Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Red Velvet

Semalam terlebih rajin la pulak... hehehehehe

Teringin sangat nak try buat Red Velvet. San sini orang duk cakap pasal Red Velvet ni..... memula rasa macam tak nak buat... tetapi lelama tu ish.... teringin la pulak nak buat... kakakakakakka

Bahan-bahan pun senang nak cari.... al maklumlah Kedai Baking dah ada dekat-dekat sini.... So bila terasa nak membaking je... mula la mengular ke Kedai Baking tu.

Korek-korek resepi kat "rumah" member2.... hehehehehe jumpa laaaaa..... Halal ye Nor. Pastu telefon member tanya beberapa petua dan tips..... hehehehehe akhirnyer jadi la jugaaaa.....
Alhamdulillah






Ok la kan... kira jadi la tu.....


Sunday, March 28, 2010

Marble Cheese Cake

Dah lama Pn Mama tak berkesempatan nak upload gambar hasil kerja Pn Mama. Hehehehe.... tak sempat nak buat  semua kerja dalam satu hari. Bagaimana pun semalam Pn Mama sempat la mem"baking" dan meng"upload"kan gambar...... Semalam terasa nak makan marble cheese cake, kebetulan stok cream cheese ada dlm simpanan. So..... lepas lunch semlm, Pn Mama pun menggodek la !!!!!!! Alhamdulillah dah siap pun..... semalam minum petang ala-ala omputis la..... Tea with Cheese Cake.......

Friday, December 11, 2009

Marble Cheese Cake

Lama sungguh Pn Mama tak buat kek kegemaran Pn Mama ni. Kali ni Pn Mama buat versi cawan. Sebenarnya Pn Mama bake kek ni lama dah. Hari Khamis sehari sebelum sekolah tutup. Pn Mama ingat sangat-sangat lagi. Kek inisempat Pn Mama bawa ke tadika anak teruna Pn Mama untuk Majlis Perpisahan.
Layan Gambar anak-anak teruna Pn Mama bermesra dgn teacher kesayangan mereka dan teman-teman .

 Layan gambar anak -anak teruna Pn Mama bermesra dengan cikgu kesayangan dan teman-teman.





Friday, October 30, 2009

Happy Birthday

Hari ni genap Hafiy 4 tahun. Dah 4 tahun dah manja Pn Mama ni. Pn Mama pernah berjanji dengan dia yang Pn Mama akan cuba buatkan kek untuk dia. Sebelum ini di pernah tengok Pn Mama duk sekodeng rumah teman-teman blogger. Ada gambar kek yang cantik-cantik. So dia pun minta Pn Mama buatkan untuk dia. Untuk abang, Pn Mama dah pernah buatkan..... so kena la buatkan juga untuk si kecik ni. Jadi Pn Mama terpaksa merendamkan tangan dan jari-jari Pn Mama supaya lembut sikit. Tapi masih juga tak cukup lembut la..... Nak kena ketuk dengan lesung pulak ke...????? So faham-faham je la...kalau main BC dengan jari-jari mongel tu.... suka hati dia je nak buat cemana..... ...lantak la kek dia!!!!!!



Sunday, August 2, 2009

Kek Pisang Bercoklat

Ada pisang yang sangat masak kat rumah ni. Ibu Pn Mama yang bawak dari kampung. Tapi tak tau la pisang apa ntah. Tapi ibu kata..... pisang tu sedap di buat cekodok atau kek je.....goreng tak boleh, di makan mentah pun tak boleh. So Pn Mama pun proses la untuk jadikan dia kuih cekodok dan kek. Kuih cekodok tu..... tak sempat nak snap gambar...... angkat je dari kuali, habis...... angkat je dari kuali habis...... makan masa panas-panas... dengan pulak air teh O.....sedap la kan.... Ini Kek Pisang Bercoklat. Entah kali ke berapa la buat. Makan kek ni masa dia suam-suam sedap...... sebab rasa coklat dia.

Saturday, July 25, 2009

Brownies

First time buat brownies, sampai tak tau entah dah masak ke belum. Main agak-agak je ni. Macam ni ke brownies??????


Saturday, April 25, 2009

Chocolate Cheese Marble

Lama tak buat kek ni. Memang peberet Pn Mama kek ni. Kebetulan nak balik kampung ni Pn Mama pun buat la kek kegemaran Pn Mama ni. Kalau kat umah gerenti tak habis.....
hehehehe Marble dia tak menjadi la pulokk......!!!!!

Wednesday, April 22, 2009

Muffin Coklat

Terasa macam rajin walaupun tak rajin mana...hehehhe...Buat Muffin lak. Muffin Coklat kepunyaan tuan punya MYR ni sedap... rangup gak... macam ala-ala Kenny Rogers punya muffin gitu..... sedap.

Friday, April 10, 2009

Kek Pisang Bercoklat

Kat rumah Pn Mama ni memang selalu jugak beli pisang, Tapi yang akan dimakan cuma 2 atau 3 biji je la daripada sesisir tu. Nak menghabiskan sesisir yg ada dalam 10 biji tu punyala lama. Kadang-kadang tu sampai busuk-busuk pisang tu tidak bermakan. Kalau dulu... memang rezeki Cik Tong aje la...... tapi sekarang ni.... hehehehe dah pandai sikit la..... mempelbagaikan kegunaan pisang tu selain buat cekodok pisang!!!!! Kek Pisang Bercoklat ni boleh dikatakan selalu gak la buat. Especially kalau kena balik kampung. Sebab nak tinggalkan rumah agak lama.... so kenala perabihkan pisang tu....sayang kan. Chewah.... pandai la sayang sekarang.... Hahahaha... Kek Pisang Bercoklat yang sedap bila makan panas-panas ni kepunyaan Pn Nor.....terima kasih ye Nor......

Monday, April 6, 2009

Kek Chiffon Coklat

Bulan April...berderet ahli keluarga Pn Mama celebrate birthday. Adik Pn Mama request kek Coklat. Alahai..... dengan rasa tak sihat dan tak laratnya....... Pn Mama gagahkan jugala untuk membuatnyer. Nak buat kek coklat apa ye? Setelah puas membelek-belek resepi, Pn Mama terjumpala resepi Kek Chiffon Coklat ni, kepunyaan sifu CMG. Disebabkan nak bawa balik kampung...... so Pn Mama nak "deco" kat kampung la. Tapi oleh kerana dah kelam kabut....... terlupa pulak Pn Mama nak "snap" gambarnyer setelah di "make-up"kan.

Friday, March 6, 2009

Kek Pisang bercoklat

Projek ni sepatutnya minggu lepas lagi nak buat..... Bukan setakat minggu lepas jer....bulan lagi.... Tapi baru pagi ni dapat melunaskan tanggungjawab!!!!!hehehhee......

Resepi Oleh Puan Nor...... Layannnnn Kek Pisang bercoklat....sedapppppp

Monday, February 23, 2009

Kek Buah Sempoi

Sebenarnya ini kali ke-3 Pn Mama buat kek buah ni. Kali pertama masa Pn Mama kat kampung. Tak sempat pun nak posing kek buah tu...licin. Kali kedua Pn Mama buat semasa nak balik ke kampung juga. Terlupa pulak nak snap gambar. So ini kali ketiga, baru dapat snap. Hehehehe...kek buah ni memang sempoi giler. Takyah nak pukul2...tak guna telur juga. Resepi kepunyaan Pn Jun....thanks ye jun

Saturday, January 10, 2009

Marble Cheese Cake

Terjangkit pulak dengan penyakit yg di bawa oleh member yg duk nun jauh di Utara..... ish....Marble Cheese Cake ni...memang sukar di lepaskan....... Ini merupakan percubaan kali kedua. Sedap....mmg sedap..... hmmmmm sedap sangat...... Resepi ini dikongsi dari F&N.

Marble Cheese Cake

Adunan Coklat
180gm Butter
170gm gula castor
3 biji telur
20gm serbuk koko
120 tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder

Adunan Cheese
250gm cream cheese
60gm gula castor
1 biji telur
1 sudu kecil vanilla


Pukul gula dan butter sampai kembang. Masukkan telur satu persatu.
Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yg telah diayak.
Di dalam bekas lain, pukul kesemua bahan adunan cheese sampai kembang.
Masukkah adunan coklat dan chese berselang di dalm loyang yg telah di lenserkan.
Bakar dalam 160C selama 60 min.