Tuesday, November 15, 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan Sek Keb Cyberjaya

Alhamdulillah tahun ni anak bujang Pn Mama sekali lagi berjaya naik ke pentas menerima hadiah. Kalau tahun lepas untuk matapelajaran Bahasa Melayu, tahun ni pula untuk matapelajaran Pendidikan Islam. Tahun ini pihak sekolah memilih "best among the best" maksudnya dalam semua pelajar yang mendapat markah tertinggi... mereka akan memilih yang paling baik. Alhamdulillah berkat usaha Hadif sendiri dan En Hubby yang tak jemu-jemu mengulangkaji pelajaran.

 Sedang beratur menunggu giliran


Bersama teman baik... Firas

Tuesday, November 8, 2011

HAIFA

Entry kali ni tentang Haifa.
Pada petang Eid Adha yang lepas..... Pn Mama dan keluarga membawa semua anak-anak dan anak-anak saudara pergi ke Stadium di tempat kelahiran Pn Mama. Saja nak bawa budak-budak bermain di padang bermain bolasepak. Kebetulan kat situ terdapat juga taman permainan kanak-kanak. So Pn Mama berkesempatan membawa Haifa ke taman permainan. First time naik buaian... hahahaha


Yang ini pula aksi Haifa..... dengan Abang Baby @ Hafiy.....

Muahhhhh.... sayang abang... hehehehe penuh air liur dia kat muka Hafiy... hahahahaha

Tuesday, November 1, 2011

Hafiy's 6th Birthday


Dah besar dah si Manja Pn Mama ni. Pejam celik pejam celik dah 6tahun dah. Tahun depan nak masuk sekolah darjah satu. Rasa sekejap je masa berlalu. Memandangkan birthday nya adalah 30 Oktober jatuh hari Ahad, maka Pn Mama adjust la buat celebration nyer kat tadika je. Kalau kat rumah.... belum tentu kawan-kawan sekolah nyer boleh datang. Kalau buat kat sekolah meriah sikit...... kawan-kawan dan cikgu-cikgu ada sama. 
So Pn Mama pun berbicang dengan Guru Sekolah beliau... CIC PutraWalk untuk membuat majlis Menyambut Kelahirannyer yang ke 6 tahun.




Friday, October 28, 2011

CIC Dinner 2011


Tadika Si Manja Pn Mama mengadakan Majlis Makan Malam bertempat di Marriot Hotel Putrajaya pada 26 Oktober 2011 yang baru lalu. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Si Manja Pn Mama mengambil bahagian dalam persembahan pelajar-pelajar.
Tema pada malam itu.... HIJAU.... Go Green... hehehehe so semua kena pakai baju hijau bagi menghormati majlis..... so tak terkecuali Pn Mama.... Green Night!!!!!

Hafiy and Friends with Teacher Ina
Persembahan dari pelajar-pelajar CIC PutraWalk




Jamal Abdillah pun buat persembahan. Ini personal contribution Jamal towards CIC, sebab anak Jamal merupakan student CIC Shah Alam. Apa-apa pun best . Suara Jamal mmg power.... walaupun tanpa dirancang dengan sempurna!!!!!

Wednesday, October 19, 2011

Kek Lapis Cheese Pesona

Memang Pn Mama takleh tahan dengan Cheese Cake...... Bila Pn Mama ternampak je ada sahabat yang buat cheese cake... rasa geram je.... sebab nak buat tak reti. Niat nak mencuba tu memang ada... cuba kadang-kadang tu cari bahan tak jumpa. Bila dah jumpa bahan, tak teringat lak nak buat...... so buat benda lain. So list is still a list!!!!
Tapi bila ternampak Cheese cake yang ini..... tengok bahan-bahan senang aje.... tak perlu pegi ke kedai baking... so teringin sangat nak buat. Memang senang ya amat....!!!! Hahahahaha
So Ini la hasil Cheese Cake Pn Mama tapi rupanya tak la cantik... tapi memang memenuhi citarasa Pn Mama...... wallllaaaaaaa

Tuesday, October 11, 2011

Ikan Percik Terengganu

Hari ini En Hubby "book-off". Request Ikan Percik Terengganu. Guna Ikan Kembung.


Bahan-bahan

4 ekor ikan kembung
6 Ulas bawang merah
4 Ulas bawang putih
1 in halia
6 batang serai diketuk
santan

1. Ikan yang telah dilumur garam dan kunyit di bakar.
2. Bawang merah , bawang putih, halia di kisar. Kalau nak pedas letak cili api sikit.
3. Tumis bawang-bawang hingga naik bau. Masukkan santan dan serai.
4. Letak garam secukup rasa.
5. Bila ikan dah siap dibakar, curahkan santan (kuah percik) ke atas ikan dan bakar lagi.
6. Siap untuk di hidang.......

Sunday, October 9, 2011

Dinner Ala Western Lagi.......

Malam minggu kalau tiada ke mana-mana, kebiasaannyer En Hubby akan request western dinner. Hehehehe mmg Puan Mama suka sebab "jualan" semua laku!!!! heheheeh

So kami pegi ke pasaraya berdekatan rumah kami untuk mencari bahan-bahannyer. Seperti biasa En Hubby dan anak bujang Pn Mama akan request "Kambing". Si Manja Pn Mama biasanya akan sama taste dengan mama, "Beef".  Request ..... BLACK PEPPER STEAK.......


 Lamb Black Pepper  For Daddy and Hadif
Beef Black Pepper  for Mummy and Hafiy

Tuesday, September 20, 2011

Cuti-cuti Langkawi 2011

Baru-baru ni Pn Mama sekeluarga berpeluang bercuti ke Langkawi. Percutian yang tidak dirancang. Sekolah Anak bujang  Pn Mama tu beri kelepasan untuk pelajar-pelajar bercuti kerana memberi ruang untuk pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR menjawab dengan tenang. Ye la... kalau ramai sangat kat sekolah tu.... mesti bising kan.... Apa-apa pun.... kelepasan ini kami menafaatkan bercuti. So destinasi kami ialah Pulau Langkawi. 




Kami menginap di Berjaya Resort Langkawi. Rainforest Langkawi... Best duk kat sini nyaman je......



Tapi yang tak bestnyer.... bila lupa tutup pintu/tingkap. Sang Monyet berkeliaran dalam bilik mencari makanan. Habis bersepah..... sampaikan susu Che Pa pun kena ambil..... hihihi... Sib baik management gantikan susu tersebut... kerana kecuaian housekeeping mereka menutup sliding door ketika membersihkan bilik kami.

Antara tempat-tempat yang kami lawati......UnderWater World Langkawi.....



Kami juga sempat menaiki Cable Car



Selain dari tu...  En Hubby melayan anak-anak mandi-manda di kolam renang juga pantai.







Sebelum balik kami sempat menziarahi Makam Mahsuri.....








Dan Alhamdulillah En Hubby dan anak-anak sempat juga melayan Pn Mama shopping-shopping sikit... hehehehehe. Terima kasih semua.......... LUV U ouls