Tuesday, December 23, 2008

Tag dar Masz.....

Ish.....bila tgk blog kengkawan yg kena tag ni.... terasa lak segan jika diri sendiri kena tag mcm tu..... siap terbawa-bawa dlm mimpi lak...... Esok tu...bila masuk je "umah".... hishhhhh..... kena la pulak...... aduuuiiihhhh..... Nak bagi gambar lain malu lak.... tgk gambar yg sipi2 je dah la ye.... huhuhuhu
Masz....puas hati ye......

Monday, December 22, 2008

Anniversary

Salam semua.........
Semalam sambut anniversary yang ke - 6....... dah enam tahun kahwin..... kejap je dah 6 tahun. Alhamdulillah....
So semalam, hadif kata...hari ni besday kahwin mama & daddy kan..... hadif nak belanja la..... huhuhu....nak belanja....banyak duit dia nak belanja...... tapi nak belanja steambot ( sebab itu favourite dia jugak) ....... daddy kata...mana-mana la........ So pergi makan kat Seoul Bulgogi...Korean Food

Lepas dah makan, dalam kereta....Pn Mama pun ucapkan terima kasih kat En Daddy..... tapi hadif jawab.... apsal lak terima kasih kat daddy, kat hadif la.... sbb hadif yg belanja....... Pastu Pn Mama pun tanya la....siapa yg bayar.... Hadif kata Daddy..... Aik...cemana tu......???? Konfius jap.
Restoran tu kat Pantai Plaza....dekat Menara TM...... jgn takut... ada tanda ni.....
pastu dapat bunga lagi...hehehehehe...toce toce......

Saturday, December 20, 2008

Icing Oh Icing

Hari terasa betul2 nak main main dgn icing ni...... setelah beberapa kali tergendala dan terbantut..... hahahaha
Kek ambik resepi kek cawan vanilla oleh Ms Ad.... mcm biasa ambik kat MYR la apalagi....... tapi ubah sikit letak perasa strawberry......
Selepas di"touch-up" oleh tangan yg tak berseni...hehehehe

Thursday, December 18, 2008

Spagetti Bolognese

Salam semua....
Agak lama juga tidak meng'update' blog........
Pertamanya.... sebab sejak kebelakangan kesihatan mak mertua yg tidak begitu sihat........
Keduanya...... sebab kamera kecil kesayangan ku itu tertinggal kat kg....... huhuhuhu
Lama dah sebenarnya tak dinner ala ala "western" ni...... So En Hb....pun request nak makan spagetti bolognese style yg di sukai

Spagetti Bolognese (versi sendiri)

Bahan-bahan
Spagetti direbus sampai lembut

Daging Kisar 300gm (sebenarnya kalau suka byk daging nak lebih pun ok)
Bawang Putih 7 ulas ( ditumbuk)
Cili Giling 1 sudu besar (tambahla kalau suka pedas )
Sos Pasta 1 tin besar(Brand Preego ke.....)
Tomato puree 1 tin kecil (kalau suka masam lebihkan)
Cendawan butang - di belah 2
Kacang Peas
Carrot - di potong dadu
minyak untuk menumis
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntun bunga cengkih
1 Kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Oregano
Italian Herbs

1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga naik bau. Selepas itu masukkan cili giling biarkan sampai cili masak.
2. Masukkan sos pasta dan tomato puree. Tambahkan sedikit air kalau tak suka pekat.
3. Masukkan Daging. Biarkan daging betul2. masak.
4. Masukkan cendawan, kacang dan carrot.
5. Masukkan sedikit serbuk oregano, italian herbs dan garam.
6. Hidangkan bersama spagetti yg telah direbus tadi.......
7. Selamat mencuba

Friday, November 28, 2008

Tag

Tag ini pulak dr Azie & Ana

"WHAT IF YOUR EX SAID TO YOU"

