Thursday, February 26, 2009

Ultraman

Nak buat tayangan perdana.
Ultraman datang bertandang ke rumah!!!!
Tapi Pn Mama konfius jap....... utraman ke...... macam chicken jer!!!!!!Hahahahaha
Bila buka Topeng..........
Untuk Pn Mama pun ada jugak t-shirt superheroes......

Jemput-jemput Pisang

Hajat di hati nak buat Kek Pisang Coklat belum lagi tercapai. Hajat tu memang tingii...apakan daya penyakit M datang menyerang. Tapi pisang telah banyak masak tu. Beli sesisir jer.... tapi tak berusik pun. Anakanda yang kecik tu..kalau ikut Pn Mama ke pasar memang diminta belikan pisang. Lepas tu....dimakan la sebiji dua pastu senyap sunyi....... Sayang pulak tengok pisang tu masak.... nanti terbuang jugakla tu..... sayang kan..... Akhirnya Pn Mama pilih yang benar-benar masak, untuk buat jemput-jemput pisang. Kerja mudah, janji ada benda nak di makan oleh anak teruna Pn Mama bila dia bangun dari tidur petang. Sebenarnya Pn Mama memang "failed" kalau buat jemput-jemput pisang ni......mesti tak cantik.... biasanya leper jer.... tapi hari ni cantik pulak dia membulat....hehehehehe alhamdulillah...tak sia-sia Pn Mama rajin sikit hari ni.

Wednesday, February 25, 2009

Karipap

Dari hari tu lagi anak teruna Pn Mama request nak makan karipap. Disebabkan Vitamin R tak sampai-sampai...... tak la berbuat karipap tu sampai la semalam. Itu pun sebenarnya penyakit M tu ada lagi....tapi kesian lak kat anak teruna Pn Mama tu...... ku gagahkan juga untuk membuatnya..... Jom makan karipap. Oppsss ..... abaikan yg hangus tu.... kelam kabut sikit pagi ni .........

Monday, February 23, 2009

Tag dari Chik Mi

Hehehe memula dapat award...... pastu kena pulak tag.....

The rules:
Go to your photo folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog & description of it.
Invite 6 friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they been challenge
Oleh kerana gambar2 Pn Mama telah disimpan dalam satu folder...... so gambar ke-6 adalah gambar ini...... Gambar ini diambil semasa hadif dan hafiy sedang bermain kat umah. Hafiy pulak tengah pakai tudung Pn Mama ....So layan je la....
So...sape ye....... check kat chatbox.....ok...bubbbyyeeee

Award dari Chik Mi

Member dari pulau mutiara lak bagi ni...... terima kasih Chik Mi

Kek Buah Sempoi

Sebenarnya ini kali ke-3 Pn Mama buat kek buah ni. Kali pertama masa Pn Mama kat kampung. Tak sempat pun nak posing kek buah tu...licin. Kali kedua Pn Mama buat semasa nak balik ke kampung juga. Terlupa pulak nak snap gambar. So ini kali ketiga, baru dapat snap. Hehehehe...kek buah ni memang sempoi giler. Takyah nak pukul2...tak guna telur juga. Resepi kepunyaan Pn Jun....thanks ye jun

Saturday, February 14, 2009

Puding Koktel Berkuah

Disebabkan hari ni En Hb ada hal....... dapur Pn Mama hari ni cuti dari tugas-tugasannya untuk tghari tadi. Kami makan tengahari di Restoran A. Hassan Ayam Kampung di Taipan USJ. (Sorry Izah! tak sempat nak calling2) Dah lama sebenarnya tak makan kat restoran Ayam Kampung ni. Kalau kat KL ni..... Ayam Kampung ni famous giler.

Disebabkan petang ni takde nak buat apa-apa, Pn Mama terasa lak nak buat sesuatu yang sejuk dan nyaman. Tengok punya tengok resepi mana yang sedap dan senang( hahahahha...tu yang pentingnya....senang) so Pn Mama pun terlihat la reseipi ni. Resepi ni dari sahabat Pn Mama yang duduk di selatan tanahair........ sedap...... nyaman je bila makan masa cuaca panas ni...........


Friday, February 13, 2009

Siakap 3 Rasa & Calamari Ring

Kebiasaannya kat umah ni kalau ikan siakap tu mesti dimasak dengan cara digoreng..... kalau steam-steam ni tak jalan punya. En Hb memang tak berapa makan kalau masakan yang di "steam" especially ikan!!!! So ikan siakap ni kena masak samada 3 Rasa ataupun sweet sour. Yang mana kedua-dua masakan ni...rasanya lebih kurang je.......
Pastu...... ada sotong lak tu nak buat apa ye!!!!! Hmmmm..... goreng tepung la..... tapi empunya resepi ni bagi nama glamournyer... Calamari Ring....hehehehehe

