Thursday, January 22, 2009

Souvenirs dari Kengkawan

Lama tak update FM Pn Mama. Dah lama gak tak terima FM ni...hehehehehe...ada sesiapa ke lagi nak bagi FM ni.... Last sekali terima bila ofcmates En Hb pergi obersi. Seorang pergi Ostrolia, seorang lagi pergi Denmark. Seronok kan dengar org pergi sana, pergi sini. Diorang ni pergi atas urusan kerja. kalau tak En Hb pun kena pergi jugak, tapi atas sebab-sebab tertentu, En Hb dapat pengecualian untuk pergi ke luar negara dalam waktu terdekat ini. Hehehehe kalau tak boleh gak, makan angin ke luar negeri kan. Nak buat camner takde rezeki.......

Koleksi FM Pn Mama tak banyak, tapi kebanyakannya datang dari luar negara. Sememang Pn Mama amat suka mengumpul FM dari luar negara, sebab yg dalam negeri punya....tak ramai yang nak bagi...heehehehhe.......

Koleksi FM Pn Mama
Antara koleksi terbaru

Wednesday, January 21, 2009

Kuih Siput

Hari ni terasa nak makan kuih siput. Masa balik kampung baru ni, bonda Pn Mama ada dapat sepeket kuih siput pemberian dari kawannya. Sedap pulak mengunyap kuih siput ni...... rasa tak puas lak makan sebab benda tu sikit je. Nak buat kuih siput ni bahan-bahanya mudah sangat, yang susah sikit masa nak menyiput tu la. Naik kembang ibu jari ni menekan. Pn Mama buat sikit jer, sebab yang nak makannya hanya Pn Mama dan hadif kalau pun baby hanya ambik satu dua jer. Manakala En Hb memang kurang menggemari kudapan-kudapan seperti ini. Resespi ini ialah ciptaan sendiri. Sukatan pun lebih kurang aje. Main agak-agak je la. Hasilnya insyaallah sedap dan rangup.


Kuih Siput @ Ziehelmy


3 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk kari
2 sudu kecil serbuk cili ( tambah kalau suka pedas)
2 sudu kecil udang kering yg sudah di kisar
1/2 cawan santan pekat
1 biji telur
garam secukup rasa
2 tangkai daun kari di mayang halus


1. Gaulkan semua bahan kecuali santan.
2. Masukkan santan, tambahkan air jika perlu.
3. Uli sampai betul-betul lembut.
4. Cubit sedikit dan lenyekkan di atas papan canai kuih siput. Buat sampai habis.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.

Pokok oh Pokok

Pokok Tanduk Rusa memang menarik minat Pn Mama sejak lama dulu tapi tak berkesempatan nak memiliki memandangkan sebelum ini Pn Mama duduk kat rumah yg tiada ruang utk Pn Mama ber"cucuk-tanam"..... hehehehehe (alasan la tu!!!!!)
Akhirnya tecapai juga impian memilikinya bila sahabat di"alam cyber" yang juga telah menjadi sahabat di alam realiti memberi "anak" pokok tanduk rusa ini. Terima kasih Kak Ton. Punyala sukanyer hati........ tapi...... boleh hidup ke ni..... selalunya.... apa-apa yg ditanam oleh Pn Mama mesti tak hidup.... sedangkan yg dah hidup lama pun...bila sampai kat tangan Pn Mama, pokok boleh mati, inikan pula anak pokok yg baru nak kenal dunia....uwaaaaaa.....
Berkat kesabaran dan penuh hati-hati , akhirnya "anak" pokok tanduk rusa itu telah menjadi "ibu". Dah ada anak dah....yahhhuuuuuuuu....seronoknyaaaaa


Pastu nak post gak gambar salah satu pokok herba. Herba ke...... herba la kot. Pokok ni kalau kat Terengganu di panggil Pokok Kemangi. Kalau kat sini.....dipanggil Pokok Selasih Putih...kalau tak silap la....... Kegunaannya yang paling khusus ialah kalau buat laksa atau laksam, biasa kena letak daun ni, kalau tak letak kurang kickkkkk.......

