Showing posts with label peristiwa. Show all posts
Showing posts with label peristiwa. Show all posts

Friday, March 19, 2010

Al- Fatihah

Al-Fatihah. Hari ini genap setahun almarhumah bonda mertua Pn Mama meninggalkan kami semua. Semuga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di tempat orang-orang beramal soleh.... AMIN. Al Fatihah

Monday, January 18, 2010

Peristiwa Pada Hari pertama di Sekolah

Oleh kerana  Kak Pia dah tanya so Pn Mama pun nak cerita la kejadian pada hari Isnin, hari pertama persekolahan. Seperti parents lain, Pn Mama dan En Hb menghantar anak yang kali pertama menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Oleh kerana si kecik Pn Mama pun bersekolah, jadi En Hb sahaja yang menghantar si bujang Pn Mama tu. So Pn. Mama hanya sampai di sekolah selepas Pn Mama menguruskan si kecik tu. Sampai je di sekolah En Hb bercerita. Hari ni dia dengan sorang lagi ayah, berusaha memujuk sorang pelajar perempuan yang berlari ke arah pintu pagar besar sekolah. Berlari sambil menangis memanggil ayah. Bila kena pegang dengan org lelaki lagi la dia meronta-ronta. Selepas dia di tenangkan oleh beberapa guru baru la dia okey. Sambil menangis-nangis bertanyakan ayahnya. En Hb kata.... kesian lak!!!! Pn Mama yang mendengar rasa kelakar pun ada.... rasa kesian pun ada. Kelakar, sebab En Hb kata..... pesis filem Hindustan ..... berlari-lari sambil menangis memanggil ayah, lepas meronta-ronta. Kesian sebab ye la... hari pertama di tempat baru, kawan-kawan baru, guru-guru yg baru dan sekolah yang besar dan ramai pelajar mesti la pelajar tersebut rasa terkejut dan takut. Lepas tu pulak, pelajar tu mesti rasa takut bila orang lelaki pegang dia. Rasnya mesti ada yang telah mengingatkan dia, jangan ikut orang yang tak di kenali terutamanya orang lelaki... kan. Sure takut giler pelajar tu!!!!!! Tapi alhamdulillah, semuanya ok selepas pelajar tersebut di pujuk oleh guru perempuan.

Nak cerita pulak tentang si kecik Pn Mama tu. malu pun ada nak cerita..... hehhehhe.
selepas abang masuk ke Sekolah Kebangsaan, pagi isnin tu si kecik Pn Mama buat hal pulak. Muncung je nak pergi sekolah. Bila nak pakaikan uniform tadika dia, dia tanya..... Apsal pulak pakai baju ni? Kenapa tak pakai baju white... macam abang? Ayoooo..... nak pakai uniform sekolah macam abang. Siap nangis-nangis lagi nak pakai uniform macam tu. Puas jugak la Pn Mama memujuk. Sampai di sekolah pulak nak Pn Mama temankan. Aduihhh..... macam tak biasa sekolah la pulak. Terpaksala Pn Mama mengeluarkan skill pujuk memujuk yang ada, baru la okey!!!!!Masalah si kecik tu bukan apa.... sebelum ni bila pergi sekolah, ada abang. Sebelum pergi sekolah, bergurau la dulu.... macam-mcam la aktiviti tapi sekarang, semua seorang. Tu je masalah dia!!!!!!  Alhamdulillah sekarang dah okey dah. Takde lagi muncung panjang bila ke sekolah.

Friday, January 15, 2010

Sekolah - 2

Dah hampir 2 minggu anak teruna Pn Mama memasuki alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya. Alhamdulillah semuanya ok. Dia pun nampak gembira menjadi warga sekolah tersebut. Namun apa yang Pn Mama risaukan sebelum ni berbaloi.... anak bujang Pn Mama dapat memasuki kelas 1 Cemerlang iaitu kelas A. Alhamdulillah .... Selama 2 minggu ini, mereka menjalani Minggu Orientasi dan Transaksi so tak mula belajar lagi la. Hari Isnin depan akan bermula sessi pembelajaran. Semuga anak teruna Pn Mama akan tabah menjlani kehidupannya sebagai seorang pelajar. So.... layan gambar anak teruna Pn Mama di dalam kelas.




Sunday, January 3, 2010

Hari Persekolahan Pertama di Sek Keb Cyberjaya

Semalam ialah hari pendaftaran untuk pelajar-pelajar Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya. Dan hari ni jugalah anak teruna Pn Mama melangkah ke alam persekolahan yang sebenar di sekolah tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Setiap pelajar dikehendaki menjalani Ujian Diagnostik bagi menentukan kelas pelajar-pelajar tersebut.  Suspense pulak Pn Mama. Hai.... anak yang ambil ujian relax je.... Pn Mama yang menggelabah habis.... huhuhu.



