncung panjang bila ke sekolah.

Friday, January 15, 2010

Sekolah - 2

Dah hampir 2 minggu anak teruna Pn Mama memasuki alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya. Alhamdulillah semuanya ok. Dia pun nampak gembira menjadi warga sekolah tersebut. Namun apa yang Pn Mama risaukan sebelum ni berbaloi.... anak bujang Pn Mama dapat memasuki kelas 1 Cemerlang iaitu kelas A. Alhamdulillah .... Selama 2 minggu ini, mereka menjalani Minggu Orientasi dan Transaksi so tak mula belajar lagi la. Hari Isnin depan akan bermula sessi pembelajaran. Semuga anak teruna Pn Mama akan tabah menjlani kehidupannya sebagai seorang pelajar. So.... layan gambar anak teruna Pn Mama di dalam kelas.




Sunday, January 3, 2010

Hari Persekolahan Pertama di Sek Keb Cyberjaya

Semalam ialah hari pendaftaran untuk pelajar-pelajar Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya. Dan hari ni jugalah anak teruna Pn Mama melangkah ke alam persekolahan yang sebenar di sekolah tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Setiap pelajar dikehendaki menjalani Ujian Diagnostik bagi menentukan kelas pelajar-pelajar tersebut.  Suspense pulak Pn Mama. Hai.... anak yang ambil ujian relax je.... Pn Mama yang menggelabah habis.... huhuhu.