Friday, November 28, 2008

Tag

Tag ini pulak dr Azie & Ana

"WHAT IF YOUR EX SAID TO YOU"

1. hi, how are ya?
* sihat...alhamdulillah
2. hey! you wanna go to mall?
* boleh aje….i nak bawak my hb & kids along yaaa
3. i love you..
* oh really!!!!... thank you....
4. do you want some cookies??
* terima kasih….. coklat2 atau kek takde ke??
5. can you take me a picture?
* alaaaaa….tak pandai la
6. help me in my homework!
* den nye homework pun laki den tolong!!!!!!(alamak terlepas lak)
7. here's my gift to you..
* laaa…… ini je ke…lain kali beli la yg mahal.
8. let's just be text mate
* kengkawan cyber den ramai haaaa...... tak terlayan!!!!!!!
9. do you want me to buy you an ipod?
* oooo best tu…beli la 2 utk laki den skali….
10.let's sit together in the bus*
* alamak…… lama tul tak naik bus…..paling koman pun naik LRT je
11. hi baby..
* sssyyyhhh bb den tido tu….jgn bising…
12. you still cute..
* mmg dari dulu kini dan selamanya...ahaks :)
)13. i still love you..
* hahahahahaaha………..
14. can i visit your house??
* Jap den tanyo laki den dulu yo...
15. do you love me??
* alamak geng ... tak dan nak cintan cintun la skrg ni……!!!!

Follow this instruction:
1. named 5 candidates on your list :-
Tak tau nak bagi sape lagi.........
* sapa2 yg blum kene kalo baca tolong jawab yer.....

2. ask them to complete this tag

3. repost on their blog4. write the title "what if your ex said this to you"

Award

Award dapat dari Rozie, Kton & Kak Ina
Terima Kasih daun keladi.... kalau ada....bagi la lagi hik hik hik

Monday, November 24, 2008

Kursus Sambil Bercuti

Hari Jumaat lepas, En Hb ada training kat PD. Ekceli bukan training la sebenarnya, lebih kepada nak bawak anak2 bercuti. Minggu lepas masa balik kg ...... Hadif & Bb ada minta kat Daddy nak pegi tido kat hotel.......hehehhe.... Kesiankan diorang ni, tak tau apa-apa pun. Sebenarnya agak lama juga tak bawak diorang pergi jalan-jalan. En Hb selain sibuk dgn kerja, kesihatan maknya juga tidak mengizinkan kami untuk pergi berseronok-seronok. Jadi bila dapat tau kena pergi training, dia pun mengambil kesempatan yg ada utk bawa anak2 pergi sama.
Hotel yg kami menginap tu, adalah resort terapung - "Chalet on the water"...... tapi yg tak bestnya kami tak dapat bilik yg atas air tu....uwaaaaa ..... disebabkan masalah kelewatan meng"confirm'kan nama.
Hehehehe....LAYANNNNNNNN


Thursday, November 20, 2008

Tag Dari Hunny

Balik je dari kampung, tgk2 ada kerja lak dari member se'cyber'.
tag dari Hunny75
rules:snap work station anda then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda... iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..tengok contoh yang dibuat nih... begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok... sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya... kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain... pass la pada siapa-siapa..

Macam ni la ghupenyer workstation ku yg simple-mimple.

K.chik, Ela, CT Delima, Hana, Noorma, Hunny, Ziehelmy

Tag ini untuk :-

1) Waheedeana

2) G

3) Amy

4) Masz

5) FidaDaud

6) Rozie17

7) Kak Umie

Pra Tadika ????

Hafiy nak sekolah dah!!!!!!! Rasanya macam baru semalam jer tengok dia berjalan jatuh...... start bercakap. Hehehe
Hari ni hantar dia pergi tadika. Sama tadika dgn abang. Memang tadika ni kalau cuti sekolah akan buat tusyen untuk pelajar2 yang berminat. So Puan Mama bercadang nak hantar juga memandang tahun depan hafiy akan memulakan persekolahan tadikanya. Sessi ini dinamakan Pra-Tadika..... ???? Ada ke? Pra Tadika ni.... tiada baju seragam..... pakai baju biasa je.... so layannnnn Baby Tua pergi schoolllllll..... hahahaha


Friday, November 7, 2008

Gulai Ketam


Gulai Ketam

5 ekor Ketam
10 ulas Bawang Merah
5 ulas Bawang Putih
1 inci halia
3 btg serai
2 sudu besar cili giling
Santan dr sebiji kelapa
Sedikit minyak utk menumis



1. Ketam dibersih dan ditoskan.
2. Tumiskan Bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk hingga masak.
3. Masukkan santan dan serai yg telah diketuk.
4. Setelah santan mendidih masukkan pula ketam.
5. Biarkan ketam masak.... boleh di hidangkan

Cheese Lagi

Hari ni rasa nak buat kek lagi.... semestinya....keju... Hahaha..... lepas ni kembang setaman la......
Resepi pulak dicedok dari rakan yang memang terror banyak dalam hal masakan ni..... Hehehe thanks CMG...... Kek Keju Cheddar

250 g mentega
230 g gula kastor
4 biji telur Gred A
80 g keju cheddar, didadu sederhana besar
100 ml susu UHT
280 g tepung gandum
1 camca teh baking powder


1. Putar mentega dan gula kastor hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang.
2. Tambah kiub-kiun keju dan gaul adunan hingga sebati.
3. Satukan tepung bersama serbuk penaik dan diayak. Kemudian masukkan tepung berselang
seli dengan susu UHT hingga habis. Gunakan speed perlahan. Gaul rata.
4. Tuang adunan ke dalam loaf tin yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas pada
dasarnya. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 45
minit atau hingga masak.
5. Boleh juga ditaburkan keju cheddar parut diatas adunan kek sebelum membakar (jika suka)


Tuesday, November 4, 2008

Marble Cheese Cake


Marble Cheese Cake

Walaupun En Hb tak berapa sukakan apa-apa yang dicampurkan coklat, Pn Mama nak juga buat sebab pernah makan kat umah member se'Cyber' sedap......... So Pn Mama nak cuba try test skill... hehehehe

Marble Cheese Cake

Bahan A
185gm butter
1/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung naik sendiri
2 biji telur

Bahan B
250gm cream cheese
1/2 cwn gula halus
1/4 cwn fresh milk
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila


Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
Dalam bekas lain, pukul cheese dengan gula dan vanila hingga sebati. Masukkan telur dan fresh milk, pukul sebati.

Tuangkan adunan koko berselang seli dengan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser dengan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble

Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong. Kek ni agak moist

Daging Black Pepper

Daging Black Pepper ni memang kegemaran En Hb dan anak-anak.


Daging Black Pepper

Daging Batang Pinang dihiris nipis
Lada Hitam ditumbuk
Kicap Manis
Sos Tiram
Tepung jagung
Bawang putih diketuk
Lada Capsicum di potong panjang
Kacang Buncis - kalau suka


Daging di goreng dgn minyak banyakselama 3 - 5 min. Agak2 tenggelam daging tu.
Angkat daging dan toskan.
Tumis kan bawang putih. Masukkan sos tiram dan kicap.
Letak kan sedikit air untuk yg suka berkuah.
Masukkan daging kemudian masukkan tepun jagung yg telah di bancuh dgn sedikit air.
Masukkkan lada capsicum dan kacang.
Siap untuk dihidangkan.
Boleh juga ditaburkan daun bawang dan daun sup utk hiasan.