Tuesday, January 20, 2009

Ole-ole Dari Bandung

Semalam balik dari office, En Hb menjinjing satu beg. Ingatkan beg plastik biasa je. Beg plastik biasa tu biasanya En Hb akan beli roti dan jajan2 untuk anak-anak dia. So tapi ada dua beg rupanya. Nah......Ole-ole dari Bandung....uik...sape lak pegi Bandung. Ooooo rupanya staff dia pergi Bandung. Laaa...... staff pegi Bandung, bos bila nak gi agaknyer.....!!!!!! Hehehehehe.....




Tomyam & Kerabu Mangga

Semalam mcm terasa nak makan tomyam. Lama juga tak makan tomyam ni...... Pes yg member bagi pun banyak lagi tu....... Tomyam Seafood dan Kerabu Mangga. Sure ngences tengok kerabu ni kan.......!!!!!

Monday, January 19, 2009

Bunga Kesidang

Bunga Kesidang..... masa kecik2 dulu.... selalu main-main kat bawah pokok ni...... Pokok ni jenis menjalar...... so kena buat para la kalau nak tanam pokok ni...... Bau dia punyala harum...... Kalau dulu nenekdan nenek2 sedara suka letak bunga ni kat rambut/siput diorang. Tapi masa kecik2 dulu kalau terbau bunga ni malam-malam...alamatnya kena duduk celah ketiak nenek la.....Takuttttt.
Bunga ini ditanam oleh bonda Pn Mama kat kampung. Punyala lama nak tunggu dia berbunga. Sebab bila dia start nak kluar putik utk berbunga jer, bila balik sekali lagi mesti dah takde bunga.... kali ni..... memang rezeki Pn Mama..... huhuhu....dapat terus letak kat rambut......,

Friday, January 16, 2009

Chocolate Chips Cookies

Dah lama sebenarnya ingin mencuba cookies ni....sejak raya puasa yang lepas. Tapi tak sempat nak buat. Raya haji yg lepas pun tak sempat jugak nak buat. Krismas hari tu pun tak sempat nak buat. Sib baik la CNY ni sempat lak nak buat..... hehehehehe. bahan dah siap dibeli masa bulan puasa lagi. Nasib baik bahan2 yg tak expired.......

Resepi dr Sahabat Baik di"alam cyber" juga di alam realiti........ Biskut Nor Coklat Chips


Soto Sempoi

Hari ni memandangkan En Hb lambat balik....dan tak balik untuk dinner...... Pn Mama pun ingat nak masak yang simple2 jer...... Rasa mcm nak makan soto lak hari ni..... tapi malas la nak siat2kan ayam...... lebur aje la...... Resepi Soto oleh Maya Zakri

Award & Tag

Award & Tag ni adalah dari Kak Ita dan Anawahid........ ish3x.....

Bila dapat homework..... Pn Mama mesti senyum2 dulu pastu dengan penuh suspens nyer baru tgk apa agaknya homework yang nak diberi. Bukannya apa..... segan kalau dapat yg mcm baru ni....letak gambar kahwin la.... gambar masa kecikla..... aduiiihhh......

Bila sebut nama Kak Ita @ Rossitamz ni...sebenarnya nak sangat kenal sape kak ita ni.... sebab Pn Mama selalu nampak resepi dia kat MYR..... tapi tak pernah sekali pun terserempak di "bilik mesyuarat" kitorang...... Akhirnya,bertemu jugak Pn Mama dgn dia...alhamdulillah. Tapi yg tak bestnyer....jumpa2 terus dapat homework!!!!!

Yang ni pulak ialah award daripada Kak Ita. Tapi cute blogger award ni ada syarat la pulak....!
1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda - award ni saya terima daripada Ela yang cute tu!!! Tu sebab nama award ni "2008 Cute's 3logger Award"... secute pemberi dan penerimanya...hehehe!!
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