Friday, December 11, 2009

Marble Cheese Cake

Lama sungguh Pn Mama tak buat kek kegemaran Pn Mama ni. Kali ni Pn Mama buat versi cawan. Sebenarnya Pn Mama bake kek ni lama dah. Hari Khamis sehari sebelum sekolah tutup. Pn Mama ingat sangat-sangat lagi. Kek inisempat Pn Mama bawa ke tadika anak teruna Pn Mama untuk Majlis Perpisahan.
Layan Gambar anak-anak teruna Pn Mama bermesra dgn teacher kesayangan mereka dan teman-teman .

 Layan gambar anak -anak teruna Pn Mama bermesra dengan cikgu kesayangan dan teman-teman.





Friday, October 30, 2009

Happy Birthday

Hari ni genap Hafiy 4 tahun. Dah 4 tahun dah manja Pn Mama ni. Pn Mama pernah berjanji dengan dia yang Pn Mama akan cuba buatkan kek untuk dia. Sebelum ini di pernah tengok Pn Mama duk sekodeng rumah teman-teman blogger. Ada gambar kek yang cantik-cantik. So dia pun minta Pn Mama buatkan untuk dia. Untuk abang, Pn Mama dah pernah buatkan..... so kena la buatkan juga untuk si kecik ni. Jadi Pn Mama terpaksa merendamkan tangan dan jari-jari Pn Mama supaya lembut sikit. Tapi masih juga tak cukup lembut la..... Nak kena ketuk dengan lesung pulak ke...????? So faham-faham je la...kalau main BC dengan jari-jari mongel tu.... suka hati dia je nak buat cemana..... ...lantak la kek dia!!!!!!



Friday, October 2, 2009

Jamuan Hari Raya & Birthday Celebration

Hari ni sekolah anak teruna Pn Mama buat Jamun Hari Raya. So Pn Mama pun menempel la sekali untuk sambut birthday Hadif kat sekolah bersama kawan-kawan. Pun join la sekali buat Hafiy punya. Birthday Hafiy pulak 30 October akan datang. Senang buat sekali. Kebetulan jamuan hari raya ni students semua pakai pakaian Raya, so ambil peluang la. Tahun lepas pun, Hadif sempat jugak celebrate birthday sekali dengan jamuan hari raya kat sekolah. Tahun ni pun sama tapi tahun ni Hadif celebrate sekali dengan adik dan sorang lagi rakan sekolah Hadif.
Selamat Hari Ulangtahun ke 6 Hadif.... Selamat Hari Ulangtahun ke 4 Hafiy. Semuga Hadif dan Hafiy menjadi anak yang soleh dan menjadi kebanggaan keluarga. AMIN.

Saturday, September 26, 2009

Selamat Hari Ulangtahun

Semalam Anak teruna Pn Mama menyambut Hari Lahirnya yang ke 6. Emmmm.... dah besar dah anak Mama. Rasa macam baru je tengok dia belajar berjalan. Hari ni dah 6 tahun pun dah dia. Tak lama lagi nak ke sekolah rendah. Cepat betul masa berjalan.
Oleh kerana kami masih lagi berada di kampung, sepupu-sepupu pun ada lagi jadi Pn Mama pun buat la sedikit jamuan. Saje je buat suka-suka untuk dia dan sepupu-sepupunya.

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya

Tahun ini En Hb dan adik-adik menyambut ala kadar sahaja. Sungguhpun begitu, kami tetap menyediakan juadah untuk Hari Raya ini. Sedih juga bila mengenangkan Ibu Mertua yang telah pergi menemui penciptanya pada pertengahan bulan March yang lepas. Pada Hari Raya kebiasaannya allahyarhamah akan menyediakan Nas Minyak untuk santapan keluarga juga Laksa Terengganu. Jadi untuk meneruskan tradisi ini, kami juga menyediakan juadah yang sama. Alhamdulillah menjadi semua pada hari tersebut.

Layan gambar anak-anak teruna Pn Mama dengan sepupunya.
Yang ini pula....... kami sekeluarga............

Wednesday, March 25, 2009

Pergi Tak Kembali

Tanggal 19 March 2009 jam 1250 ptg.
Detik itulah..... kepulangan bonda mertua tersayang ke alam barzakh. Setelah sekian lama menderita akibat Barah Payudara. Sesungguhnya, kami redha dgn kepulangan allahyarhamah. Dengan penderitaannya yg teramat sangat hingga ke akhir hayatnya.


ALFATIHAH Buat Hjh Raviah Bte Fatimah ....... Semuga rohnya di tempatkan di tempat orang-orang yg beriman. AMIN......
Kepada teman-teman semua terima kasih atas ucapan. Tak lupa juga utk sahabatku Nor.....terima kasih kerana sudi meluangkan masa menziarahi jenazah allahyarhamah juga ketika beliau sakit.