Thursday, December 5, 2013

Che Pa

Alhamdulillah kembali bersiaran......
Agak lama juga menyepikan diri...... sibuk sangat kah? tak sempat ke? Entah la..... rasanyer tak la sesibuk mana pun..... tapi mmg tak sempat nak update..... hehehhehe masa banyak di Facebook..... dan dengan anak-anak di rumah. Tambahan pula Che Pa sedang meningkat usianye.... melayan kerenahnye.... manjanyer.... ngengadanyer......
Hmmm..... sedar tak sedar dah 3 tahun masa berlalu ...... Tapak kaki dari sebesar 2 jari hingga la dah pandai melaram dgn kebayanyer.... dgn make-up ala-ala Barbienyer...... dengan Kitchen set yg lebih "canggih" dari mummy..... huh...... sesungguhnyer dikau sangat bertuah anak ku.....
Alhamdulillah diberi nikmat dan rezeki untuk membesarkan anak-anak dgn selesa. Syukur dengan limpah kurniaNya dan keberkatanNya terhadap keluarga. Alhamdulillah.

Hari ini genap 3 tahun..... Che Pa lahir ke dunia. Melengkapkan sinar kebahagiaan buat ayah bonda. Menjadi permata di dalam keluarga. Semuga Che Pa terus memberi sinar kebahagiaan kepada keluarga dan semuga menjadi anak yg solehah yg dapat berbakti kepada keluarga, ugama dan negara. Aamiinnnn





Sayang dari Daddy, Mummy dan keluarga semua.


Thursday, July 26, 2012

Jemput-Jemput Pisang

Assalamualaikum......
Alhamdulillah hari ni dah hari ke 6 kita berpuasa. Hari ni Pn Mama hanya buat Jemput-jemput Pisang je.... Bukannyer apa..... Kat dapur tu ada beberapa biji pisang yang sangat-sangat masak. Nak makan dah lembik sikit. Nak buang sayang!!!!! Nak buat kek malas nak meng"godek".... yang rajin hanya masuk pisang-pisang ke dalam blender...... tekan.... siap..... masukkan tepung ... boleh la goreng!!!!!



Wednesday, July 25, 2012

Roti Jala

Assalamualaikum......
Entah apa angin yang bertiup ke Pn Mama hari ni.... tetiba terasa nak buat Roti Jala. Sementelah pula hari ni Pn Mama buat Kari Ayam. Senang..... makan Roti Jala dengan Kari Ayam bila duduk- duduk tengok TV lepas Solat Terawih nanti. Alhamdulillah......

Tuesday, July 24, 2012

Berbuka Puasa

Assalamualaikum.....

Selamat Berbuka Puasa..... Alhamdulillah hari pertama berpuasa, Pn Mama dapat berpuasa dan berbuka bersama Bonda tercinta.  Kat kampung biasa la..... bonda Pn Mama akan memasak lauk kegemaran anak menantu dan cucunya....... Antara juadah yang dimasak adalah Pajeri Nenas, Kurma Ayam, Sambal Tumis Udang dengan Petai. Sementara kuih-muih pula, kami menyediakan Ondeh-ondeh. Oleh kerana keadaan dan masa yang agak terhad..... maka tiada tayangan.... hanya tulisan yang dapat Pn Mama hidangkan.

Sementara itu, pada hari ketiga berpuasa, Pn Mama sempat menyediakan Kuih Ketayap. Dimana intinya telah di sediakan oleh bonda Pn Mama ketika pulang ke kampung.




Thursday, July 19, 2012

Ramadhan 2012

Assalamualaikum.......

Ramadhan datang lagi. InsyaAllah lusa kita akan berpuasa. Seperti tahun-tahun sebelumnya Ramadhan Pn Mama sambut dengan rasa penuh keinsafan, penuh kesayuan dan kehibaan. Namun di sebalik itu, Pn Mama redha dan bersyukur  di atas segala yang Dikurniakan. 

Di kesempatan ini, Pn Mama ikhlas dari hati kecil menyusun jari sepuluh  memohon ampun dan maaf dari sahabat dan teman-teman semua jika di sepanjang persahabatan kita terdapat perkataan dari Pn Mama menyinggung dan mengecil hati teman-teman semua. Sesungguhnya tiada niat di hati untuk mewujudkan perkara sedemikian. MAAFKAN ZIE.......

Semuga kita diberi berkesempatan bertemu bulan Ramadhan pada tahun-tahun yang akan datang....Aameen

Sunday, July 15, 2012

Program Penyucian Jiwa.... Solat Sunat

Bertempat di surau Syaidina Abu Bakar As Siddiq di taman perumahan Pn Mama, program yang begitu Pn Mama tunggu-tunggu. Bermula jam 830 pagi.... kami berkumpul  sambil minum pagi.

Setelah semua selesai dengan berwudhu, kami memulakan program kami. Bermula dengan Solat Dhuha, Solat Taubat, Solat Hajat dan berakhir dengan Solat Tasbih.  Alhamdulillah, semuanyer berjalan dengan lancar sekali. Terima kasih kepada Ustazah Nourul Iman yang membimbing kami dari awal hingga ke akhir.









Saturday, July 14, 2012

Family Day CID

Pagi ni bertempat di Kingfisher Adventures Hulu Langat... berlangsung la Family Day CID Telekom 2012. Meriah jugak. Banyak acara sukaneka yang dipertandingkan. En HB dan anak bujang Pn Mama pun tidak ketinggalan juga.