Nak try jugak buat ayam berempah versi ni. Selalu buat ayam berempah versi lain.... tak letak sos cili. Kali ni letak sos cili..... emmm boleh tahan gak. Makan dengan Daging Kandar....... sedap!!!!
Friday, July 31, 2009
Daging Kandar
En Hb suka sangat kalau kena kerja ke Pulau Pinang sebab dia memang suka makan Nasi Kandar. So Pn Mama nak try buat Daging Kandar.... kalau-kalau kena pulak dengan selera En Hb. Pn Mama duk fikir susah agaknya nak buat daging kandar ni. Tapi bila tengok betul-betul resepi dan cara membuatnyer....alahai senang je. Bahan-bahan pun semua ada dalam simpanan. Heehhe...... En Hb kata sedap walaupun tak la betul-betul sama dengan rasa yang kat kedai nasi kandar tu!!!!!! Anak teruna Pn Mama pun suka gak. Orait la tu....puas hati den...anak dan suami suka. Alhamdulillah.........
Monday, July 27, 2009
Vadei
Balik kampung Pn Mama baru-baru ni, Pn Mama berkesempatan berbual dengan peniaga Kuih vadei yang famous kat daerah Pn Mama ni. Kalau pegi pasar malam, mesti beli kuih vadei dia ni. Resipi kuih vadei dia pernah masuk Majalah Saji keluaran May 2007 katanya. Tak tau la sebab Pn Mama jarang tengok Majalah Saji ni. Apa-apapun......kuih vadei dia memang sedap & rangup. Bila Pn Mama tanya bagaimana resepinyer... senang jer!!!!!
Kuih vadei 2 cawan Kacang Dhal (di rendam 6 jam)
2 sudu cili serbuk
1 labu bawang besar di potong dadu
3 tangkai daun kari dihiris halus
1 tangkai cili kering di hiris halus (kalau nak letak)
garam secukup rasa
1. Kacang Dhal yang telah dibersihkan di kisar - jangan hancur sangat.
2. Selepas di kisar, keringkan air - kalau nak senang, masukkan dalam kain kemudian perah sampai agak-agak kering tapi jangan terlalu kering.
3. Gaul rata cili, bawang, daun kari dan garam bersama kacang yang telah di keringkan airnya.
4. Selepas di bulat dan dileperkan, goreng dengan minyak yg panas bersama beberapa helai daun kari.
5. Diingatkan jangan di terbalikkan sehingga betul-betul masak, nanti dia pecah.
Saturday, July 25, 2009
Brownies
Thursday, July 23, 2009
Parcel
Terkejut ada van berhenti depan rumah. Hish.... sape lak ni. Pastu bunyi hon bukan main kuat lagi lak tu. Suspense Makcik!!!!! Dua tiga kali hon dengan kuat, Pn Mama bukak la pintu. Ooooo..... van pos sebenarnya. Sape lak punya surat lak ni!!!!!! Laaa.....parcel untuk Pn Mama rupanya. Dari Kelab MYR......hadiah birthday Pn Mama. Hahahaha..... terima kasih ye Lily. Ye la lama sangat kan simpankan barang ni untuk Pn Mama. Sorry menyusahkan Lily je....... Entah bila la nak jumpa Lily lagi...... Sebenarnya Lily memang nk poskan hadiah tu, tapi Pn Mama kata biarl dulu..... insyaallah nanti jumpa. Tapi tak berkesempatan nak jumpa jugak. Walau bagaimaa pun terima kasih banyak ye Lily.......
Dan disamping tu terima kasih juga Pn Mama ucapkan ke adik Pn Mama yang ayu memanjag tu....sebab bagi Pn Mama frame yang di "touch"kan sendiri....... Terima kasih bebanyak AYU.....cantik frame tu. Makcik suker la!!!!!!!!
Wednesday, July 22, 2009
Sosej Roll
Ada roti yang dah nak expired. Buat sikit breadcrumbs sendiri, pastu ada lagi lebih. Nak buat apa lagi ye???? Oh teringat breadcrumbs dah habis, daripada membazir roti tu, baik buat breadcrumbs sendiri. First time buat breadcrumbs sendiri ni. Selalunyer Pn Mama beli je.
Pastu bila dah ada breadcrumbs ni, Pn Mamapun buat Sosej Roll. Sosej pun ada. Roti yang nak expired tu pun ada lagi beberapa keping. Buat minum petang sambil minum teh. Nyaman.......
Monday, July 20, 2009
Roti Jala & Santan Durian
Ada yang panggil Serawa Durian. Ada yang panggil Bubur Durian. Ada yang panggil Santan Durian. Ada jugak yang panggil Kuah Durian. Ada yang suka makan dengan roti. Ada yang makan dengan roti jala. Ada yang makan dengan putu mayam. Ada yang makan dengan lempeng. Tapi kat umah Pn Mama, kami makan samada dengan roti atau dengan roti jala. Jom makan sama.
Sambal Tempoyak Masak
Macam-macam nama dia ada. Ada yang panggil Masak Lemak Tempoyak Daun . Kalau kat kampung Pn Mama, ia juga dipanggil Sambal Tempoyak Daun Kayu. Mana-mana pun sama je. Sebab bahan utamanya ialah Tempoyak dan berbagai pucuk-pucuk daun seperti pucuk ubi, daun kunyit, daun kaduk, serai dan petai. Kalau ikut arwah nenek Pn Mama dulu....lagi banyak daun yang diletak. Tapi Pn Mama tak ingat la pulak. Cuma Pn Mama ingat, kalau nenek Pn Mama nak buat sambal ni..... berjalan sekeliling kampung nak cari daun-daun tersebut. Dan kebiasaanya nenek Pn Mama akan buat sambal ni ketika bulan puasa. Ye la...nak sedap makan masa bersahur nanti.
Jom Makan Durian
Sekarang kat kampung Pn Mama, musim durian dah sampai ke penghujung dah. Oleh kerana sebelum ni, Pn Mama hanya makan seulas dua sahaja sebelum ni...... maka semalam episod makan durian Pn Mama bermula. Haaaa.... ambik koooo....5 biji selagi hadap 4 beranak. Makan jangan tak makan.
Layan anak-anak teruna Pn Mama makan durian.
Thursday, July 16, 2009
Jom kita Tanam Sayur
Projek tanam sayur ni lama gak la Pn Mama usahakan. Dapat gakla merasa hasil tanaman sayur sendiri ni terutamanya bendi, terung dan sawi. Tapi semua tu di buat semasa Pn Mama tak mengenal alam blog lagi. Dan sekarang ni Pn Mama aktif semula bercucuk tanam. Walaupun tempatnyer kecik je...Alhamdulillah lepas la untuk Pn Mama makan anak beranak. Di antara sayur-sayuran yang Pn Mama tanam sekarang ialah Kobis Bulat dan Sawi. Pokok Cili Api pun ada gak... tapi masih kecik lagi ...... takut tak hidup lak.!!!!!!
Strawberry Chocolate
Strawberry Chocolate atau Chocolate Strawberry .... mana satu ntah nama dia ..... atau ada nama lain ke.... hehehehhe. Yang tau...ada strawberry dan ada coklat. Tgk kat umah "Kton" terliur lak sekejap. Ingatkan takde yang berminat, rupa-rupanya anak teruna Pn Mama yang kecik tu....suka betul. Pn Mama buat sikit je. Saje nak habiskan coklat bar yang tinggal sikit lagi tu. Pn Mama buat la dalam 8 biji je... sekali dia hadap 5 biji terus....... kesian kat En Hb....tak sempat nak merasa. Siap cakap , Mama esok beli strawberi coklat lagi ye...... Di a takau ke mama yang buat bukannya mama beli!!!!!! Ishhhh ........ :(
Wednesday, July 15, 2009
MeeHoon Soto
Tuesday, July 14, 2009
Bubur jagung
Selain strawberry BIL Pn Mama juga ada beli Jagung Manis. So Pn Mama nak buat Bubur Jagung la. Lama dah tak buat bubur jagung ni. The only bubur yang En Hb suka. Anak teruna Pn Mama pun suka jugak. Tapi yang kecik tu tak suka la pulak, dia suka yang rebus punya. So kena la buat juga untuk si kecik ni.
Monday, July 13, 2009
Fresh Strawberry from Cameron Highland
Hari sabtu yang lepas BIL pergi bercuti ke Cameron Highland. So kalau pergi ke Cameron Highland ni kalau tak membeli strawberry memang tak sah la. So BIL pun belikan jugak la untuk kakak ipar dia ni. Selain dari Pn Mama, anak teruna Pn Mama yang kecik tu pun peminat strawberry jugak. Hehehe...banyak gak dia bawak balik...... hehehehe layan fresh strawberry from Cameron. Teh pun dia belikan jugak. Tapi malas lak nak snap gambar teh tu!!!!
Cuti-cuti Malaysia Utara
Kebetulan En Hb ada kerja kat Alor Setar. So Pn Mama dah lama sangat tak berjalan-jalan ke utara, so Pn Mama mengambil kesempatan la ikut sekali. Kali ni first time masuk Penang dengan menaiki feri. Anak-anak Pn Mama excited sebab first time naik feri.
Semasa di Penang ni, kami duduk kat Bayview Beach Resort. Kebanyakan bilik hotel penuh minggu ni ..... kalau adapun tinggal yang mahal-mahal je...... lebih kurang RM900 semalam. Mahal tu!!!! Tak mampu la makcik. So duduk kat hotel ni pun ok gak....... harga pun dalam RM350 semalam. Ok la tu.... janji anak-anak seronok dapat tido kat hotel!!!!Sebenarnya tujuan pertama Pn Mama nak sangat ikut En Hb ke Penang ialah untuk berjumpa seseorang. Alhamdulillah Allah perkenankan juga hajat Pn Mama ni. Tapi Pn Mama tak sempat nak bergambar dgn dia, cuma Pn Mama sempat bergambar dgn adik dia je....... hehehhehehe. Apa-apapun best jumpa family ni....macam dah kenal lama je...... seronok betul kami berborak.
Friday, July 3, 2009
Ole-ole lagi
En Hb keluar bertugas di luar daerah. Kali ni dia pegi ke Johor dari hari Rabu dan baru je sampai di rumah tadi. Seperti biasa, En Hb tidak pernah lupa untuk membeli buah tangan untuk anak-anak dan juga isteri (den la tu!!!!) Kali ni untuk Pn Mama..... En Hb belikan novel. Alhamdulilah.... tau gak dia apa kegemaran Pn Mama. Hehehehhe!!!!!
Untuk anak-anak pula..... sekarang ni musim "Transformers" mengganas.... so En Hb belikan robot transformers la!!!!! Actually..... untuk anak-anak ke untuk daddy... hhehehe... tak tau la tu!!!!!!
Thursday, July 2, 2009
Popcorn
Hehehe..... tercapai jugak impian nak buat popcorn sendiri. Dah lama berhajat buat sebenarnya..... tapi tak sempat je...lagipun cari jagung kering ni tak jumpa-jumpa...Alahaiiiii.... Akhirnya berjaya jugak buat popcorn sendiri. Malam ni boleh la layan cerita "Twilight". Nak tengok si vampire "Edward Cullen" yang handsome tu!!!!!!! Jangan mareee...........
Daging Masak Merah
Hari ni terasa nak makan Daging Masak Merah. Tapi tak rebus daging dengan pewarna merah pun. Rebus dengan air je. So hasilnye warna tak merah... tapi rasa sedap jugak..... terima kasih tuan punya resepi ...... Resepi dari Dyna Myr.
Wednesday, July 1, 2009
Roti Jala
Subscribe to:
Posts (Atom)