Showing posts with label Anak-Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak-Anak. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan Sek Keb Cyberjaya

Alhamdulillah tahun ni anak bujang Pn Mama sekali lagi berjaya naik ke pentas menerima hadiah. Kalau tahun lepas untuk matapelajaran Bahasa Melayu, tahun ni pula untuk matapelajaran Pendidikan Islam. Tahun ini pihak sekolah memilih "best among the best" maksudnya dalam semua pelajar yang mendapat markah tertinggi... mereka akan memilih yang paling baik. Alhamdulillah berkat usaha Hadif sendiri dan En Hubby yang tak jemu-jemu mengulangkaji pelajaran.

 Sedang beratur menunggu giliran


Bersama teman baik... Firas

Tuesday, November 8, 2011

HAIFA

Entry kali ni tentang Haifa.
Pada petang Eid Adha yang lepas..... Pn Mama dan keluarga membawa semua anak-anak dan anak-anak saudara pergi ke Stadium di tempat kelahiran Pn Mama. Saja nak bawa budak-budak bermain di padang bermain bolasepak. Kebetulan kat situ terdapat juga taman permainan kanak-kanak. So Pn Mama berkesempatan membawa Haifa ke taman permainan. First time naik buaian... hahahaha


Yang ini pula aksi Haifa..... dengan Abang Baby @ Hafiy.....

Muahhhhh.... sayang abang... hehehehe penuh air liur dia kat muka Hafiy... hahahahaha

Saturday, April 2, 2011

CIC Sport Day

Assalamualaikum.....
Hari ni sekolah si manja Pn Mama tu mengadakan Sukan Tahunan. Bertempat di Sek Men Precint 16, semua kanak-kanak Children Islamic Centre berkumpul di situ untuk bersukan. So layan gambar-gambar si kecik Pn Mama tu je la.... penat la arini, takde idea nak cerita.




 Peace.......

 Laaa... ngantuk ke!!!!
 Kesian.... berpanas!!!!
Pertandingan Fill In the Blank....

Tuesday, March 29, 2011

Nasi Santan Durian

On the way balik dari office, En Hb singgah membeli beberapa biji durian. Ingatkan nak makan saje je.... rupanya  dia nak makan dengan nasi juga. Pernah dengar tak makan nasi dengan santan durian. Hari ini En Hb mengajar anaknya mkan nas dengan santan durian. Cara-caranya, santan mentah dia campur dengan sedikit gaul dan garam kemudian digaul dengan nasi selepas itu di gaul pula dengan durian. Selalunya Pn Mama selalu tengok makan dengan pulut dan santan yag kita dah buat pengat atau bubur atau kat N9 dipanggil juga santan Durian. Yang membezakannya... Santan Durian makan dengan Pulut... santan dimasak dengan durian atau setengah tempat panggil Serawa Durian.
Layan je anak beranak ni makan nasi dengan santan durian.....

Sunday, March 27, 2011

Cukur Rambut Haifa

nAssalamualaikum....
Selepas 2 hari Majlis berlangsung..... Kami suami isteri berpakat nak cukur rambut Haifa. Kesian pun ada sebab dia kan "gegurl" apalah rupanyer kalau dah botak aduihhhh. Lagipun dah biasa tengok rambut yang lebat pastu takut lak nanti tak tumbuh macam yang sedia ada..... huhuhuhu
So kami than dada je la bila tengok rambutnyer di cukur sikit-sikit. Alhamdulillah Haifa macam Majlis tu berlangsung jugak... tak nangis langsung pun. Senyum je bila orang pegang kepala & cukur rambut dia......

Friday, March 12, 2010

Taekwando

Hari ini anak teruna Pn Mama ada ujian "grading" taekwando. Anak teruna Pn Mama baru je tali pinggang putih. Kalau lulus "grading" ni.... dapatla tali pinggang kuning. Hehhehe... itu pun kalau lulus.

Wednesday, November 18, 2009

Graduation & Concert Day

Petang tadi berlangsung la Hari Penyampaian Sijil dan Konsert sekolah Hadif. Pn Mama memang excited bila kinder anak-anak Pn Mama buat majlis. Seronok tengok telatah anak-anak bersama teman-temannya. Bila tengok caption kat atas tu....huhuhuhu.... graduate!!!!! Harap-harap sampai ke peringkat yang tertinggi la dia boleh graduate kan..... AMIN

Layan gambar-gambar semasa anak-ank Pn Mama buat persembahan.


Hadif dalam kostum berlakon


Si Manja Pn Mama pun buat persembahan jugak. Tapi tak dapat nak upload lagi sebab masalah teknikal. Nanti bila maalah dapat diselesaikan.... Pn Mama letak kat sini ye.