1. hi, how are ya?
* sihat...alhamdulillah
2. hey! you wanna go to mall?
* boleh aje….i nak bawak my hb & kids along yaaa
3. i love you..
* oh really!!!!... thank you....
4. do you want some cookies??
* terima kasih….. coklat2 atau kek takde ke??
5. can you take me a picture?
* alaaaaa….tak pandai la
6. help me in my homework!
* den nye homework pun laki den tolong!!!!!!(alamak terlepas lak)
7. here's my gift to you..
* laaa…… ini je ke…lain kali beli la yg mahal.
8. let's just be text mate
* kengkawan cyber den ramai haaaa...... tak terlayan!!!!!!!
9. do you want me to buy you an ipod?
* oooo best tu…beli la 2 utk laki den skali….
10.let's sit together in the bus*
* alamak…… lama tul tak naik bus…..paling koman pun naik LRT je
11. hi baby..
* sssyyyhhh bb den tido tu….jgn bising…
12. you still cute..
* mmg dari dulu kini dan selamanya...ahaks :)
)13. i still love you..
* hahahahahaaha………..
14. can i visit your house??
* Jap den tanyo laki den dulu yo...
15. do you love me??
* alamak geng ... tak dan nak cintan cintun la skrg ni……!!!!

Follow this instruction:
1. named 5 candidates on your list :-
Tak tau nak bagi sape lagi.........
* sapa2 yg blum kene kalo baca tolong jawab yer.....

2. ask them to complete this tag

3. repost on their blog4. write the title "what if your ex said this to you"

Award

Award dapat dari Rozie, Kton & Kak Ina
Terima Kasih daun keladi.... kalau ada....bagi la lagi hik hik hik

Monday, November 24, 2008

Kursus Sambil Bercuti

Hari Jumaat lepas, En Hb ada training kat PD. Ekceli bukan training la sebenarnya, lebih kepada nak bawak anak2 bercuti. Minggu lepas masa balik kg ...... Hadif & Bb ada minta kat Daddy nak pegi tido kat hotel.......hehehhe.... Kesiankan diorang ni, tak tau apa-apa pun. Sebenarnya agak lama juga tak bawak diorang pergi jalan-jalan. En Hb selain sibuk dgn kerja, kesihatan maknya juga tidak mengizinkan kami untuk pergi berseronok-seronok. Jadi bila dapat tau kena pergi training, dia pun mengambil kesempatan yg ada utk bawa anak2 pergi sama.
Hotel yg kami menginap tu, adalah resort terapung - "Chalet on the water"...... tapi yg tak bestnya kami tak dapat bilik yg atas air tu....uwaaaaa ..... disebabkan masalah kelewatan meng"confirm'kan nama.
Hehehehe....LAYANNNNNNNN


Thursday, November 20, 2008

Tag Dari Hunny

Balik je dari kampung, tgk2 ada kerja lak dari member se'cyber'.
tag dari Hunny75
rules:snap work station anda then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda... iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..tengok contoh yang dibuat nih... begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok... sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya... kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain... pass la pada siapa-siapa..

Macam ni la ghupenyer workstation ku yg simple-mimple.

K.chik, Ela, CT Delima, Hana, Noorma, Hunny, Ziehelmy

Tag ini untuk :-

1) Waheedeana

2) G

3) Amy

4) Masz

5) FidaDaud

6) Rozie17

7) Kak Umie

Pra Tadika ????

Hafiy nak sekolah dah!!!!!!! Rasanya macam baru semalam jer tengok dia berjalan jatuh...... start bercakap. Hehehe
Hari ni hantar dia pergi tadika. Sama tadika dgn abang. Memang tadika ni kalau cuti sekolah akan buat tusyen untuk pelajar2 yang berminat. So Puan Mama bercadang nak hantar juga memandang tahun depan hafiy akan memulakan persekolahan tadikanya. Sessi ini dinamakan Pra-Tadika..... ???? Ada ke? Pra Tadika ni.... tiada baju seragam..... pakai baju biasa je.... so layannnnn Baby Tua pergi schoolllllll..... hahahaha


Friday, November 7, 2008

Gulai Ketam


Gulai Ketam

5 ekor Ketam
10 ulas Bawang Merah
5 ulas Bawang Putih
1 inci halia
3 btg serai
2 sudu besar cili giling
Santan dr sebiji kelapa
Sedikit minyak utk menumis



