Saturday, February 20, 2010

Cuti-cuti Cherating Feb 16 2010

SENJA DI CHERATING.........
Kami mengambil kesempatan sempena cuti panjang Tahun Baru Cina yang baru lalu, untuk pulang ke kampung.  Chewah...... Intro macam bagus jekan!!!!! Apapun, kepulangan kali ni untuk membuat kenduri tahlil. Hampir setahun Allahyarhamah Ibu Mertua Pn Mama meninggalkan kami semua. Cepat sungguh masa berlalu. Sedih juga bila mengenangkan, tapi kami yang hidup kena teruskan kehidupan.
Kita tinggalkan cerita kenduri tahlil tu. Kita bercerita tentang percutian yang tidak di rancang pulak.
Oleh kerana kedua-dua anak teruna Pn Mama bercuti panjang, En Hb bercadang untuk singgah sebentar di Cherating untuk berehat dan bersantai. Oleh kerana percutian ini tidak dirancang, kebanyakan hotel telah penuh di tempah yang ada hanya bilik yang mahal a.k.a suite. Hehehehhe.....Cemana ni..... mahu tak mahu..... terpaksa ambil la juga..... Terima Kasih En Hb!!!!! Muahhhhhh
Kami menginap di Impiana Cherating. Satu malam je la...... bilik mahal... tak mampu la pulak nak sewa lama-lama.... huhuhuhu. Ok ...... layan je la gambar-gambar bawah ni!!!!!!!

Monday, February 8, 2010

Temasya Sukan SKCJ

Sekarang ni Pn Mama memang tak sempat nak buat banyak kerja dalam masa 24 jam. Kadang bila ada "projek" terlupa pulak nak snap gambar. Haiiiii..... semput jugak la..... Dalam masa sebulan sekolah ni, Pn Mama di landa demam 2 kali dah. Cemana tu!!!!! Tapi alhamdulillah la.... sekarang ni dah ada kurangnya. Batuk dan selsema dah reda. Mungkin keadaan cuaca yang panas pastu tetiba hujan lebat yang menyebabkan Pn Mama demam.
Okla..... takde bahan sebenarnya, tapi kita layan Temasya Sukan di sekolah anak teruna Pn Mama ye. Temasya Sukan ni berlangsung pada hari sabtu 6hb Februari yg lepas. Dalam demam-demam pun Pn Mama gagahkan juga untuk memberi sokongan kepada anak teruna Pn mama.  Anak teruna Pn Mama ambil bahagian. Jommmmm layyyaaannnnnnnn.................
Akhirnya.... Team Merah..... team anak teruna Pn Mama dapat no 3 je..... ok la tu..... Team Spirit!!!!!!!