Assalamualaikum.....
Selamat Berbuka Puasa..... Alhamdulillah hari pertama berpuasa, Pn Mama dapat berpuasa dan berbuka bersama Bonda tercinta. Kat kampung biasa la..... bonda Pn Mama akan memasak lauk kegemaran anak menantu dan cucunya....... Antara juadah yang dimasak adalah Pajeri Nenas, Kurma Ayam, Sambal Tumis Udang dengan Petai. Sementara kuih-muih pula, kami menyediakan Ondeh-ondeh. Oleh kerana keadaan dan masa yang agak terhad..... maka tiada tayangan.... hanya tulisan yang dapat Pn Mama hidangkan.
Sementara itu, pada hari ketiga berpuasa, Pn Mama sempat menyediakan Kuih Ketayap. Dimana intinya telah di sediakan oleh bonda Pn Mama ketika pulang ke kampung.
No comments:
Post a Comment