Tuesday, November 16, 2010

Hari Anugerah Cemerlang SK Cyberjaya

Salam.....
Hari ini bertempat di Auditorium SKMM, sekolah anak teruna Pn Mama mengadakan Hari Anugerah Cemerlang. Mmmm... tak sangka Pn Mama anak teruna Pn Mama tu dapat hadiah. Padan lah dia beritahu, dah beberapa kali dia dipanggil ke tapak perhimpunan untuk raptai hari Anugerah. Bila ditanya hadiah untuk apa..... dia sendiri tak tau. Jadi Pn Mama pun pelik jugak. Surat dari pihak sekolah pun tak tau kemana. Oleh kerana ingin mendapatkan kepastian, semalam Pn Mama pun bertanyakan hal ini kepada Guru kelas Anak teruna Pn Mama tu. Pn Mama kena mendapatkan kepastian sebab pada Hari Anugerah tersebut, sekolah tersebut memberi cuti kepada pelajar-pelajar yang lain yang tidak menerima hadiah. So Alhamdulillah....... anak teruna Pn Mama salah seorang penerima anugerah tersebut.

 Menerima Hadiah Dari Gurubesar - En Abd Razak Bin Abd Hamid
 Bersama Guru kelas 1 Cemerlang - Puan Rafida Jaffar

Friday, November 12, 2010

Keputusan Peperiksan Akhir Tahun

Hari ni anak teruna Pn Mama menerima Buku Adab Belajar. Aduih.... tak sabar betul nak tengok. Excited, berdebar, nervous semua la rasanya..... ngalahkan Pn Mama sendiri yang ambik exam tersebut. Dan rasa macam anak teruna Pn Mama nak bagitau result UPSR pulak........ hahahahaha...... Bukan apa, Pn Mama tak sampai hati tengok keadaan dia kalau keputusannya tidak seperti yang di harapkan. Sebab sebulan sebelum peperiksaan  dia betul-betul mengulangkaji pelajaran. Kesian juga tengok dia asyik belajar je.... tapi pelajar-pelajar di sekolahnya memang mempunyai daya saing yang kuat. Jadi dia sendiri tak mahu ketinggalan.
Alhamdulillah berkat kesabaran dan usaha, anak teruna Pn Mama mendapat keputusan yang baik. Kesemuanya subjek dia mendapat A, kecuali Pendidikan Seni mendapat B. Itu pun dia kecewa jugak....... bertanya kepada Pn Mama... cemana nak dapat A dalam Pendidikan Seni.
Apa-apa alhamdulillah.... dan tahniah kepada Muhammad Hadif Hazem.

Tadika Suria Ria Farewell Party

Hari ni tadika si kecik manja Pn Mama mengadakan "Farewell Party" untuk guru-guru dan pelajar-pelajar. So kena bawa "potluck". Macam biasa la si manja ni suruh buatkan kek. Pn Mama tak larat nak buat... so beli aje la..... kan!!!!!
Macam biasa la..... layan foto-foto yang di ambil ketika di sekolah tadi.





Sunday, November 7, 2010

Vaddey

Salam Petang Minggu....
Sempena Deepavalli.... Pn Mama terasa la nak makan kueh Vaddey ni. Lama dah tak buat kan. Lama juga la Pn Mama tak buat N3 tentang makanan. So petang ni, Pn Mama sediakan kueh vaddey ni untuk minum petang.
Hari ni cuaca tak berapa panas. Nak kata mendung pun tak juga..... so jom minum teh bersama vaddey kat laman....... mmmmm......

Wednesday, November 3, 2010

Concert Tadika Suria Ria

Salam......
Malam tadi telah berlangsungnyer Concert untuk tadika si kecik manja Pn Mama. Si Manja turut mengambil bahagian. Si Manja mengambil bahagian dalam Tarian Endang dan Tarian Wild Wild West. jadi cowboy la pulak !!!!!
Maaf gambar tak berapa nak sharp..... di sebabkan keadaan cameraman yang tak berapa nak sihat..... hehehe
Tarian Endang
Tarian Endang
Tarian Wild Wild West
Bersama Guru kesayangan - Teacher Kalthum

Monday, November 1, 2010

Kejohanan Taekwando Pro Sport

Semalam anak teruna Pn Mama memasuki Kejohanan Taekwando yang dianjurkan oleh pusat latihan yang anak teruna Pn Mama sertai. Kejohanan itu berlangsung di Dewan Serbaguna Kuarters KLIA di Sepang. Hehehehe... Dalam tak larat- tak larat berkampung jugalah Pn Mama di sana semalam. Bukan apa.... he insist me to go. Ini kejohanan yang pertama disertainya... so dia nak semua orang tengok dia.... hehehehehehe. Apa-apa je la ......
Kalau tengok bentuk tubuh anak teruna Pn Mama tu..... mesti ada ramai yg berkata.... ala.... cemana nak lawan..... kurus je... Pn Mama sendiri pun kurang yakin dan pasti bila dia bersungguh-sungguh mahu menyertainya. Dan keputusannya.... seperti yang boleh di agak.... beliau tewas. Walau macam mana pun.... alhamdulillah semangat yang ditunjukkan itu yang penting. Dia tak gentar pun untuk berlawan dengan lawan yan mempunyai tali pinggang yang lebihtinggi darinya. Anak teruna Pn Mama baru mempunyai talipinggang kuning 2 (oren), lawannya pula mempunyai talipinggang biru 2. Takpe... insyalah tahun depan cuba lagi. Semangat tu  yang penting.