Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Monday, May 10, 2010

Family Day Di Sg Chongkak

Sabtu lepas, Ofis En Hb buat Family Day. Kat Sg Chongkak Hulu Langat. Anak2 teruna Pn Mama memang tak pernah turun ke sungai. Kiranya ini first time la masuk sungai.... hahahaha.... si kecik Pn Mama buat macam kolam renang kat hotel, terjun sana terjun sini. Sib baik kat dasar2 tu takde batu..... tapi pasir kasar2 gak la kan...... tapi si kecik Pn Mama belasah jer.... heehehhe.... layan Aktiviti En Hb dan anak-anak di Sg Chongkak............

Thursday, May 6, 2010

Happy Birthday En Hb

Birthday En Hb sepatutnyer di raikan awal, tetapi oleh kerana pada ketika itu, beliau bertugas di luar daerah makan terpaksa la kami menyambutnyer lewat sikit. Janji ada walaupun lewat kan. Oleh kerana En Hb tu pemalu abis dengan Cik Olympus Pn Mama jadinyer takdela foto-foto yang sempat dirakam melainkan foto kek aje..... hehehehehhe.


Main Air Di Desa Water Park

Minggu lepas, adik ipar datang berjalan ke rumah kami. Sempena cuti "Hari Pekerja" En Hb mengambil kesempatan tersebut untk membawa keluarga dan adik ipar ke Taman Tema Air Taman Desa. Pertama kali masuk tu. Sungguhpun dahulunyer Pn Mama memang tinggal di kawasan tersebut, tapi tak pernah pun rasa nak masuk. Haahahaha.... dah jauh ni baru la nak masuk. Kalau tak tu.... jalan kaki dah sampai. Hehehehehe..........

Saturday, March 13, 2010

Makan-makan di Pizza Hut

Malam tadi lepas balik dari Ujian "Grading" anak teruna Pn Mama, kami keluar makan-makan di Pizza Hut JJ Equine Park. Kebetulan adik ipar Pn Mama datang bercuti ke rumah Pn Mama. So kami makan-makan di Pizza Hut. Jom Layan anak-anak teruna Pn Mama dan anak sedara Pn Mama makan.......

Friday, March 12, 2010

Taekwando

Hari ini anak teruna Pn Mama ada ujian "grading" taekwando. Anak teruna Pn Mama baru je tali pinggang putih. Kalau lulus "grading" ni.... dapatla tali pinggang kuning. Hehhehe... itu pun kalau lulus.

Friday, January 15, 2010

Sekolah - 2

Dah hampir 2 minggu anak teruna Pn Mama memasuki alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya. Alhamdulillah semuanya ok. Dia pun nampak gembira menjadi warga sekolah tersebut. Namun apa yang Pn Mama risaukan sebelum ni berbaloi.... anak bujang Pn Mama dapat memasuki kelas 1 Cemerlang iaitu kelas A. Alhamdulillah .... Selama 2 minggu ini, mereka menjalani Minggu Orientasi dan Transaksi so tak mula belajar lagi la. Hari Isnin depan akan bermula sessi pembelajaran. Semuga anak teruna Pn Mama akan tabah menjlani kehidupannya sebagai seorang pelajar. So.... layan gambar anak teruna Pn Mama di dalam kelas.




Wednesday, November 18, 2009

Graduation & Concert Day

Petang tadi berlangsung la Hari Penyampaian Sijil dan Konsert sekolah Hadif. Pn Mama memang excited bila kinder anak-anak Pn Mama buat majlis. Seronok tengok telatah anak-anak bersama teman-temannya. Bila tengok caption kat atas tu....huhuhuhu.... graduate!!!!! Harap-harap sampai ke peringkat yang tertinggi la dia boleh graduate kan..... AMIN

Layan gambar-gambar semasa anak-ank Pn Mama buat persembahan.


Hadif dalam kostum berlakon


Si Manja Pn Mama pun buat persembahan jugak. Tapi tak dapat nak upload lagi sebab masalah teknikal. Nanti bila maalah dapat diselesaikan.... Pn Mama letak kat sini ye.

Thursday, November 5, 2009

Jalan-jalan ke KLIA

Setelah 2 hari berpergian...(chewah....!!!!) hari ni En Hb akan pulang. Kebiasaannya Pn Mama an menunggu En Hb di Putrajay Central. Tapi hari ni Pn Mama bercadang mahu menjemputnya di KLIA. Naik ERL je...dari Putrajaya Central. Dapat gak bawak anak-anak jalan-jalan kan.....


Hadif dan Hafiy leka menikmati pemandangan dalam perjalanan ke KLIA.


En Hb dan anak-anak menjamu selera di McDonalds.


Monday, October 26, 2009

Dinner Treats

Tadi Dinner Brother in law yang belanja. Agaknya dia tau kot ari ni kakak ipar dia tak sihat. Huhuhuh demam la sikit...... So, macam biasa bila bab makan kat luar hadif akan "take cover". Dia yang akan tentukan nak makan kat mana. Anak teruna Pn Mama tu skrg ni boleh tahan gak, bila bab makan.  Hehehehehehe

Hadif kusyuk makan!!!!!

Hafiy dengan mulut penuh tu!!! Dia dengan strawberry blended nyer

Ini Hafiy punya!!!! Huhuhu...jari sape la tu?????


Antara makanan yang di order!!!

Ini Mama punya!!!!!!

Sunday, October 18, 2009

Makan-makan

Hari sabtu semalam, kami sekeluarga buat makan-makan. Panggil kengkawan rapat dan saudara-mara rapat. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Antara member-member yang datang Izah (yang terawal ...hehehhehe), kak ina, lily, kak ton , kak cik dan kak sina. Tuan rumah tak sempat nak snap gambar-gambar pun, semua ihsan dari member-member yang datang terutama, kak chik. Minta izin ye kak chik letak gambar kat sini. Terima kasih ye.... sudi meluangkan masa datang ke teratak Pn Mama. Ada yang pening-pening cari rumah Pn Mama. Ada yang sampai sesat-sesat. Ada yang tetiba je...muncul. Ada yang dah sampai depan pintu baru nak call...tanya rumah kat mana. Apa-apa pun ...... best gak dapat jumpa kengkawan semalam. Maaf la jika terdapat kekurangan pada tersebut. Tak dapat nak layan lebih-lebih kan.