Thursday, December 30, 2010

Boys' Day Out

Assalamualaikum...........
Hari ni Pn Mama nak bercerita tentang boys kat rumah ni..... termasuk la En Hb. Semenjak Pn Mama dah sihat sikit-sikit ni..... En Hb melayan anak-anak bujangnya keluar. Mula-mula pergi tengok movie..... Tron the Legacy,  lepas tu bawak diorang pegi Water Theme Park kat Taman Desa dan hari ni...... pergi Zoo pulak. Huhuhu sedihnyer kena tinggal!!!!!!!!!
Apa-apa pun..... ok jugakla gitu..... kesian kat diorang. Dah lama tak bawa diorang pegi bercuti. Cuti sekolah pun terperuk je kat rumah. Nasib baik diorang ok je. Itu pun memula tu diorang nak jugak Pn Mama ikut serta, tapi bila dah pujuk dan bagi alasan... akhirnyer diorang pegi juga.
Layan je gambar-gambar diorang kat Zoo. Kat Water Theme Park tak sempat nak ambik gambar!!! Cameraman sibuk jaga anak!!!!!







Wednesday, December 15, 2010

Anniversary

Assalamualaikum.
Petang tadi, En Hb pulang dari kerja dengan membawa satu bungkusan plastik yang besar. Memula tu Pn Mama tidak kisah mana sebab memang sejak Pn Mama dalam pantang ni, En Hb akan bawa pulang macam-macam hadiah, barang-barang makanan untuk 2 anak teruna Pn Mama. Jadi Pn Mama takla ambik kisha sangat tentang apa yang ada di dalam plastik tu.
Seperti kebiasaan, anak-anak teruna Pn Mama yang akan tengok apa yang En Hb bawa balik. Tetiba terdengar pertanyaan dari anak teruna Pn Mama, apa yang dalam plastik lagi satu ni? Pn Mama masih tidak kisah lagi. En Hb pulak tidak menjawab pun pertanyaan dari anak teruna Pn Mama tu. Akhirnya, anak teruna Pn Mama buka la bungkusan tersebut. Ada kotak!!!! Pn Mama tengok dari jauh je. Oleh kerana tidak memakai kacamata, jadi Pn Mama tak perasan kotak apa!!!! So Pn Mama tanya la En Hb kotak apa tu? En Hb jawab.... Alaaaaa, camera!!!! Hah!!!!!! CAMERA....... Cepat-cepat Pn Mama suruh anak teruna Pn Mama bawa kotak tersebut ke Pn Mama. Aduihhhhhh, macam tak percaya........ SONY A33  DSLR. Alhamdulillah...... terima kasih En Hb.... sukernyerrrrrrrrrr!!!!!
Memang Pn Mama berkeinginan camera DSLR, tak sangka En Hb nak bagi pulak. Walaupun idaman kalbu Pn Mama jenama Nikon tetapi En Hb bagi Sony..... takpe la janji CAMERA DSLR. Suker! Suker! Suker!
Ini kiranya hadiah Anniversary la... sebab anniversary kami tak lama lagi iaitu 21-12-2010.
Sekali lagi terima kasih Wahai suami tercinta........ syukran!!!!!

Friday, December 10, 2010

Detik Kelahiran

Assalamualaikum
Menceritakan pasal kehamilan kali ini...... memang terlalu banyak dugaan dan cabaran yang Pn Mama hadapi. Dari awal hamil, Pn Mama mengalami muntah-muntah yang teruk. Di samping tetap mengambil ubat untuk menguat rahim. Di samping itu, Pn Mama juga mengalami alergi yang teruk.
Pada tahap trimester kedua pula, Pn Mama mengalami kontraksi awal. Sehingga terpaksa mengambil ubat menahan kontraksi sehingga ke minggu ke 37.  Pada minggu ke 37, Doktor menasihatkan Pn Mama tidak bergerak langsung kerana dikhuatiri akan melahirkan sedangkan berat bayi dijangka hanya 2.46kg. Kerisauan Pn Mama hanya Tuhan sahaja yang maha mengetahui.
Alhamdulillah, sampai juga ke minggu ke 38. Akhirnya Pn Mama merasa terus-terusan sakit terus Pn Mama "check-in" di Hospital Pantai pada hari sabtu jam 130pagi.
Pada tanggal 5hb December 2010, jam 1236 pagi bersamaan hari Ahad setelah berhempas pulas, terdengarla jeritan. Alhamdulillah..... kelahiran seorang puteri yang di nanti-nantikan. HAIFA HADHIRAH diberi nama. Semuga menjadi puteri yang solehah.  
Masa ni baru sejam melihat dunia. Berat ketika lahir 3.06kg. Syukur kepada Mu !!!!
Ini selepas 12jam selepas dilahirkan.