Apa hobi kita erk?? Hehehehe...
1. Suka surf internet - ni pun semenjak duduk rumah je ni. Kalau time kerja dulu memang tak nyempat
2. Suka nak menge"mop" hari2 sbb tak suka pada habuk – bila dah mop….nyaman je kaki
3. Suka nak shopping tapi selalu dapat window shopping je….camner???
4. Suka memasak - hobi ni datang selepas jadi surirumah sepenuh masa dan lagi suka kalau ada yg nak makan.
5. Suka bunga2 especially bunga ros / mawar especially masa birthday ke, anniversary ke, Valentine’s day ke!!! Tak kisah le warna apa. Best......!!!
6. Suka membasuh kain baju pada waktu malam - esok pagi boleh terus sidai kat ampaian. Jimat masa....
7. Suka nak join dengan jiran2 kalau ada apa2 function kat surau ke, kenduri ke!
8. Suka “Chatting” dgn kengkawan, tapi kena habiskan dulu kerja2 rumah la
9. Suka balik kampung kalau ada peluang. Tak kisah le kampung sendiri ataupun kampung hubby. Hehehehehe….jgb mare!!!!!!
10. Suka baca blog kengkawan kat alam siber ni. Macam2 cerita dan berita boleh dapat. Yang paling suka sebab dapat tambah kawan dan kenalan.... Thanks kepada semua yg sudi menjadi teman dan kenalan saya di alam siber. Moga satu hari nanti kita boleh bersua muka. Insyaallah!!!

Nak tag sapa pulak ni ya?

1. Kak Ton
2. Rozie17
3. Aziemas
4. Masz_73
5. dan sesiapa yg belum dapat !!!!!

Thursday, January 15, 2009

Dalca Dan Roti Jala

Beberapa hari yang lepas, Pn Mama terkena keracunan makanan. Muntah-muntah sampai tak terdaya nak bangun. Muntah-muntah?????? Haaaa....jgn ingat lain!!!!!!! Pn Mama tekena keracunan makanan jer.......hehehehehe..... Alhamdulillah ok dah ni. semlm dah start operasi Nasi Beriani, Kuah Dalca dan Roti Jala untuk minun petang.
Oleh kerana Nasi Beriani Pn Mama tak sempat nak "snap" gambar...... jadinya.... Pn Mama tak letak la resepi...... Nanti bila buat lagi sekali..... baru Pn Mama letakkan resepinya. Apa-apa pun....Pn Mama mmg menceduk resepi dari Masterji CMG. Thank you Che Mat.
So....Roti Jala dipinjam dari resepi Yatiezaini Dan Kuah Dalca pulak dari CMG jugak la.......... Sorry ye geng....copypaste je ni.......

Saturday, January 10, 2009

Marble Cheese Cake

Terjangkit pulak dengan penyakit yg di bawa oleh member yg duk nun jauh di Utara..... ish....Marble Cheese Cake ni...memang sukar di lepaskan....... Ini merupakan percubaan kali kedua. Sedap....mmg sedap..... hmmmmm sedap sangat...... Resepi ini dikongsi dari F&N.

Marble Cheese Cake

Adunan Coklat
180gm Butter
170gm gula castor
3 biji telur
20gm serbuk koko
120 tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder

Adunan Cheese
250gm cream cheese
60gm gula castor
1 biji telur
1 sudu kecil vanilla


Pukul gula dan butter sampai kembang. Masukkan telur satu persatu.
Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yg telah diayak.
Di dalam bekas lain, pukul kesemua bahan adunan cheese sampai kembang.
Masukkah adunan coklat dan chese berselang di dalm loyang yg telah di lenserkan.
Bakar dalam 160C selama 60 min.

Friday, January 9, 2009

Ebi Mayo

Hari ni betul-betul tak tau nak masak apa untuk dinner. Walaupun jam telah menunjukkan pukul 6 ptg.... Pn Mama masih lagi tidak dapat memikirkan apa untuk di masak....... hish..... telefon En Hb..... dia lambat balik pulak...... lepas maghrib baru nak gerak kluar dari office..... nak ajak dia makan kat luar kesian la pulak...nanti sampai dah penat... pastu nak kluar makan pulak... hmmmm takpe la..... masak je la apa-apa yang patut. Tgk kat dlm fridge ada udang, sotong dan ikan siakap. Ikan siakap macam biasa la buat 3 rasa. Sotong???? Rasa mcm taknak makan sotong la hari ni....Udang???? Nak try la buat Udang Mayonis resepi dari member yang duk kat Jepun. Stail jepun ke ni???? Hehehehehe...jadi org jepun lak la malam ni....... Hasilnya..... hehehehe En Hb suka..... anak-anak pun suka..... Terima kasih Hani.... Arigato......
EBI MAYO
30 ekor Udang Besar
5 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu pekat
garam secukup rasa
1 sudu besar air perahan halia
2 sudu besar tepung ubi
minyak utk menggoreng
salad ( lettuce, tomato, carrot)
Bersihkan udang, campurkan air halia dan garam. Biarkan seketika.
Potong sayuran mengikut kesukaan.
Dalam mangkuk lain, kacau mayonis bersama susu.
Panaskan minyak. Gaul udang dgn tepung ubi.
Goreng hingga kekuningan.
gaul udang yg telah digoreng tadi ke dlm mayonis.
Hidangkan bersama sayuran.

