Wednesday, May 14, 2008

Bawal Masak Kuali

Hari ni terpanggil la pulak nak try masak kuali ni. Resepi ni dari member kat MYR ..... kelakar jugak nama dia.....rasanya dia dapat nama sebab masak dlm kuali kot...!!!!!Hahahahah..... apa2 pun...Encik Hb kata ok.....so...Puan Chef senyum sampai tinge hari ni.... jarang dia nak bagi compliments.....Thanks Che Iza, sbb try resepi ni, dptla compliments dr Encik Hb.....heheheheh......So puan chef pulak terasa nak makan acar timun stail pak arab.....dapat ni pun dari member lama....pak arab....tapi pak arab tu panggil Salad jer.....tapi kalau kat msia ni....panggil acar mentah atau jelatah.... Kelainannya acar ni.....kalau kat msia, kita guna timun, nenas, bawang, cili merah dan ada yg letak kacang tanah dan di letak cuka jugak gula tetapi resepi yg pak arab ni bagi selain guna timun,kita juga guna tomato cili merah dan bawang besar. Semuanya dipotong dadu. Selepas tu perah air asam limau, garam secukup rasa dan yg penting sekali daun ketumbar di mayang halus....... Emmmmm.....sedappppp



No comments: