Monday, December 14, 2009

Choc Chips Cookies

Dah lama si bujang kecik Pn Mama request buat cookies ni. Setiap kali Pn Mama nak mem"baking" mula dia sebut ..... Mama buat cookies ye? Kesian pulak tapi tula..... kekadang tu tak sempat nak buatkan. Ada pulak tu..... stock butter kehabisan, jadi terpaksa la tangguhkan dulu permintaan tu. So hari sabtu yang lepas Pn Mama berkesempatan la buatkan..... itupun setengah adunan je..... janji buat.... ye tak!!!!!


Friday, December 11, 2009

Tauhu Poket

Tauhu poket ni pun salah satu dari kegemaran Pn Mama. Sedap meratah tauhu ni. Ini hidangan semasa lunch tengahari tadi jugak.


Daging Grill

Resepi Daging Grill ni dapat dari sahabat Pn Mama yang duk kat Pantai Timur nun. Dah lama tak borak atau berjumpa dengan dia. Sejak MIL Pn Mama tiada ni, Pn Mama jarang balik ke Terengganu. Kalau balik pun hanya sekejap je. Paling lama pun 3 hari...itu termasuk hari dalam perjalanan. Maknanya Pn Mama hanya berada di K.Terengganu hanya 2 malam sahaja la...... nak buat cemana kan.
Berbalik kepada Daging Grill ni.... ini untuk lunch tengahari tadi. Macam biasa la kat rumah ni cuma ada MW je.... so masuk je dalam MW... tekan berapa berat ... bila masak je dia akan berbunyi. Senang kerja hasilnyer.....


Marble Cheese Cake

Lama sungguh Pn Mama tak buat kek kegemaran Pn Mama ni. Kali ni Pn Mama buat versi cawan. Sebenarnya Pn Mama bake kek ni lama dah. Hari Khamis sehari sebelum sekolah tutup. Pn Mama ingat sangat-sangat lagi. Kek inisempat Pn Mama bawa ke tadika anak teruna Pn Mama untuk Majlis Perpisahan.
Layan Gambar anak-anak teruna Pn Mama bermesra dgn teacher kesayangan mereka dan teman-teman .

 Layan gambar anak -anak teruna Pn Mama bermesra dengan cikgu kesayangan dan teman-teman.





Udang Sweet Sour

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Lama kan Pn Mama tak update blog ni. Hehehehhe..... bukannya apa-apa pun, bila cuti sekolah, macam biasa la.... aktiviti rutin Pn Mama mesti berubah. Faham-faham aje la... kalu anak-anak semua ada di rumah. Kena masak 4 times meals. Pagi, tengahari dan Malam. In between tu kena tengok diorang buat "activity work". So kena la monitor diorang ni...... kalau tak..... tak bergerak la latihan-latihan tu.
Di samping kesibukan melayan kerenah anak-anak..... bila musim hujan internet jugak mengalami hibernasi.... hehehhehe.... wesss.....slow giler!!!!!! Nak upload apa-apa pun susah. Sabar je la Kak Long!!!!
Ok Jom layan menu dinner Pn Mama malam tadi. Sweet Sour Prawn.