Saturday, August 21, 2010

Kuih Cara Berlauk

Hehehe......
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak...... Selamat berpuasa.

Semalam untuk juadah berbuka, Pn Mama menunaikan permintaan anakanda tersayang yang nak makan kuih cara berlauk. Cemana nak buat ye..... Pn Mama takde acuan kuih cara. Setelah meminta nasihat dari kekanda yang duk kat Denai Alam tu, kakanda mencadangkan menggunakan "pan" sahaja. Mmmmmm..... boleh ke ni?
Takpe la.... kita try je la. Apa-apapun sendiri yang makan. So Pn Mama pun try la. Tapi "pan" Pn Mama tu lebar la pulak. So Pn Mama try guna Non-stick Pot yang berukuran 18cm. Hasilnyer.... heehehhe Alhamdulillah...... jadi pun........... Tak sesia percubaan kali pertama ini.