Wednesday, September 9, 2009

Asian Honey Prawn

Sebenarnya lama dah teringin nak buat Honey Prawn ni. Tapi tak berkesempatan je. So hari ni terlaksana jua impian Pn Mama. Sedap gak. Kulit dia rangup je. Hehehehhe..... Tak rugi cuba tau..... Resepi ni Pn Mama sekodeng kat rumah Pn Nor kita . Halal ye Nor.

Haaaa...... nak tengok perbezaan orang puasa dengan orang yang tak puasa.

Thursday, February 26, 2009

Ultraman

Nak buat tayangan perdana.
Ultraman datang bertandang ke rumah!!!!
Tapi Pn Mama konfius jap....... utraman ke...... macam chicken jer!!!!!!Hahahahaha
Bila buka Topeng..........
Untuk Pn Mama pun ada jugak t-shirt superheroes......

Monday, January 5, 2009

Hari Pertama Persekolahan

Hari ni....Hafiy memulakan hari pertama sekolah...... tapi agak kelam kabut sikit..... sebab bangun dari tido tu dia nangis...... pastu tak nak mandi la..... macam-macam lagi la..... Tapi akhirnya pergi sekolah la jugak.
Sampai kat sekolah satu hal la pulak.... tak nak berenggang dgn Pn Mama. Alamak camner ni.... bila murid lain "line-up" dia masih lagi duk kat celah Pn Mama..... aduiiihhhh. Lelama....kena tinggal jugak la dia dalam keadaan menangis....... ish nak buat camner...terpaksa la jugak...hehehehehe......

Tapi bila balik sekolah....nampak ceria semacam jer.... siap cakap lagi....Esok baby nak school..... hehehehee.....

Thursday, November 20, 2008

Pra Tadika ????

Hafiy nak sekolah dah!!!!!!! Rasanya macam baru semalam jer tengok dia berjalan jatuh...... start bercakap. Hehehe
Hari ni hantar dia pergi tadika. Sama tadika dgn abang. Memang tadika ni kalau cuti sekolah akan buat tusyen untuk pelajar2 yang berminat. So Puan Mama bercadang nak hantar juga memandang tahun depan hafiy akan memulakan persekolahan tadikanya. Sessi ini dinamakan Pra-Tadika..... ???? Ada ke? Pra Tadika ni.... tiada baju seragam..... pakai baju biasa je.... so layannnnn Baby Tua pergi schoolllllll..... hahahaha


Friday, October 10, 2008

Happy 5th Birthday

Hari ni Hadif sambut birthday kat sekolah. Ini kali yang ketiga dia sambut birthday. Mula2 sambut birthday dgn sepupu2 kat kampung, pastu sambut lagi kat Trg. Terlambat sikit nak sambut dgn kengkawan sebab birthday dia jatuh dalam bulan puasa. Pulak masa birthday tu, dia dah balik kampung pun. So layan je la.... anak teruna saya sambut bithday kat sekolah.

Birthday Cake.











Dengan kengkawan kat sekolah


Sunday, June 22, 2008

Tengok Wayang

Semalam pergi sekolah Hadif.......Parent Meet Teacher day.......Pergi sekolah ambik report card dia........Tak bawak hadif pun ....tinggalkan dia kat rumah dgn uncle dia......adik En Hb.....Seperti biasa, all the teachers tanya, mana hadif...kenapa tak bawa hadif.......and some of his friend yang ada kat situ pun tanya.....hadif mana......malas nak bawa dia sebab takut nanti dia buat bising......lagipun dia tak nak ikut.......dia menggodek pc main game......sebut pasal main game....sekarang ni berebut pc dgn anak-anak......kalau pepagi berebut dgn adik......bila petang berebut lak dgn abg.......bila malam.......macam biasa En Hb akan buat kerja dia guna pc.......so sekarang masa untuk beramahmesra dgn cyber friends dan googling amatlah sedikit.......Sian nye sang MAMA........Well, cerita pasal pergi ke sekolah hadif........Firstly, we all di bawa ke classroom anak2, tengok kerjatangan mereka, lukisan mereka........impresively.......Not bad jugak la......Takla sekeras tangan Mama....hehehheheh.......Report Card pulak....dapat EXCELLENT.....biar betul ni........According to the teacher......hanya 3 student jer yg dapat Excellent ni..........Wah........bangganya.....kembang sikit muka yg sedang nak berkembang ni.....hehhehehhe........Teachers puji sungguh dia.........very helpful, willing to share....Willing to share.....??????Betul ke ni......aikkkk apsal kat rumah tak nak dgn adik pun......??????Banyak lagi la compliments untuk dia........compliments to Mama as well......heheheheheh.......Hopefully everything akan sama bila dia dah sekolah nanti........Insyaallah....AMIN.......So En Hb pun seronok jugak la.....So En Hb kata Daddy belanja tengok wayang, cerita KUNG FU PANDA........Hadif kata OK.......So for the first time Hadif and Hafiy.........pegi tengok wayang.......kat Alamanda.......