1. Ketam dibersih dan ditoskan.
2. Tumiskan Bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk hingga masak.
3. Masukkan santan dan serai yg telah diketuk.
4. Setelah santan mendidih masukkan pula ketam.
5. Biarkan ketam masak.... boleh di hidangkan

Cheese Lagi

Hari ni rasa nak buat kek lagi.... semestinya....keju... Hahaha..... lepas ni kembang setaman la......
Resepi pulak dicedok dari rakan yang memang terror banyak dalam hal masakan ni..... Hehehe thanks CMG...... Kek Keju Cheddar

250 g mentega
230 g gula kastor
4 biji telur Gred A
80 g keju cheddar, didadu sederhana besar
100 ml susu UHT
280 g tepung gandum
1 camca teh baking powder


1. Putar mentega dan gula kastor hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang.
2. Tambah kiub-kiun keju dan gaul adunan hingga sebati.
3. Satukan tepung bersama serbuk penaik dan diayak. Kemudian masukkan tepung berselang
seli dengan susu UHT hingga habis. Gunakan speed perlahan. Gaul rata.
4. Tuang adunan ke dalam loaf tin yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas pada
dasarnya. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 45
minit atau hingga masak.
5. Boleh juga ditaburkan keju cheddar parut diatas adunan kek sebelum membakar (jika suka)


Tuesday, November 4, 2008

Marble Cheese Cake


Marble Cheese Cake

Walaupun En Hb tak berapa sukakan apa-apa yang dicampurkan coklat, Pn Mama nak juga buat sebab pernah makan kat umah member se'Cyber' sedap......... So Pn Mama nak cuba try test skill... hehehehe

Marble Cheese Cake

Bahan A
185gm butter
1/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung naik sendiri
2 biji telur

Bahan B
250gm cream cheese
1/2 cwn gula halus
1/4 cwn fresh milk
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila


Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
Dalam bekas lain, pukul cheese dengan gula dan vanila hingga sebati. Masukkan telur dan fresh milk, pukul sebati.

Tuangkan adunan koko berselang seli dengan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser dengan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble

Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong. Kek ni agak moist

Daging Black Pepper

Daging Black Pepper ni memang kegemaran En Hb dan anak-anak.


Daging Black Pepper

Daging Batang Pinang dihiris nipis
Lada Hitam ditumbuk
Kicap Manis
Sos Tiram
Tepung jagung
Bawang putih diketuk
Lada Capsicum di potong panjang
Kacang Buncis - kalau suka


Daging di goreng dgn minyak banyakselama 3 - 5 min. Agak2 tenggelam daging tu.
Angkat daging dan toskan.
Tumis kan bawang putih. Masukkan sos tiram dan kicap.
Letak kan sedikit air untuk yg suka berkuah.
Masukkan daging kemudian masukkan tepun jagung yg telah di bancuh dgn sedikit air.
Masukkkan lada capsicum dan kacang.
Siap untuk dihidangkan.
Boleh juga ditaburkan daun bawang dan daun sup utk hiasan.

Friday, October 31, 2008

Happy Birthday Hafiy

Semalam baby sambut ulangtahun kelahiran yang ke 3. Rasa macam baru jer tengok dia merangkak dan belajar berjalan ....... Sekejap jer masa berlalu. Tahun depan Insyaallah, dah nak ke tadika. Jaga dia masa dalam pantang sampai lah umur dia 6 bulan. Alhamdulillah..... cukup senang. Tapi bila dia dah start merangkak..... pastu belajar berjalan...... fuh! Tak larat makcik!!!!! Dia mula berjalan umur 9 bulan. Punya la lasak. Sekejap sekajap naik tangga. Hilang je cuba cari kat tangga...... insyaallah ada la dia kat situ..... Hehehe.... Favourite dia kereta. Kalau pergi mana-mana...... asal jumpa je kereta ....... mesti dia lekat kat situ. Dia tak kisah pun harga mahal ke murah ke..... janji kat tangan ada kereta. Rasanya koleksi kereta mainan yang kecik2 tu ada lebih 50 biji kot...... itu tak termasuk yg tinggal kat kg ..... yg hilang ...... dan yg dah buang!!!

Graduation & Concert Day

Lama tak buat N3....... agak kelam kabut kebelakngan ni..... harap-harap semuanya akan kembali seperti sedia kala selepas ini...... AMIN.....
Selepas menyambut Hari Raya..... sambut pulak birthday hadif ....... pastu tadika hadif nak adakan pula Graduation & Concert day. Tergelak sakan makBapak tengok keletah anak-anak menyanyi dan menari. Hadif ada juga buat persembahan. Menari beramai-ramai...... Pun malam tu, hadif dapat juga hadiah. Alhamdulillah. Maaf la...gambar tak berapa terang...!!!


Friday, October 10, 2008

Happy 5th Birthday

Hari ni Hadif sambut birthday kat sekolah. Ini kali yang ketiga dia sambut birthday. Mula2 sambut birthday dgn sepupu2 kat kampung, pastu sambut lagi kat Trg. Terlambat sikit nak sambut dgn kengkawan sebab birthday dia jatuh dalam bulan puasa. Pulak masa birthday tu, dia dah balik kampung pun. So layan je la.... anak teruna saya sambut bithday kat sekolah.

Birthday Cake.











Dengan kengkawan kat sekolah


Wednesday, September 24, 2008

Selamat Hari Raya

Kad Raya telah di "tempah"..... hehehe..... tapi tak sempat nak tempek kat sini....... emergency nak balik kg ni.

Sempena nak raya ni, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf di atas segala ketelanjuran bahasa selama saya ber"blog" ini..... Kepada kawan-kawan yg mengenali saya baik di dalam alam "cyber" ini mahupun alam realiti, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri...... Yang nak dtg berkunjung, saya akan berada di Pantai Timur, insyaallah sampai Hari Raya yg Ke-2 dan akan kembali ke teratak saya pada Hari Raya yg Ke 6.
"Selamat Hari Raya" dari saya dan keluarga

Thursday, September 18, 2008

Dari Edazman & Azie


Terima kasih Eda......










Terima Kasih Azie




Homework By Amy

Sebenarnya lama dah dpt homework ni......dr member nun jauh kat german ..... apakan daya..... tak sempat nak buat N3 sejak kebelakangan ni..... Walau apa2 pun...... layannnnnn


The rules of the game get posted at the beginning. Each player answer the question about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names. Then goes to their blogs and leaves them a comment. Letting them to know that they have been tagged. Let the person who tagged you know when you've posted your answer.So now, on to the questions...


1) What were you doing 5 years ago?
>>> Keja kat PJ Newtown
>>> Masa tu dah kahwin dah
>>> Dpt Baby Boy…... Muhammad Hadif Hazem
>>> Duk kat Tmn Desa
>>> Shopping kat Midvalley sbb dekat dgn rumah

2) What are 5 things on your to-do list for today?
>>> Nak buat mini popia
>>> Nak jahit baju raya hb & anak2.
>>> Tgk anak buat homework
>>> Masak utk berbuka
>>> Nak buat kuih bunga cina

3) What are 5 snacks you enjoy?
>>> Kuaci
>>> Kerepek ubi
>>> Cakar Ayam
>>> Kacang2
>>> Twisties

4) What are five things you would do if you were a billionaire?
>>> Pergi haji & Umrah.
>>> Bawak Mak & PIL dan adik2 gi haji jugak.
>>> Buat bungalow bawak mak & PIL duk sekali
>>> Nak gi round2 keliling dunia
>>> Nak bina rumah utk anak2 yatim & org tua2

5) What are five jobs you've had?
>>> Receptionist
>>> Stenographer
>>> Secretary
>>> Admin Exec & PA
>>> Housewife