Kuih Kasui

Entah angin apa yang melanda puchong semlm....... terasa rajin lak nak buat kuih kasui. Bahan-bahan pun ada. Tapi kelapa parut lak takde.....camner nih...... Hehehehe....telefon En HB....minta tolong belikan kelapa parut ambik isi putih jer...... yang hitam2 tak mau ye......
Sebenarnya masa kecik2 dulu.... bila nenek buat kuih ni.... eeeeiiiii...tak sukanyer. Nenek selalu buat untuk berniaga. Selalu gak kata.... buatla kuih lain.... yang best sikit...... yang kaler2 yg meriah ke...... Tapi skrg ni kuih ni... jadi kesukaan la pulak...... Entah mengapa..... sejak akhir2 ini....kuih2 lama....menjadi kesukaan lak..... Agaknya..... faktor usia kot...!!!!! Hahahahaha...... dah tuo makcik....hahahahaha
Disebabkan Pn Mama tidak mempunyai resepi jadi Pn Mama pun cari2la dlm web yg menjadi kesayangan Pn Mama iaitu MYR....... Terjumpala resepi dari Cikgunita ni...... terima kasih cikgu....
KUIH KASUI

1 cawan Gula Merah - dimasak dgn 2 cawan air. Biarkan sejuk
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula pasir
3/4 cawan tepung sagu
sedikit kapur
sesudu minyak
Kelapa parut yg putih...di gaul dgn sedikit garam


1. Panaskan kukusan.
2. Campurkan gula pasir , tepung gandum dan tepung sagu besama air. Kacau rata.
3. Masukkan sedikit kapur ke dalam adunan tadi.
4. Masukkan gula merah.
5. Tapis adunan dan masukkan dlm loyang.
6. Tutup bhgn atas kukusan dgn kain supaya air tidak menitis di atas adunan.
7. Kukus hingga masak...anggaran 10 -15 min

Thursday, January 8, 2009

Apam Coklat

Semalam dan hari ni sibuk je member2 cerita tentang APAM COKLAT ni..... macam biasala..... bila dah sorang yang start..... ia akan diikuti oleh ramai "pengikut2". Pn Mama pun tak terkecuali juga..... terikutttttt. Nak sangat dan boleh sangat nak ikut sebab bahan2 yang memang sedia ada dan juga senang nak buat.... hehehehee.... Pn Mama ni macam biasa la kalau senang dan bahan2 pun mudah..... mmg akan terajin la nak membuatnya.....
Oleh kerana resepi ini di ceduk dr rumah member....dan member tu pulak dapat dr member yg duk nun di Aussie...... hehehehe...terima kasih ye...... so Pn Mama pun nak "kopipes" je la resepi dia..... Sorry Alma.....

APAM COKLAT

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air masak
1 biji telur
1/2 sudu soda bikarbonat
2 sudu serbuk koko


Campurkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati.
Masukkan dalam acuan dan kukus selama 10 -15min

Monday, January 5, 2009

Hari Pertama Persekolahan

Hari ni....Hafiy memulakan hari pertama sekolah...... tapi agak kelam kabut sikit..... sebab bangun dari tido tu dia nangis...... pastu tak nak mandi la..... macam-macam lagi la..... Tapi akhirnya pergi sekolah la jugak.
Sampai kat sekolah satu hal la pulak.... tak nak berenggang dgn Pn Mama. Alamak camner ni.... bila murid lain "line-up" dia masih lagi duk kat celah Pn Mama..... aduiiihhhh. Lelama....kena tinggal jugak la dia dalam keadaan menangis....... ish nak buat camner...terpaksa la jugak...hehehehehe......

Tapi bila balik sekolah....nampak ceria semacam jer.... siap cakap lagi....Esok baby nak school..... hehehehee.....