Chocolate Swirl ni imported dari rumah LG......... Oleh kerana En Hb kurang sikit dengan coklat2an ni...... i pun kena la buat sikit jer. Buat 1/2 adunan, ok hanya untukku hehehehe.... tapi swirl dia tak berapa swirl la pulak......
Chocolate Swirl
Bahan A:
185g butter
1/4 cwn serbuk koko
1 cwn gula castor
2 biji telur (gred A)
1 cwn tepung gandum
Masak butter dan serbuk koko atas api sederhana hingga butter cair.
Alihkan dr api dan tambahkan gula, telur dan tepung gandum.
Kacau dgn garfu hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dlm acuan yg telah di gris dan dilapik kertas.
Bahan B:
250 gm cream cheese, suhu bilik
1/3 cwn gula castor
1 tsp vanilla esen
1 biji telur (gred A)
Pukul cream cheese yg dah lembut tu bersama gula dan vanila sampai ringan dan kembang.
Masukkan telur dan pukul lagi hingga bercampur.
Tuangkan adunan cream cheese ke atas adunan coklat tadi dan swirl kan menggunakan lidi. Pattern terpulang pada citarasa sendiri.
Bakar pada suhu 180ÂșC for 1 hour.
No comments:
Post a Comment