Nak bagi keje umah ni kat:
1. Aziemas
2. Noorana

3. Mas_73
4. Yani
5. Kak Umi E

Saturday, August 30, 2008

Selamat Menyambut Puasa

Sempena nak menyambut Ramadhan Al-Mubarak ni, saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf di atas segala kesalahan, kekasaran bahasa sepanjang saya berblog ni. Juga mengambil kesempatan memohon maaf kesalahan dan kekasaran di dalam persahabatan di alam "cyber" ini.
Nak balik kampung dah ni, nak menyambut puasa bersama keluarga di kampung. Seronoknya......
Assalamualaikum semua...............Selamat Berpuasa

Projek Lain

Malam tadi tak tau nak buat apa...... Anak-anak duk tengok cartoon kat TV, En Hb pulak guna pc. Jadi Puan Mama takde toys nak main. Duk kemas-kemas, punggah memunggah.... terjumpa la kotak kecik kecik. Tengok apa yg boleh di "canai"kan kotak2 ni...... hehehehe... barang-barang pun tak berapa nak ada...... so ini je la hasilnya.










Udang Supreme











Resepi ni dapat dari member yg duk jauh nun di selatan tanahair....... Waheedeana. En Hb kata sedap. Anak-anak den pun suko...... huhuhu....thanks Ana.

Friday, August 29, 2008

Buah Sengkuang

Sebenarnya makan buah sengkuang cara macam ni...... dapat masa kecik-kecik dulu..... kat kawasan perumahan masa my mom duk kat Jalan Klang Lama. Rasanya sesiapa yang pernah duk kat area tu...mesti tau dan ingat makan buah sengkuang cara macam ni.. Tak tau pulak kat tempat lain ada ke tak. Oleh kerana dah terlampau lama...... nama dia pun tak tau..... Ada sesiapa tau tak? Main hentam jer letak nama ni.....













Sengkuang Sos Berkacang

Sebiji buah sengkuang di kupas kulit dan di potong.
Sapu Sos Cili dan taburkan kacang yg telah ditumbuk.

Projek Di Ambang Bulan Puasa Dan hari Raya

Macam tahun2 yg lepas projek ni memang kena buat.










Tauhu Lagi...........











Mmg tauhu favourite sebenarnya..... rasanya kalau hari hari menu tauhu pun tak pe..... hehehehe

Sambal Goreng Tauhu Kacang Dgn Ikan Bilis

2 keping tauhu
Segenggam kacang tanah
Ikan Bilis (kalau suka byk, letak byk)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar cili boh ( kalau suka pedas tambah)
minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

1. Bawang merah dan putih ditumbuk lumat.
2. Tauhu dipotong kepada 9 bahagian. Di goreng kemudian toskan minyak.
3. Goreng kacang tanah jugak ikan bilis. Toskan .
4. Tumis bawang dan cili sampai garing. Masukkan garam.
5. Masukkan tauhu, kacang dan ikan bilis. Mesrakan semua bahan tadi.
6. Siap untuk di hidang.

Tuesday, August 26, 2008

Homework oleh Che Iza

Tadi masa menyinggah jap kat umah iza ni...... ternampak pulak ada homework nak kena buat....

Simply, It's about where you squeeze the toothpaste.
Rules - Just answer the questions below and post in on your blogs. And of course, you have to tag at least one person, the more the merrier..

Question 1 :Which Squeezer are you?please select one of the following and let's see how the statistic is :-
A - Top-squeezer (squeeze from the top part)
B - Middle-squeezer (squeeze from the middle)
C - Bottom-Squeezer (squeeze from the bottom)
D - Random squeezer (squeeze anywhere you can get your fingers on)

My answer: My answer of course C...

Question 2 :Explain your answer in Question 1 or whatever you want to say about it...
Don’t know why….. maybe suka2 jer kot……..ataupun tgk ibu & abah buat mcm tu masa kecik2 kot

Question 3 : who you want to tag...and now I TAG...
1) LG
2) Rozie
3) Hunny
4) Kakyu
5) Dila

Ayam Pandan

Apple Cake tadi tu buat untuk dessert...... chewah mcm mat salih la pulak...ada dessert2 nih..... nak lawan LG ke......hahahahaha........ ini celup punya..... Untuk lunch.... semalam hadif request nak makan ayam...... selalunya kalau dia nak suruh masak ayam..... Ayam Pedas la tuh..... Asyik ayam pedas jer...Pn Mama pun boring gak makan ayam pedas jer selalu...... Pastu teringat la pulak ada resepi Ayam Pandan dari anak tokeh kedai makan kat Batu Pahat tuh....... sape lagi kalau bukan iza...... hehehehe..... Nak citer la kan..... masa buat ayam ni.... kalau agak2 tangan tu tak tahan pijar atau ada baby kecik kat umah..... baik jgn buat dulu la..... sebabnya.... pijar sungguh tangan..... itu pun kurangkan cili api tu...kalau ikut betul resepi dia...15 ulas cili api..... mahu terbakar kot tangan..... hehehehe...... Apa-apa pun berbaloi jugakla pijar tangan ni..... anak suka...makan nasi bertambah tambah...suka tengok dia makan tadi..... seronoknyeeeeee......

Apple Cake

Hehehe....terajin lak ari ni...... buat kek epal...... semlm dgr citer dari member cyber..... dia buat..... pastu terpandang lak kat dlm esbok tu ada epal ntah bila kurun punya la tu agaknya..... Ini mesti balance si'kecik' tu punya....... Resepi asal dari tokeh MYR .... Yani... thanks yani share resipi nih........ mmmmmmm best sedap..........














Kek Epal

1biji epal
100gm mentega
80gm gula halus + 2 sudu besar gula
2 biji telur
100ml whipping cream/fresh cream
150gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

1. Buang kulit epal. Potong kecil-kecil anggaran 3mm. Gaulkan dgn 2 sudu gula. Kemudian
masak hingga epal lembut.
2. Pukul mentega sampai jadi krim, kemudian masukkan gula pukul sampai jadi putih.
3. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi.
4. Masukkan whipping cream kacau hingga sebati.
5. Masukkan tepung gandum yg telah diayak bersama baking powder.
6. Masukkan epal + air ( air yg keluar dari epal). Kacau sebati.
7. Masukkan dlm loyang. bakar dalam suhu 180C selama 25- 30 min.

Friday, August 8, 2008

Roasted Chicken















Malam tadi dinner Roasted Chicken....... jugak ambik kat blog Puan LG. Memang tak pernah roast chicken sebenarnya...... walaupun ada MW...hehehehe...... So ini tugas pertama MW nak roast chicken....... hasilnya boleh tahan jugak......

Chicken Roasted

Bahan-bahan
1 ekor ayam (i buat setengah jer)
Soft butter (butter biasa pun ok)

Bahan perap:
5 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar madu
1 sudu besar kicap manis
beberapa helai daun limau purut di mayang halus
kalau nak pedas sikit letak cili boh
Sedikit garam

Tumbuk semua bahan bertanda *.

Campur butter ke dlm semua bahan perap. Lumurkan semua bahan tadi pada ayam tersebut.
Biarkan dalam 1/2 - 1 jam. (lagi lama lagi best)
Bakar selama 1 jam - temperature 130.

Chocolate Swirl














Chocolate Swirl ni imported dari rumah LG......... Oleh kerana En Hb kurang sikit dengan coklat2an ni...... i pun kena la buat sikit jer. Buat 1/2 adunan, ok hanya untukku hehehehe.... tapi swirl dia tak berapa swirl la pulak......

Chocolate Swirl

Bahan A:
185g butter
1/4 cwn serbuk koko
1 cwn gula castor
2 biji telur (gred A)
1 cwn tepung gandum
Masak butter dan serbuk koko atas api sederhana hingga butter cair.
Alihkan dr api dan tambahkan gula, telur dan tepung gandum.
Kacau dgn garfu hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dlm acuan yg telah di gris dan dilapik kertas.

Bahan B:
250 gm cream cheese, suhu bilik
1/3 cwn gula castor
1 tsp vanilla esen
1 biji telur (gred A)
Pukul cream cheese yg dah lembut tu bersama gula dan vanila sampai ringan dan kembang.
Masukkan telur dan pukul lagi hingga bercampur.
Tuangkan adunan cream cheese ke atas adunan coklat tadi dan swirl kan menggunakan lidi. Pattern terpulang pada citarasa sendiri.
Bakar pada suhu 180ºC for 1 hour.

Thursday, August 7, 2008

Spagetti

Minggu ni panas sgt kat sini.... jerebu semakin teruk. Dah la panas terik...jerebu pulak...... sampai nak keluar jemur pakaian pun takut...... takut sakit kepala.... hehehehe bukan takut hitam..... dah kulit tu, kulit melayu ..... lainlah kalau ada pan asian punya species. Nak share dinner malam tadi..... Spagetti Bolognese ini resepi sendiri tapi banyak dah resepi ni kat memana so i copypaste yg ada kat MYR resepi Mutiarazura









Wednesday, August 6, 2008

To Azie

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more
Ini untuk pelawat yang ke 1000 - Aziemas....... thanks azie selalu dtg jenguk i kat sini .......

Monday, August 4, 2008

Pelawat Yang Ke 1000

Berdebar jugak rasanya...... sape la yg menjadi pelawat blog ni yg ke 1000 ye...... diam tak diam.... ramai juga tetamu yg hadir singgah ke blog yg ntah apa apa ni........ TERIMA KASIH semua.
Sebenarnya dari hari jumaat lagi terasa nak makan Gulai Kawah.......dah suruh En Hb belikan kat Pantai Dalam tuh...... tapi hari jumaat kedai tu tutup la pulak...... So hari ni dia belikan. Dapatla merasa Gulai Kawah yg terkenal kat KL ni......pastu dia belikan juga Lala Masak Serai. Sebenarnya boleh buat Lala Masak Serai ni.... ada member bagi resepi tapi....yang nak makannya cuma berdua jer, baik beli jer..... taklah membazir kalau tak habis nanti...... Pastu makcik sebelah rumah ni, bagi la pulak Acar Buah...... dia bagi juga la cara-cara nak buat juga bahan-bahannya........
So jemput makan kawan-kawan......emmmmm sedapnyaaaaa



























Simple Pasta

Sepatutnya nak keluar dgn member se'Cyber' gi shopping (ke window shopping....) kat Sogo....tapi sebab banyak pulak program yang nak di buat weekend ni....jadi cadangan tersebut terpaksa di lupakan..... En Hb ajak gi shopping la pulak, kat mana lagi....1 Utama la..... favorite shopping place dia...!!!!
Lunch kitorang makan kat Dave's Deli, memang kebiasaannya.... kalau pergi 1 Utama ni...makan mesti kat situ..... bukan apa...kat situ tanda halal JAKIM kat kaunter nak order.... so takyah was-was lagi.....
Sunday biasanya kitorang ni jarang ambik breakfast....... tapi ambik brunch..... hehehee...sekali breakfast dgn lunch...... Buat Nasi Lemak Sambal Tumis Ikan Bilis jer...... senang..... dinner pulak....En Hb request nak makan pasta..... haiiiii.... tak pernah buat pasta ni...... nak buat camner ye..... pastu teringatla pulak satu program kat TV, tapi ingat-ingat lupa cara-cara dan ingredient dia...... So ini la rupa Simple Pasta resepi yg main hentam saja tuh.....

Friday, August 1, 2008

Balik Kampung

Lama dah tak update "rumah" ni....... minggu lepas demam..... teruk gak la demam tapi still leh "merempit" lagi kat forum hehehehe............ pastu balik umah my mom la pulak...... buah-buahan ada lagi... my mom kata kalau tak ambik nanti...busuk kat pokok jer...... pastu dia suka nak tengok cucu-cucu dia buat2 sibuk masa nak ambik buah-buahan tu...... Sebab dah ada kat kampung...... nak buat tayangan sikit la diantara pokok2 bunga yg ada kat umah my mom tuh.....
































Wednesday, July 23, 2008

Demam

Sejak hari Sabtu yg lepas, badan tak berapa sihat......... Dengan Selsema dan demam..... aduiiihh.... tak larat sungguh rasanya...... Pulak kena pegi Hospital Serdang....ada jiran masa kecik2 dulu masuk hospital...... Tunggu punya tunggu...masa melawat sepatutnya dari 12.30 tghari sampai pukul 2.00 ptg...... sampai pukul 2.30ptg tunggu tak juga boleh masuk lagi...... hishhh mata dah pedih berair dah ni.... kepala rasa bengang jer..... Dah la anak2 kat lobi... takleh naik kat tingkat ICU...... last2 cakap kat family tuh... tak boleh tunggu la...... anak2 dah tak boleh duduk diam dah kat bawah tu.... En Hb pun tak larat nak jaga sensorang...... i pun balik umah .......... tido.........
Hari ni....demam dah ok dah..... selsema pun kira ok la jugak...... tapi batuk pula menyerang...... Member2 kata gargle air garam la...... minum madu la...... semua tu dah try la....... tak jalan juga..... so guna cara yg biasa guna....minum air perahan limau ....... selawat 3x...... alhamdulillah....lega sikit ni...............
Bila dah lega sikit....... terasa la pulak nak buat pizza..... sebenarnya teringin nak buat pizza ni dari hari isnin lagi..... tapi disebabkan tak larat...... pendamkan jer la dulu niat tuh..... biar sembuh dulu...kang tak larat lak nak nguli kang...... dah la takde BM........ kalau ada BM tu takpe la juga kann............. HomeMade Pizza Simple





Friday, July 18, 2008

Tag

Sebenarnya tag ni dah lama dapat dah dr Azie..... tapi terlupa la pulak nak jawab..... sorry ye

1. 5 hadiah yg diimpikan
Pakej haji & umrah
Pakej pelancungan ke serata dunia
Keperluan asasi – kereta, rumah, tanah dsb
Wang yg bnyk
Maid

2. Alasan atas pilihan itu
Itu satu kewajipan
Memang suka melancong, tapi budget takde
Untuk bekalan di masa depan/tua
Apa-apa sekarang, semuanya duit
Boleh relax sikit……
3. Inspirasi terhadap org yg diminati (Mr Right la kan)
Bertanggungjawab
Berwawasan
Penyabar
penyayang
menerimaku seadanya
4. Perkara hebat yg dilakukannya utk anda
Sikap gentleman dia masa 1st time dating…(adalah)
Ketika akad 21 December 2002
Sentiasa melayan kerenah Mama & Anak2
Alhamdulillah dia memang pria yang terhebat
Ada lagi…sssyyyhhhhh rahsia la……
5. 5 ciptaan paling hebat ( bkn hanya psl teknologi )
Mr Right
Anak anak ku yg dikasihi
Ibubapa & Parent In Law
Segala benda ciptaanNYA
semua yg cangih manggih la
6. Perkara yg paling dbenci
Hipokrit
Org yg tak mengenang budi
Org yg tak nak berusaha utk memajukan diri
Mungkir Janji
Bila tak boleh control keadaan (fikiran tak tentu arah)
7. 5 org yg ingin d tag :
Hunny
LG
Dila
Yana
Eda

Tapi kalau dah dapat, sila abaikan la.....

Thursday, July 17, 2008

Balik Kampung

Semasa pulang ke kampung baru ni, kebetulan ada member cyber sedang bercuti di kawasan sekitar juga...... apalagi di manfatkan la....... bertemu muka.......... kebetulan pagi tu telah meng"order" Nasi Dagang, jadi memang dah rezeki member tu......dapatla merasa Nasi Dagang tu ...... terima kasih kerana sudi singgah ye....... Tak lupa juga kesempatan turut diambil untuk menjenguk member se"cyber" dia kawasan berdekatan...... emmmmm sedap makan Mee Goreng dgn Ciskek Marble........
Macam biasa kalau balik kampung, mesti pegi makan ikan celup tepung........ huhuhuhu.... layannnnnnn.... satu family makan, nasib baik ada meja besar.........




























Bila dah makan ikan celup tepung, apalagi....... main-main kat tepi pantai la........ Pantai kat sini tak digalakkan mandi....bahaya............ so main kat tepi pantai je la.........