Tuesday, February 10, 2009

Nasi Goreng Black Pepper & Ayam Goreng Berempah

Malasnyer nak masak hari ni, tapi kena masak jugak. Anak bujang Pn Mama tu nak kena bagi makan jugak. So, ada teman Pn Mama mencadangkan buat ajer Nasi Goreng. A'ah kan lama gak tak makan Nasi Goreng. Pastu takkan makan Nasi Goreng je kan. Jadi Pn Mama pun buatla ayam goreng. Nak ayam goreng yg lain sikit, so Pn Mama try la buat Ayam Goreng Berempah. Hasilnyer..... combination yang baik....hehehehhe
Add Image

Bunga Kertas @ Bourgainveilla

Nak kongsi bunga-bunga kat umah ibu Pn Mama. Memang hobi ibu Pn Mama salah satunya menanam pokok bunga. Diantaranya pokok bunga kertas ni. Ada yang telah berusia lebih 15thn. Kita layan pokok bunga yang ada kat umah ibu Pn Mama.



Monday, February 9, 2009

Daging Salai Belimbing Buluh

Kat N9...memang femes lauk ni. Daging Salai Belimbing Buluh Masak Lemak Cili Api. Pastu ada lawan dengan ikan kering dan ulam-ulaman bersama sambal belacan atau sambal tempoyak. Makan pulak dengan nasi yg panas-panas......memang berpeluh la ..........

Balik kampung kali ini kebetulan ibu Pn Mama telah menyalai daging. So, apalagi Pn Mama pun request ibu masakkan daging salai dgn belimbing buluh. Kebetulan kat rumah ibu Pn Mama ada pokok belimbing buluh ni...... fuuuhhhh berasap makan tengahari tadi.

Layannnnn menu semalam....

Friday, February 6, 2009

Sticky Caramel Chicken

Hari ini ramai member2 dia alam "cyber" mencadangkan agar Pn Mama mencuba resepi ayam. Ada yang telah membuatnya. So disebabkan inginkan kelainan dalam masakan ayam, Pn Mama mencuba untuk menukar selera anak bujang Pn Mama yang memang kesukaannya ialah Ayam Pedas. Asyik2 Ayam Pedas je...muak juga kan....... Sticky Caramel Chicken by Mutiarazura

Boleh tahan juga....tapi kena adjust sikit penggunaan madu tu...... kena kurangkan sikit. Anak Bujang ku bukan main suka lagi. Sampai dia suruh buat lagi bila-bila. En Hb pun suka jugak. Hehehehehe...percubaan yang tak sia-sia.

Gadget Baru

Balik dari ofc semalam En Hb bagi satu bungkusan...... ish...apa lak ni.....

En Hb : Nah, untuk mama
Pn Mama : Oh..... thanks...siapa yg bagi? Sape yg gi oversea?
(Sbb selalunya kalau ofcmate dia gi o/s, ada ole-ole utk Pn Mama...hehehehe)
En Hb : Sape lak yg pegi o/s????
Pn Mama : Hehehehe...ooooo ingat ada yg gi o/s.....

Sekali bukak....... oooohhhh Gadget baru.

tapi masalahnya...... tak pandai nak guna Sony Ericson ni. Sony Ericsson P1i.

Yang ini....telah berjasa kepada Pn Mama selama 4 1/2 tahun. Simpan buat kenangan.

Terima Kasih En Hb........ love u always.......

p/s : ini hadiah untuk Valentine's day ke?????hehehehehe

Thursday, February 5, 2009

Udang Supreme Dan Kerabu Mangga

Semalam takde idea sungguh nak masak apa untuk dinner. Bila ada member "cyber" kata nak masak udang ni...apalagi ceduk je la idea nih..... Udang supreme dan Kerabu Mangga.

Wednesday, February 4, 2009

Daging Black Pepper

Macam biasa kat umah ni kalau nak masak daging semestinya Hadif akan minta buat Daging Black Pepper. Kalau buat daging masak merah, dia akan suruh jugak buat daging black pepper ni esoknya. Suka betul dia dengan Daging Black Pepper ni........

So untuk dinner malam ni, Pn Mama buat jugakla Daging Black Pepper bersama Sayur Brokoli Goreng.


Tuesday, February 3, 2009

Ketam Lagi!!!!

Malam semalam masa pergi ke pasar, En Hb ternampak lak ketam. Apalagi terus la pilih memilih. Ambik la dlm 6 ekor........ okla tu...besar pun besar gak..... makan untuk dinner je..... so kenala Puan Mama masak ketam ari ni. Nak simpan lelama nanti dah tak sedap lagi. So kena masak gak la arini. Macam biasala....... ketam ni kena buat Masak Serai...stail org Trg masak. Kalau buat masak lemak cili padi...alamatnya Pn Mama je la makan sorang. So buat je la Masak Serai, semua org boleh makan termasuk Bujang kecik tu. Bujang-bujang kecik tu sekarang ni dah pandai dah suka makan ketam. kalau dulu tgk pun taknak...apalagi nak mkn. Takut agaknya!!!!! Haaaaa, sekarang ni, dia pulak minta nak makan ketam.