Tuesday, May 26, 2009

Udang Lagi!!!!!!

Tiap-tiap hari Pn Mama akan mengelabah bila nak masak lunch atau dinner. Bila dah tiap-tiap hari memasak..... sampai dah tak reti dah nak masak apa. Kat rumah Pn Mama ni... kalau masakan yang bersantan memang tak laku. Tapi kalau buat yang simple-simple...... goreng-goreng...insyaallah kekadang tu anak teruna Pn Mama menambah nasi sampai 3 kali . So macam biasa kalau yag ada black pepper ni...memang favourite anak teruna Pn Mama. Kalau dapatlak buat daging lagi la dia suka..... Apa-apa pun jom layan Udang Black Pepper

Monday, May 25, 2009

Sport Day

Semalam di sekolah anak teruna Pn Mama mengadakan sukan tahunan. Layan gambar-gambar anak-anak teruna Pn Mama.





Hadif dan kawan-kawan sedang membaca ikrar











Sedang menerima hadiah

















Hafiy bersama hadiah-hadiah yang dimenangi.


















Hafiy bersama guru kesayangannya.

Friday, May 22, 2009

Bubur Sum-Sum

Petang ni Pn Mama buat Bubur sum-sum. Masa Pn Mama kecik-kecik arwah nenek Pn Mama selalu buat terutama pada bulan puasa. Ini pun salah satu juadah kegemaran Pn Mama ni.

Gulai Kawah

Semalam dalam pukul 2, En Hb telefon...tanya samada Pn Mama dah masak ke belum. Memang macam biasa la Pn Mama jang masak pagi, Pn Mama akan lunch leftover malam tadi punya jer..... so En Hb kata okay la....sebab dia beli Gulai Kawah yang terkenal kat KL ni...... kedai yang kat Pantai Bharu tu (Kerinchi).... wah sedapnya...lama tak makan gulai kawah ni......

Tapi kurang la sikit gulai kawah ni kali ni.... sebab dagingnyer kurang lemak...... banyak daging jer..... tapi masih sedap lagi...... So dinner mala i kita mkan gulai kawah.... Jemput makan......

Wednesday, May 20, 2009

Roti Sosej

Macam semalam jugak tak tau nak buat apa untuk minum petang. Dah pukul 4 baru dapat idea nak buat roti sosej ni. Itu pun lepas borak-borak dgn Cik Mi. Heheheh Alhmadulillah.... En Hb suka..... anak teruna pun suka.

Tuesday, May 19, 2009

Masak Lemak Cli Api Pucuk Ubi

Hari ni Pn Mama takde idea nak masak apa-apa untuk minum petang. Pulak petang tadi hujan lebat serta dengan guruh dan petir. Jadi Pn Mama mengambil kesempatan untuk melelapkan mata barang seketika sebelum memulakan langkah untuk "berperang" untuk makan malam. Pun takde idea jugak nak masak ni....... Tapi ari tu ibu Pn Mama ada bawa pucuk ubi yag telah siap di celur untuk dimasak pada hari sabtu kononnya..... tapi disebabkan ada lak yang mengajak kami sekeluarga makan malam di sebuah restoran di Bangi..... tak jadi la pucuk ubi tersebut jadi santapan kami.

Monday, May 18, 2009

Kuih Gulung @ Ketayap

Ibu Pn Mama datang last weekend, dia bawa gakla untuk Pn Mama Inti Kelapa. Ada lagi inti tu, lepas buat kuih koci sabtu lepas. Buat kuih gulung la pulak. Anak teruna Pn Mama suka kuih ni..... Selain dari nama Kuih Gulung dan Kuih Ketayap...... kuih ini juga dikenali dengan nama Kuih Dadar

Pajeri Nenas

Semalam sebelum ibu pulang, Pn Mama request kat ibu Pajeri Nenas. En Hb pun suka gak Pajri Nenas ni. Buat pekat-pekat....makan dengan nasi panas-panas..... berpeluh beb!!!

Friday, May 15, 2009

Cucur Badak

Entah kenapa minggu macam rajin je nak buat kuih untuk minum petang. Tekak Pn Mama ari ni rasa nak makan Cucur Badak la pulak.

Daging Grill Pedas

Hari ni Pn Mama beraksi ala-ala Licence to Grill. Sedap sungguh daging ni....kena pula dengan sos dia yang masam manis pedas tu.... Wallaaaa.....Resepi ini Pn Mama dapat dari rumah sahabat alam maya Pn Mama iaitu Pn Nor. Rugi kalau tak cuba.... memang sedap terangkat!!!!!. Daging Grill Pedas.

