Tahun ini En Hb dan adik-adik menyambut ala kadar sahaja. Sungguhpun begitu, kami tetap menyediakan juadah untuk Hari Raya ini. Sedih juga bila mengenangkan Ibu Mertua yang telah pergi menemui penciptanya pada pertengahan bulan March yang lepas. Pada Hari Raya kebiasaannya allahyarhamah akan menyediakan Nas Minyak untuk santapan keluarga juga Laksa Terengganu. Jadi untuk meneruskan tradisi ini, kami juga menyediakan juadah yang sama. Alhamdulillah menjadi semua pada hari tersebut.
Layan gambar anak-anak teruna Pn Mama dengan sepupunya.
Yang ini pula....... kami sekeluarga............
No comments:
Post a Comment