Wednesday, December 15, 2010

Anniversary

Assalamualaikum.
Petang tadi, En Hb pulang dari kerja dengan membawa satu bungkusan plastik yang besar. Memula tu Pn Mama tidak kisah mana sebab memang sejak Pn Mama dalam pantang ni, En Hb akan bawa pulang macam-macam hadiah, barang-barang makanan untuk 2 anak teruna Pn Mama. Jadi Pn Mama takla ambik kisha sangat tentang apa yang ada di dalam plastik tu.
Seperti kebiasaan, anak-anak teruna Pn Mama yang akan tengok apa yang En Hb bawa balik. Tetiba terdengar pertanyaan dari anak teruna Pn Mama, apa yang dalam plastik lagi satu ni? Pn Mama masih tidak kisah lagi. En Hb pulak tidak menjawab pun pertanyaan dari anak teruna Pn Mama tu. Akhirnya, anak teruna Pn Mama buka la bungkusan tersebut. Ada kotak!!!! Pn Mama tengok dari jauh je. Oleh kerana tidak memakai kacamata, jadi Pn Mama tak perasan kotak apa!!!! So Pn Mama tanya la En Hb kotak apa tu? En Hb jawab.... Alaaaaa, camera!!!! Hah!!!!!! CAMERA....... Cepat-cepat Pn Mama suruh anak teruna Pn Mama bawa kotak tersebut ke Pn Mama. Aduihhhhhh, macam tak percaya........ SONY A33  DSLR. Alhamdulillah...... terima kasih En Hb.... sukernyerrrrrrrrrr!!!!!
Memang Pn Mama berkeinginan camera DSLR, tak sangka En Hb nak bagi pulak. Walaupun idaman kalbu Pn Mama jenama Nikon tetapi En Hb bagi Sony..... takpe la janji CAMERA DSLR. Suker! Suker! Suker!
Ini kiranya hadiah Anniversary la... sebab anniversary kami tak lama lagi iaitu 21-12-2010.
Sekali lagi terima kasih Wahai suami tercinta........ syukran!!!!!

No comments: