Thursday, December 30, 2010

Boys' Day Out

Assalamualaikum...........
Hari ni Pn Mama nak bercerita tentang boys kat rumah ni..... termasuk la En Hb. Semenjak Pn Mama dah sihat sikit-sikit ni..... En Hb melayan anak-anak bujangnya keluar. Mula-mula pergi tengok movie..... Tron the Legacy,  lepas tu bawak diorang pegi Water Theme Park kat Taman Desa dan hari ni...... pergi Zoo pulak. Huhuhu sedihnyer kena tinggal!!!!!!!!!
Apa-apa pun..... ok jugakla gitu..... kesian kat diorang. Dah lama tak bawa diorang pegi bercuti. Cuti sekolah pun terperuk je kat rumah. Nasib baik diorang ok je. Itu pun memula tu diorang nak jugak Pn Mama ikut serta, tapi bila dah pujuk dan bagi alasan... akhirnyer diorang pegi juga.
Layan je gambar-gambar diorang kat Zoo. Kat Water Theme Park tak sempat nak ambik gambar!!! Cameraman sibuk jaga anak!!!!!







Wednesday, December 15, 2010

Anniversary

Assalamualaikum.
Petang tadi, En Hb pulang dari kerja dengan membawa satu bungkusan plastik yang besar. Memula tu Pn Mama tidak kisah mana sebab memang sejak Pn Mama dalam pantang ni, En Hb akan bawa pulang macam-macam hadiah, barang-barang makanan untuk 2 anak teruna Pn Mama. Jadi Pn Mama takla ambik kisha sangat tentang apa yang ada di dalam plastik tu.
Seperti kebiasaan, anak-anak teruna Pn Mama yang akan tengok apa yang En Hb bawa balik. Tetiba terdengar pertanyaan dari anak teruna Pn Mama, apa yang dalam plastik lagi satu ni? Pn Mama masih tidak kisah lagi. En Hb pulak tidak menjawab pun pertanyaan dari anak teruna Pn Mama tu. Akhirnya, anak teruna Pn Mama buka la bungkusan tersebut. Ada kotak!!!! Pn Mama tengok dari jauh je. Oleh kerana tidak memakai kacamata, jadi Pn Mama tak perasan kotak apa!!!! So Pn Mama tanya la En Hb kotak apa tu? En Hb jawab.... Alaaaaa, camera!!!! Hah!!!!!! CAMERA....... Cepat-cepat Pn Mama suruh anak teruna Pn Mama bawa kotak tersebut ke Pn Mama. Aduihhhhhh, macam tak percaya........ SONY A33  DSLR. Alhamdulillah...... terima kasih En Hb.... sukernyerrrrrrrrrr!!!!!
Memang Pn Mama berkeinginan camera DSLR, tak sangka En Hb nak bagi pulak. Walaupun idaman kalbu Pn Mama jenama Nikon tetapi En Hb bagi Sony..... takpe la janji CAMERA DSLR. Suker! Suker! Suker!
Ini kiranya hadiah Anniversary la... sebab anniversary kami tak lama lagi iaitu 21-12-2010.
Sekali lagi terima kasih Wahai suami tercinta........ syukran!!!!!

Friday, December 10, 2010

Detik Kelahiran

Assalamualaikum
Menceritakan pasal kehamilan kali ini...... memang terlalu banyak dugaan dan cabaran yang Pn Mama hadapi. Dari awal hamil, Pn Mama mengalami muntah-muntah yang teruk. Di samping tetap mengambil ubat untuk menguat rahim. Di samping itu, Pn Mama juga mengalami alergi yang teruk.
Pada tahap trimester kedua pula, Pn Mama mengalami kontraksi awal. Sehingga terpaksa mengambil ubat menahan kontraksi sehingga ke minggu ke 37.  Pada minggu ke 37, Doktor menasihatkan Pn Mama tidak bergerak langsung kerana dikhuatiri akan melahirkan sedangkan berat bayi dijangka hanya 2.46kg. Kerisauan Pn Mama hanya Tuhan sahaja yang maha mengetahui.
Alhamdulillah, sampai juga ke minggu ke 38. Akhirnya Pn Mama merasa terus-terusan sakit terus Pn Mama "check-in" di Hospital Pantai pada hari sabtu jam 130pagi.
Pada tanggal 5hb December 2010, jam 1236 pagi bersamaan hari Ahad setelah berhempas pulas, terdengarla jeritan. Alhamdulillah..... kelahiran seorang puteri yang di nanti-nantikan. HAIFA HADHIRAH diberi nama. Semuga menjadi puteri yang solehah.  
Masa ni baru sejam melihat dunia. Berat ketika lahir 3.06kg. Syukur kepada Mu !!!!
Ini selepas 12jam selepas dilahirkan.

Tuesday, November 16, 2010

Hari Anugerah Cemerlang SK Cyberjaya

Salam.....
Hari ini bertempat di Auditorium SKMM, sekolah anak teruna Pn Mama mengadakan Hari Anugerah Cemerlang. Mmmm... tak sangka Pn Mama anak teruna Pn Mama tu dapat hadiah. Padan lah dia beritahu, dah beberapa kali dia dipanggil ke tapak perhimpunan untuk raptai hari Anugerah. Bila ditanya hadiah untuk apa..... dia sendiri tak tau. Jadi Pn Mama pun pelik jugak. Surat dari pihak sekolah pun tak tau kemana. Oleh kerana ingin mendapatkan kepastian, semalam Pn Mama pun bertanyakan hal ini kepada Guru kelas Anak teruna Pn Mama tu. Pn Mama kena mendapatkan kepastian sebab pada Hari Anugerah tersebut, sekolah tersebut memberi cuti kepada pelajar-pelajar yang lain yang tidak menerima hadiah. So Alhamdulillah....... anak teruna Pn Mama salah seorang penerima anugerah tersebut.

 Menerima Hadiah Dari Gurubesar - En Abd Razak Bin Abd Hamid
 Bersama Guru kelas 1 Cemerlang - Puan Rafida Jaffar

Friday, November 12, 2010

Keputusan Peperiksan Akhir Tahun

Hari ni anak teruna Pn Mama menerima Buku Adab Belajar. Aduih.... tak sabar betul nak tengok. Excited, berdebar, nervous semua la rasanya..... ngalahkan Pn Mama sendiri yang ambik exam tersebut. Dan rasa macam anak teruna Pn Mama nak bagitau result UPSR pulak........ hahahahaha...... Bukan apa, Pn Mama tak sampai hati tengok keadaan dia kalau keputusannya tidak seperti yang di harapkan. Sebab sebulan sebelum peperiksaan  dia betul-betul mengulangkaji pelajaran. Kesian juga tengok dia asyik belajar je.... tapi pelajar-pelajar di sekolahnya memang mempunyai daya saing yang kuat. Jadi dia sendiri tak mahu ketinggalan.
Alhamdulillah berkat kesabaran dan usaha, anak teruna Pn Mama mendapat keputusan yang baik. Kesemuanya subjek dia mendapat A, kecuali Pendidikan Seni mendapat B. Itu pun dia kecewa jugak....... bertanya kepada Pn Mama... cemana nak dapat A dalam Pendidikan Seni.
Apa-apa alhamdulillah.... dan tahniah kepada Muhammad Hadif Hazem.

Tadika Suria Ria Farewell Party

Hari ni tadika si kecik manja Pn Mama mengadakan "Farewell Party" untuk guru-guru dan pelajar-pelajar. So kena bawa "potluck". Macam biasa la si manja ni suruh buatkan kek. Pn Mama tak larat nak buat... so beli aje la..... kan!!!!!
Macam biasa la..... layan foto-foto yang di ambil ketika di sekolah tadi.





Sunday, November 7, 2010

Vaddey

Salam Petang Minggu....
Sempena Deepavalli.... Pn Mama terasa la nak makan kueh Vaddey ni. Lama dah tak buat kan. Lama juga la Pn Mama tak buat N3 tentang makanan. So petang ni, Pn Mama sediakan kueh vaddey ni untuk minum petang.
Hari ni cuaca tak berapa panas. Nak kata mendung pun tak juga..... so jom minum teh bersama vaddey kat laman....... mmmmm......

