Ingatkan hari ni takde dah entry selepas Daging Padprik tadi tu. Dalam pukul 3 lebih tadi, En Hb tanya la pulak "Hari ni nak buat kuih apa pulak?" Aik.... dah tanya kenala buat sesuatu atau jawab sesuatu samada nakbuat atau suruh beli je.... heheehehe
Selongkar la pulak dalam cabinet, tengok ada beras pulut. Hmmmm ok la kita buat Serimuka ok tak. En Hb kata ikut la..... Haaaa, ikut la maknanya buat je laaaaa.......
Actually ini resepi arwah nenek juga seperti Kuih Kaswi tu.... Pn Mama ingat-ingat lupa resepinyer. Resepi semuanyer main ingat je..... mana nak ingat sukatannya. So, toppingnyer terlembik la tak keras.....
Jom layan minum petang ..... Minum Kopi Tenom bersama Serimuka.........