Masakan ini memang menjadi menu utama setiap minggu. Ini kerana anak teruna Pn Mama tu suka sangat dengan Daging Blackpepper ni. Kalau nak tengok dia makan dengan banyak..... buatla daging stail ni.... insyaallah makan mesti bertambah.
Ini salah satu makanan ata kuih tradisional Terengganu yang menjadi kegemaran Pn Mama. Namanya Kuih Tepung Bunga. Nama dengan rupa kuih ni....macam tak "matching" je kan. Tapi itu la namanya. Tak pasti kenapa. Kuih ni adalah salah satu dari kuih tradisinal Negeri Terengganu. Di perbuat dari tepung pulut dan santan. Kebiasaannya hanya akan di dapati pada bulan puasa sahaja. Jarang sangat di dapati pada hari-hari biasa. Tapi kalau yang duduk berdekatan dengan Bandar Terengganu, kalau nak cari segala jenis kuih -muih tradisional dan moden pada hari-hari biasa juga bulan puasa... cari la di Gong Kapas. Ewahhhhh....promote lagi tu!!!!!

Di kesempatan ini Pn Mama memohon ampun dan maaf jika selama Pn Mama berblog ini Pn Mama telah terkasar bahasa, ada terdapat kesalahan & kesilapan yang tidak Pn Mama sedari. Maafkan ye semua!!!!! Selamat Berpuasa...............





P.S : Di kesempatan ini juga Pn Mama ingin mengucapkan ribuan terima kasih kat Kekanda Fadhilah yang buatkan Kek Lapis untuk Pn Mama juga tak lupa kepada kengkawan Kak Sina, Kton dan izah yang sempat contribute ideas. Budi baikmu akan ku kenang jua.....terima kasih


