Friday, October 30, 2009

Tauhu Poket

Kalau Tauhu....Pn Mama memang suka. Tauhu masak apa pun.... insyaallah Pn Mama memang suka. Sebab itu setiap kali ke pasar, Pn Mama tidak lupa membeli tauhu, Samada di buat Tauhu Sumbat, di goreng, di buat sambal memang Pn Mama tak tolak. Hehehehhe... so versi tauhu untuk salah satu menu untuk dinner mlam ini ialah Tauhu Poket. Resepi ni kepunyaan Che Iza yang kat Perlis tu. Lama dah tak dengar citer makcik ni..... apa la khabar agaknya. Kepada Che Iza.... thanks for the recipe...... i sukerrrrrr!!!!!!

Happy Birthday

Hari ni genap Hafiy 4 tahun. Dah 4 tahun dah manja Pn Mama ni. Pn Mama pernah berjanji dengan dia yang Pn Mama akan cuba buatkan kek untuk dia. Sebelum ini di pernah tengok Pn Mama duk sekodeng rumah teman-teman blogger. Ada gambar kek yang cantik-cantik. So dia pun minta Pn Mama buatkan untuk dia. Untuk abang, Pn Mama dah pernah buatkan..... so kena la buatkan juga untuk si kecik ni. Jadi Pn Mama terpaksa merendamkan tangan dan jari-jari Pn Mama supaya lembut sikit. Tapi masih juga tak cukup lembut la..... Nak kena ketuk dengan lesung pulak ke...????? So faham-faham je la...kalau main BC dengan jari-jari mongel tu.... suka hati dia je nak buat cemana..... ...lantak la kek dia!!!!!!



Thursday, October 29, 2009

Vietnamese Mee

Dengar nama....fuh..... bukan main lagi. Ini menu dinner untuk malam ni. Tapi yang sebenarnya hanya la Kuey Teow Sup je. Nak buat sup dia pun simple & senang. Rebus air pastu masukkan garam dan perasa. Siap!!!!! Bahan-bahannya..... kuey teow, fish ball, hirisan daging yang telah di rebus,taugeh dan daun pudina. Haaaa...... daun pudina tu yang membezakan antara Kuey Teow Sup dengan Vietnamese Mee ni. Senang dan simple bangat!!!!!! Nak makan mee ni kena makan dengan Kicap Cili Api.....baru ngam! Jom Makan...panas-panas lagi ni......


Tuesday, October 27, 2009

Strawberry Mousse

Pn Mama ni selalu memang ketinggalan. Geng alam maya dah lama try buat Strawberry Mousse ni. Pn Mama baru la hari ni nak mencuba. Itu pun terlupa dah sebenarnya. Terjengah rumah kawan Pn Mama yang kat Utara tu, baru teringat nak buat. Padahalnya  strawberry memang dah sedia ada ..... yela orang baru balik di Cameron kan......hehehhhehe...... Gelatin pun ada, whipping cream pun ada. Ini pun sebab nak menghabiskan stok strawberry tu. Dah lama sangat dah kan. Ada yang elok lagi, dan ada yang dah terlalu masak. So daripada membazir baik kita guna buat mousse. Kalau Hafiy nak makan strawberry nanti beli aje kat JJ....hehehehhehe



Sup Ayam

Hadif masih lagi macam takut-takut nak makan. Dia takut muntah lagi.  Pagi tadi, dia kata nak makan Mc Donalds. Kebetulan En Hb pun ada kat rumah, kami pun bawa la dia pegi ke Mc Donalds tu. Tapi beli untuk makan di rumah je sebab Hadif kata dia tak larat la nak makan kat sana. So sampai je kat kaunter Drive-thru, tetiba hadif muntah lagi dalam kereta. Punya la kelam kabut, nasib baik cuma muntah air je. Terus dia menangis.  Kesian la pulak. Mesti dia rasa tak selesa.

Oleh kerana ada orang sakit kat rumah ni, dinner Pn Mama buat Sup Ayam je.

Buat juga Sambal Belacan Mangga Muda.... untuk lawan Sup Ayam tu....... mmmmmm yummmm


Nasi Goreng Black Pepper Udang

Dinner malam tadi, Pn Mama buat Nasi Goreng Black Pepper Udang. Masak simple je sebab Hadif tak sihat.

Petang semalam, bangun je dari tido petang, Hadif start muntah-muntah. Ingatkan muntah sikit-sikit je, rupa-rupanya boleh kata  teruk jugakla. Sampai 5-6 kali muntah. Jadi lepas maghrib, bawa dia pegi klinik. Doktor terus bagi ubat tahan muntah yang masuk ikut 'montot'. Doktor kata, kalau bagi ikut mulut, takut dia muntah lagi. Sian dia. Hadif, kalau demam atau sakit..... memang melepek habis. Teramatla manja. Tak macam Hafiy. Hafiy kalau sakit cuma dia kurang aktif je. Kita jadi kesian tengok Hafiy sebab selalu tengok dia aktif.... kan tapi bila sakit dia monyok sikit!!! Hadif macam biasa la...kalau sakit atau demam memang susah nak makan apa-apa. Offer la apa-apa favourite dia, Maggi ke, Mee Goreng Segera ke..... semua dia taknak. Dia lebih rela minum air 100+ je. Alhamdulillah, nasib baik air dia nak minum.  Mudah-mudahan  tak melarat la sakit dia . AMIN.....

