Sunday, October 18, 2009

Makan-makan

Hari sabtu semalam, kami sekeluarga buat makan-makan. Panggil kengkawan rapat dan saudara-mara rapat. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Antara member-member yang datang Izah (yang terawal ...hehehhehe), kak ina, lily, kak ton , kak cik dan kak sina. Tuan rumah tak sempat nak snap gambar-gambar pun, semua ihsan dari member-member yang datang terutama, kak chik. Minta izin ye kak chik letak gambar kat sini. Terima kasih ye.... sudi meluangkan masa datang ke teratak Pn Mama. Ada yang pening-pening cari rumah Pn Mama. Ada yang sampai sesat-sesat. Ada yang tetiba je...muncul. Ada yang dah sampai depan pintu baru nak call...tanya rumah kat mana. Apa-apa pun ...... best gak dapat jumpa kengkawan semalam. Maaf la jika terdapat kekurangan pada tersebut. Tak dapat nak layan lebih-lebih kan.




2 comments:

kak ina kl said...

salam zie..memang best lah makanan kat umah kamu tu..serawa durian tu sape yang masak..

Ziehelmy said...

Hehehhe...... terima kasih kak ina. Serawa durian tu, adik zie yang masak..... sedap ke?