Thursday, July 12, 2012

Umrah 2012

Assalamualaikum..............

Lama sudah  Pn Mama tidak bergebang disini..... Banyak dan peristiwa berlaku di sepanjang  waktu menyepikan diri. Sebenarnya hanya di blog sahaja menyepi... kat tempat lain tak pung!!!!Hehehehehhe

Alhamdulillah, semua yang berlaku Pn Mama terima dengan redha. Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Syukur Alhamdulillah En Hb selalu membantu dan terus memberikan sokongan terhadap Pn Mama. 

Sepanjang masa tersebut, pengalaman yang paling berharga dan paling menyentuh perasaan ialah di mana Pn Mama dan En Hb menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah Al Mukarramah pada Februari 2012. Tak dapat di gambarkan dengan kata-kata atau di nukilankan, cukuplah Pn Mama katakan ketika berada di sana terasa tersangatlah kerdil dan hambanya kita. Subhanallah Pn Mama masih lagi sebak bila menceritakan pengalaman di sana. Kali pertama melihat Kaabah yang tersergam di depan mata, Pn Mama kaku seketika. Sampaikan hanya sempat menyebut Subhanallah, Subahanallah, Subahanallah. MasyaAllah terasa bagai mimpi ketika itu. Terus airmata mengalir tanpa henti-henti. Alhamdulillah, kami telah dapat menunaikan Umrah bersama. Alhamdulillah, bonda Pn Mama juga turut serta di samping 2 makcik dan 2 sepupu. 
Terdapat beberapa kenangan yang sempat kami ambil ketika di sana.
Di hadapan Hotel Tulip , Manama Bahrain
 Di hadapan Baitullah bersama makcik
 Di hadapan Hotel di Madinah Munawarrah
 En Hb di Masjid An Nabawi, Madinah Munawarrah
 Pemandangan dari tingkat 2 Masjidil Haram
 Selepas selesai menunaikan Saei. Alhamdulillah terlaksanalah Umrah Wajib kami.

 Bersama teman di Lapangan Magnet
Jabbal Rhamah, tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa
 Bergambar dengan teman bersama Unta Hiasan di padang pasir

Salah satu pintu di Masjidil Haram
Bersama Bonda dan Makcik di Ladang Unta
Bersama teman dan Mutawwif
Tangga Kaabah yang pernah digunakan suatu ketika dulu
Pintu Kaabah yang pernah digunakan

Tanah perkuburan, di mana Syiditina Siti Aisyah dimakamkan disini


Semuga Pn Mama dan En Hb dapat bermalam pula di sini. Aammenn..........


Alhamdulilah..... semuga diserukan nama kami semula untuk perjalanan yang lebih besar.... Aamennn




No comments: