Monday, January 18, 2010

Peristiwa Pada Hari pertama di Sekolah

Oleh kerana  Kak Pia dah tanya so Pn Mama pun nak cerita la kejadian pada hari Isnin, hari pertama persekolahan. Seperti parents lain, Pn Mama dan En Hb menghantar anak yang kali pertama menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Oleh kerana si kecik Pn Mama pun bersekolah, jadi En Hb sahaja yang menghantar si bujang Pn Mama tu. So Pn. Mama hanya sampai di sekolah selepas Pn Mama menguruskan si kecik tu. Sampai je di sekolah En Hb bercerita. Hari ni dia dengan sorang lagi ayah, berusaha memujuk sorang pelajar perempuan yang berlari ke arah pintu pagar besar sekolah. Berlari sambil menangis memanggil ayah. Bila kena pegang dengan org lelaki lagi la dia meronta-ronta. Selepas dia di tenangkan oleh beberapa guru baru la dia okey. Sambil menangis-nangis bertanyakan ayahnya. En Hb kata.... kesian lak!!!! Pn Mama yang mendengar rasa kelakar pun ada.... rasa kesian pun ada. Kelakar, sebab En Hb kata..... pesis filem Hindustan ..... berlari-lari sambil menangis memanggil ayah, lepas meronta-ronta. Kesian sebab ye la... hari pertama di tempat baru, kawan-kawan baru, guru-guru yg baru dan sekolah yang besar dan ramai pelajar mesti la pelajar tersebut rasa terkejut dan takut. Lepas tu pulak, pelajar tu mesti rasa takut bila orang lelaki pegang dia. Rasnya mesti ada yang telah mengingatkan dia, jangan ikut orang yang tak di kenali terutamanya orang lelaki... kan. Sure takut giler pelajar tu!!!!!! Tapi alhamdulillah, semuanya ok selepas pelajar tersebut di pujuk oleh guru perempuan.

Nak cerita pulak tentang si kecik Pn Mama tu. malu pun ada nak cerita..... hehhehhe.
selepas abang masuk ke Sekolah Kebangsaan, pagi isnin tu si kecik Pn Mama buat hal pulak. Muncung je nak pergi sekolah. Bila nak pakaikan uniform tadika dia, dia tanya..... Apsal pulak pakai baju ni? Kenapa tak pakai baju white... macam abang? Ayoooo..... nak pakai uniform sekolah macam abang. Siap nangis-nangis lagi nak pakai uniform macam tu. Puas jugak la Pn Mama memujuk. Sampai di sekolah pulak nak Pn Mama temankan. Aduihhh..... macam tak biasa sekolah la pulak. Terpaksala Pn Mama mengeluarkan skill pujuk memujuk yang ada, baru la okey!!!!!Masalah si kecik tu bukan apa.... sebelum ni bila pergi sekolah, ada abang. Sebelum pergi sekolah, bergurau la dulu.... macam-mcam la aktiviti tapi sekarang, semua seorang. Tu je masalah dia!!!!!!  Alhamdulillah sekarang dah okey dah. Takde lagi muncung panjang bila ke sekolah.

No comments: