Saturday, September 26, 2009

Selamat Hari Ulangtahun

Semalam Anak teruna Pn Mama menyambut Hari Lahirnya yang ke 6. Emmmm.... dah besar dah anak Mama. Rasa macam baru je tengok dia belajar berjalan. Hari ni dah 6 tahun pun dah dia. Tak lama lagi nak ke sekolah rendah. Cepat betul masa berjalan.
Oleh kerana kami masih lagi berada di kampung, sepupu-sepupu pun ada lagi jadi Pn Mama pun buat la sedikit jamuan. Saje je buat suka-suka untuk dia dan sepupu-sepupunya.

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya

Tahun ini En Hb dan adik-adik menyambut ala kadar sahaja. Sungguhpun begitu, kami tetap menyediakan juadah untuk Hari Raya ini. Sedih juga bila mengenangkan Ibu Mertua yang telah pergi menemui penciptanya pada pertengahan bulan March yang lepas. Pada Hari Raya kebiasaannya allahyarhamah akan menyediakan Nas Minyak untuk santapan keluarga juga Laksa Terengganu. Jadi untuk meneruskan tradisi ini, kami juga menyediakan juadah yang sama. Alhamdulillah menjadi semua pada hari tersebut.

Layan gambar anak-anak teruna Pn Mama dengan sepupunya.
Yang ini pula....... kami sekeluarga............

Wednesday, September 16, 2009

Cookies Raya

Alhamdulillah Pn Mama sempat menyiapkan beberapa cookies kegemaran Pn Mama, En Hb dan anak-anak.

Salam Aidil Fitri

Alhamdulillah, hampir sebulan kita berpuasa. Tak lama lagi nak raya. Seperti juga insan-insan yang lain, Pn Mama ingin memohon ampun dan maaf jika selama Pn Mama berblog ini , Pn Mama ada menghiris dan mengguris hati teman-teman semua. Minta halalkan makan dan minum.
Seperti tahun-tahun yang lepas, Pn Mama akan menyambut Hari Raya pertama di kampung En Hb. Dan seperti biasa, Pn Mama akan beraya pula dengan sanak saudara Pn Mama pada Hari Raya ketiga.
Jadi sudilah kiranya kepada yang datang menjengah ke "rumah" Pn Mama menerima kad ucapan dari Pn Mama ini.
Akhirkata "SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN"

Wednesday, September 9, 2009

Asian Honey Prawn

Sebenarnya lama dah teringin nak buat Honey Prawn ni. Tapi tak berkesempatan je. So hari ni terlaksana jua impian Pn Mama. Sedap gak. Kulit dia rangup je. Hehehehhe..... Tak rugi cuba tau..... Resepi ni Pn Mama sekodeng kat rumah Pn Nor kita . Halal ye Nor.

Haaaa...... nak tengok perbezaan orang puasa dengan orang yang tak puasa.

Tuesday, September 8, 2009

Ramadhan 17

Sesungguhnya bulan puasa tahun ini masa Pn Mama agak terhad. Tapi walaupun begitu Pn Mama sempat juga menyediakan juadah berbuka. Hari ini Pn Mama buat Bebola Ubi atau Ubi Getuk. Lepas tu teringin pula rasa nak makan Sotong Bakar.
Sotong ni Pn Mama bakar dalam Aluminium foil, lepas tu dibalut dengan daun Kunyit. Bau menyelerakan, rasa belum tau lagi.