Wednesday, November 3, 2010

Concert Tadika Suria Ria

Salam......
Malam tadi telah berlangsungnyer Concert untuk tadika si kecik manja Pn Mama. Si Manja turut mengambil bahagian. Si Manja mengambil bahagian dalam Tarian Endang dan Tarian Wild Wild West. jadi cowboy la pulak !!!!!
Maaf gambar tak berapa nak sharp..... di sebabkan keadaan cameraman yang tak berapa nak sihat..... hehehe
Tarian Endang
Tarian Endang
Tarian Wild Wild West
Bersama Guru kesayangan - Teacher Kalthum

Monday, November 1, 2010

Kejohanan Taekwando Pro Sport

Semalam anak teruna Pn Mama memasuki Kejohanan Taekwando yang dianjurkan oleh pusat latihan yang anak teruna Pn Mama sertai. Kejohanan itu berlangsung di Dewan Serbaguna Kuarters KLIA di Sepang. Hehehehe... Dalam tak larat- tak larat berkampung jugalah Pn Mama di sana semalam. Bukan apa.... he insist me to go. Ini kejohanan yang pertama disertainya... so dia nak semua orang tengok dia.... hehehehehehe. Apa-apa je la ......
Kalau tengok bentuk tubuh anak teruna Pn Mama tu..... mesti ada ramai yg berkata.... ala.... cemana nak lawan..... kurus je... Pn Mama sendiri pun kurang yakin dan pasti bila dia bersungguh-sungguh mahu menyertainya. Dan keputusannya.... seperti yang boleh di agak.... beliau tewas. Walau macam mana pun.... alhamdulillah semangat yang ditunjukkan itu yang penting. Dia tak gentar pun untuk berlawan dengan lawan yan mempunyai tali pinggang yang lebihtinggi darinya. Anak teruna Pn Mama baru mempunyai talipinggang kuning 2 (oren), lawannya pula mempunyai talipinggang biru 2. Takpe... insyalah tahun depan cuba lagi. Semangat tu  yang penting.





Friday, October 29, 2010

Happy Birthday

Alhamdulillah.......
Esok si kecik manja Pn Mama akan menyambut UlangTahun Hari Lahir nya yang ke 5. My little baby has grown up!!!!Kejap je dah lima tahun kan. Dah takde baby- baby lagi la lepas ni. Tapi still manja-manja lagi tu!!! huhuhuhu.....
Tapi oleh kerana esok sabtu, jadi Pn Mama bercadang nak sambut di sekolahnyer pada hari ni. Biar dia seronok sikit...... dah besar kan!!!!! Orang dah 5 years old!!!!





Saturday, August 21, 2010

Kuih Cara Berlauk

Hehehe......
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak...... Selamat berpuasa.

Semalam untuk juadah berbuka, Pn Mama menunaikan permintaan anakanda tersayang yang nak makan kuih cara berlauk. Cemana nak buat ye..... Pn Mama takde acuan kuih cara. Setelah meminta nasihat dari kekanda yang duk kat Denai Alam tu, kakanda mencadangkan menggunakan "pan" sahaja. Mmmmmm..... boleh ke ni?
Takpe la.... kita try je la. Apa-apapun sendiri yang makan. So Pn Mama pun try la. Tapi "pan" Pn Mama tu lebar la pulak. So Pn Mama try guna Non-stick Pot yang berukuran 18cm. Hasilnyer.... heehehhe Alhamdulillah...... jadi pun........... Tak sesia percubaan kali pertama ini.

Saturday, July 31, 2010

Kembali Bersiaran

Salam.
Agak lama juga Pn Mama tidak menjengah ke sini. Penuh dengan sarang "spiderman" dah ni. Maaf juga kepada pengunjung setia ( hehehehe..... kalau ada la) sebab tidak bersiaran selama beberapa bulan. Maafkan ye...... Insyaalah Pn Mama akan terus bersiaran, selagi sihat tubuh badan. AMIN.....

Okay untuk memulakan operasinya yang telah lama terbengkalai, hari ni Pn Mama ingin memulakan dengan hidangan makan malam sekeluarga yang baru sahaja selesai. Malam ini dengan permintaan dari En Hb, Pn Mama telah menyediakan makan malam ala western, iaitu Black Pepper Steak.  Seperti yang telah Pn Mama beritahu sebelum ini, makan malam ala western memang amat di gemari oleh En Hb dan anak-anak.
Ini menu untuk Mommy & Daddy
Ini  menu untuk anak-anak.

Monday, May 10, 2010

Family Day Di Sg Chongkak

Sabtu lepas, Ofis En Hb buat Family Day. Kat Sg Chongkak Hulu Langat. Anak2 teruna Pn Mama memang tak pernah turun ke sungai. Kiranya ini first time la masuk sungai.... hahahaha.... si kecik Pn Mama buat macam kolam renang kat hotel, terjun sana terjun sini. Sib baik kat dasar2 tu takde batu..... tapi pasir kasar2 gak la kan...... tapi si kecik Pn Mama belasah jer.... heehehhe.... layan Aktiviti En Hb dan anak-anak di Sg Chongkak............