Thursday, May 14, 2009

Ondeh-Ondeh @ Buah Melaka

Ada yang panggil Ondeh-ondeh. Ada yang panggil Buah Melaka. Kalau kat kampung Pn Mama di panggil Kueh Kelepong. Hehehhehe...... so jemput minum bersama Pn Mama kueh ni.....

Udang Black Pepper

Selalunyer kalau kat umah Pn Mama ni bila masakan udang..... biasanya kalau tak goreng tepung, buat sambal udang takpun buat sweet sour tapi member Pn Mama telah mempekenalkan satu resepi udang. Udang Black Pepper. Sedap..... memang kalau masakan lada hitam kat umah Pn Mama ni laku jer...heheheh Terima kasih Pn Nor atas kesudian berkongsi resepi ni.

Kueh Lopes

Ini salah satu kuih kegemaran Pn Mama. En Hb pun suka jugak walaupun tidak seperti Pn Mama. Bila tengok member2 di alam cyber buat, terasa macam nak buat jugak, tapi malas pun ada ...... terasa macam leceh pun ye gak. Nak kena rendam beras tu lama la, pastu kena balut daun pisang la..... pastu kena rebus lagi la...... kat umah Pn Mama ni mana la ada daun pisang, kalau ada pun kalau ibu Pn Mama bagi, haaa itu pun mesti ada sekali dengan inti kelapa..... sebab nak buat kuih koci.
Tapi yang ini memang senang dan ringkas. Rasa pun boleh tahan jugak la, walaupun tak yang macam origina punya. Yang Pn Mama kta original tu, macm yang Pn Mama cakap yang kat atas tu.... kena rendam, balut dun pisang pastu rebus. Haaaaa..... itu yang original punya. Yang ini kiranya yang instant punya la ni...... apa-apa pun sedap jugak...puas hati pun. Terima kasih kat tuan punya resepi ni..... Pn Tulip @ Fiza Mohamed yang kat pakistan tu..... tak lupa gak pada Kton yang tak jemu melayan kerenah adik mu ini....thanks kak!!!! Jom Makan Kueh Lopes.

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu

Kad Dari Kak Ina & Fatin....terima kasih


















Nasi Goreng & Dory Fillet

Oleh kerana semalam Hari Ibu..... dah dapat kad dari anak-anak, so Pn Mama pun buat dinner ala-ala special sikit...... sikit jer...... hehehhehe

Lama dah rasanya tak dinner ala-ala omputihs. So Pn Mama decide nak buat Fish & Chips tapi disebabkan En Hb tu nak makan nasi jugak, Pn Mama pun buat la Nasi Goreng Black Pepper. Sepatutnya adalah chips nyer tapi disebabkan makan dengan nasi...... takyah la letak chips lagi..... banyakla benda2 dalam pinggan tu nanti....serabut jer!!!! So, Dory fillet ni Pn Mama makan dengan white sauce.... idea dari Skyblue @ Lydia @ Mummy John...... thanks lydia!!!!!

Sunday, May 10, 2009

Hari Ibu

Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu. Tiada sambutan apa-apa sebenarnya tapi kat sekolah anak-anak teruna Pn Mama ada gak la buat kad untuk Pn Mama. Sebak gak terima kad ni .....sekali dgn HUGS and KISSES.

Yang ini Hadif yang buat.
Yang ini baby yang buat...... tau tak apa..... hehehehhe
HANDBAG laaaaa

Friday, May 8, 2009

Donut Pintal

Entah kenapa dah beberapa hari ni rasa macam nak makan donut jer. Tapi disebabkan tidak berkesempatan untuk berbuat apa-apa....(Pn Mama gantung periuk selama 2 hari), so..... terpendam aje la hasrat nak buat donut tu. Pastu hari ni terasa macam lpang je sikit, Pn Mama pun start la menguli. Sedap rasanya donut ni..... resepi dari Tuan Tanah MYR......Pn Yani...... thanks Yani.... sedap...lembut jer

Telur Masak Rempah

Hari Rabu yang lepas, Pn Mama pulang ke kampung kerana ada hal sedikit. Semasa kat kampung, Pn Mama ternampak beberapa bag yang ibu Pn Mama dapat semasa pergi ke rumah kenduri kahwin. Ish.... lama gak rasanya tak makan telur masak rempah ni. Kalau kat N9 ada yang pngil Telur Masak Rempah ....kalau kat luar dipanggil Telur Masak Kari. Kaedahnyer sama juga seperti kaedah masak kari.... Telur tu pulak memang sedia rebus...ye la telur orang kawin...... hehehehe...... So Pn Mama request kat ibu Pn Mama telur2 tersebut dimasak rempah @ kari......