Hari ni anak teruna Pn Mama menerima Buku Adab Belajar. Aduih.... tak sabar betul nak tengok. Excited, berdebar, nervous semua la rasanya..... ngalahkan Pn Mama sendiri yang ambik exam tersebut. Dan rasa macam anak teruna Pn Mama nak bagitau result UPSR pulak........ hahahahaha...... Bukan apa, Pn Mama tak sampai hati tengok keadaan dia kalau keputusannya tidak seperti yang di harapkan. Sebab sebulan sebelum peperiksaan dia betul-betul mengulangkaji pelajaran. Kesian juga tengok dia asyik belajar je.... tapi pelajar-pelajar di sekolahnya memang mempunyai daya saing yang kuat. Jadi dia sendiri tak mahu ketinggalan.
Alhamdulillah berkat kesabaran dan usaha, anak teruna Pn Mama mendapat keputusan yang baik. Kesemuanya subjek dia mendapat A, kecuali Pendidikan Seni mendapat B. Itu pun dia kecewa jugak....... bertanya kepada Pn Mama... cemana nak dapat A dalam Pendidikan Seni.
Apa-apa alhamdulillah.... dan tahniah kepada Muhammad Hadif Hazem.
Apa-apa alhamdulillah.... dan tahniah kepada Muhammad Hadif Hazem.
No comments:
Post a Comment