Monday, October 26, 2009

Toys baru

Actually dapat benda-benda ni lama dah. Dalam 2-3  minggu lepas, tapi tak sempat nak buat N3. Pn Mama beli Food Processor. Orang lain dah lama ada benda ni, Pn Mama baru je terhegeh-hegeh nak beli. Itupun sebab Pn Mama rasa sudah sampai masanya Pn Mama ada benda untuk membantu kerja-kerja sampingan Pn Mama tu.....

Lepas tu dapat pulak Food Tier Vantage. Yang ini Pn Mama redeem point Jusco CardMember.


Baby Cabbage with Oyster

Sayur ni Pn Mama beli masa pergi Cameron Highland tempohari. Baby Cabbage. Pn Mama goreng dgn sos tiram je.


Tempura Udang

Hari ni En Hb pula request buat Udang Tempura. Makan dengan Cili Sos. Panas-panas lak tu......  Walllaaaaa.... sedapnyer.....!!!!!!


Ketam Lagi

En Hb kalau jumpa ketam, nak pula kalau yang murah, memang tak dapat ditahan-tahan. Hehhehehe....  Sorry ye En Hb......  Selalunyer dia akan tanya Pn Mama, nak ke tidak. Dan yang pastinyer Pn Mama akan jawab, boleh jugak la..... hehehehehe cover line tu..... !!!! Kat umah ni nak masak ketam, memang tak dapat nak buat stail lain, semestinyer Ketam Masak Serai.


Dinner Treats

Tadi Dinner Brother in law yang belanja. Agaknya dia tau kot ari ni kakak ipar dia tak sihat. Huhuhuh demam la sikit...... So, macam biasa bila bab makan kat luar hadif akan "take cover". Dia yang akan tentukan nak makan kat mana. Anak teruna Pn Mama tu skrg ni boleh tahan gak, bila bab makan.  Hehehehehehe

Hadif kusyuk makan!!!!!

Hafiy dengan mulut penuh tu!!! Dia dengan strawberry blended nyer

Ini Hafiy punya!!!! Huhuhu...jari sape la tu?????


Antara makanan yang di order!!!

Ini Mama punya!!!!!!

Friday, October 23, 2009

Bubur Jagung

Pergi Cameron kelmarin, Pn Mama ada membeli Jagung Madu. Jagung Madu tersangatla lemak dan manis. Boleh di makan mentah. Kukus pun sedap. Pn Mama kalau ada jagung ni, memang kena buat bubur la, sebab En Hb suka sangat bubur jagung. Jom Makan.


Strawberry Chocolate

Strawberry Coklat ni pula menjadi kesukaan si bongsu tu. Kat Cameron tempohari, dia makan dengan Nutella. So bila balik rumah, Pn Mama buat la banyak sikit. Biar dia makan puas-puas. Hehehehehe....

Daging Black Pepper

Sesungguhnya Daging Black Pepper ini memang merupakan menu utama setiap minggu, kerana ianya menjadi favourite anak teruna Pn Mama.



Ole-ole Dari Cameron

Kalau pergi ke Cameron, tak sah kalau tak membeli pokok atau bunga-bunga dan sayur-sayuran. Jadi Pn Mama pun menjadi salah seorang daripadanya juga. Antara pokok bunga yang Pn Mama beli......



Ini pula....pokok strawberry....Haahahaha beli jangan tak beli Cik Yah oooiiiii......... Hidup atau tidak...wallahu alam.... Kita tengok je nanti.....



Sayuran-sayuran dan buah-buahan pun tak ketinggalan juga.....

Ini Kincham


Jagung Madu


Ini Rock Melon

Thursday, October 22, 2009

Cuti-Cuti Malaysia - Cameron Highland

Lama dah tak bawak anak-anak pergi bercuti. Last bercuti kami pergi ke PENANG. So kali  ni anak teruna Pn Mama request nak pergi Cameron Highlands. Sebenarnya dia nak pergi tempat yang ada salji. Tempat yang ada salji????? Kat Malaysia mana ada salji. So dia kata..kita pergi la London ke, Amerika ke, Australia ke? Hahahahahaha....hai la anak, dia ingat nak pergi tempat2 tu..... macam pergi balik kampung ke apa?.... So...kita pergi Cameron Highland je la...... ni je daddy mampu ....hehehheehe

Dalam Bilik - baru je sampai.....

Ini kat Cameron Valley Tea Plantation. Bharat Tea
Hadif dan Hafiy turun ke ladang teh.

Ini lebah yang ada kat Bee Farm















Ini ladang strawberi yang ada kat Bee Farm


So yummy... fresh strawberry from Cameron. Favourite hafiy ni....!!!! Puas hati dia dapat makan strawberi banyak-banyak.

Hadif & Hafiy dengan muka keletihan. Masa ni kat R & R Tapah on the way nak balik KL, berhenti makan & solat.