Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, July 20, 2009

Sambal Tempoyak Masak

Macam-macam nama dia ada. Ada yang panggil Masak Lemak Tempoyak Daun . Kalau kat kampung Pn Mama, ia juga dipanggil Sambal Tempoyak Daun Kayu. Mana-mana pun sama je. Sebab bahan utamanya ialah Tempoyak dan berbagai pucuk-pucuk daun seperti pucuk ubi, daun kunyit, daun kaduk, serai dan petai. Kalau ikut arwah nenek Pn Mama dulu....lagi banyak daun yang diletak. Tapi Pn Mama tak ingat la pulak. Cuma Pn Mama ingat, kalau nenek Pn Mama nak buat sambal ni..... berjalan sekeliling kampung nak cari daun-daun tersebut. Dan kebiasaanya nenek Pn Mama akan buat sambal ni ketika bulan puasa. Ye la...nak sedap makan masa bersahur nanti.

Saturday, December 20, 2008

Icing Oh Icing

Hari terasa betul2 nak main main dgn icing ni...... setelah beberapa kali tergendala dan terbantut..... hahahaha
Kek ambik resepi kek cawan vanilla oleh Ms Ad.... mcm biasa ambik kat MYR la apalagi....... tapi ubah sikit letak perasa strawberry......
Selepas di"touch-up" oleh tangan yg tak berseni...hehehehe

Friday, November 7, 2008

Gulai Ketam


Gulai Ketam

5 ekor Ketam
10 ulas Bawang Merah
5 ulas Bawang Putih
1 inci halia
3 btg serai
2 sudu besar cili giling
Santan dr sebiji kelapa
Sedikit minyak utk menumis



1. Ketam dibersih dan ditoskan.
2. Tumiskan Bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk hingga masak.
3. Masukkan santan dan serai yg telah diketuk.
4. Setelah santan mendidih masukkan pula ketam.
5. Biarkan ketam masak.... boleh di hidangkan

Cheese Lagi

Hari ni rasa nak buat kek lagi.... semestinya....keju... Hahaha..... lepas ni kembang setaman la......
Resepi pulak dicedok dari rakan yang memang terror banyak dalam hal masakan ni..... Hehehe thanks CMG...... Kek Keju Cheddar

250 g mentega
230 g gula kastor
4 biji telur Gred A
80 g keju cheddar, didadu sederhana besar
100 ml susu UHT
280 g tepung gandum
1 camca teh baking powder


1. Putar mentega dan gula kastor hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang.
2. Tambah kiub-kiun keju dan gaul adunan hingga sebati.
3. Satukan tepung bersama serbuk penaik dan diayak. Kemudian masukkan tepung berselang
seli dengan susu UHT hingga habis. Gunakan speed perlahan. Gaul rata.
4. Tuang adunan ke dalam loaf tin yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas pada
dasarnya. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 45
minit atau hingga masak.
5. Boleh juga ditaburkan keju cheddar parut diatas adunan kek sebelum membakar (jika suka)


Tuesday, November 4, 2008

Marble Cheese Cake


Marble Cheese Cake

Walaupun En Hb tak berapa sukakan apa-apa yang dicampurkan coklat, Pn Mama nak juga buat sebab pernah makan kat umah member se'Cyber' sedap......... So Pn Mama nak cuba try test skill... hehehehe

Marble Cheese Cake

Bahan A
185gm butter
1/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung naik sendiri
2 biji telur

Bahan B
250gm cream cheese
1/2 cwn gula halus
1/4 cwn fresh milk
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila


Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
Dalam bekas lain, pukul cheese dengan gula dan vanila hingga sebati. Masukkan telur dan fresh milk, pukul sebati.

Tuangkan adunan koko berselang seli dengan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser dengan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble

Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong. Kek ni agak moist

Daging Black Pepper

Daging Black Pepper ni memang kegemaran En Hb dan anak-anak.


Daging Black Pepper

Daging Batang Pinang dihiris nipis
Lada Hitam ditumbuk
Kicap Manis
Sos Tiram
Tepung jagung
Bawang putih diketuk
Lada Capsicum di potong panjang
Kacang Buncis - kalau suka


Daging di goreng dgn minyak banyakselama 3 - 5 min. Agak2 tenggelam daging tu.
Angkat daging dan toskan.
Tumis kan bawang putih. Masukkan sos tiram dan kicap.
Letak kan sedikit air untuk yg suka berkuah.
Masukkan daging kemudian masukkan tepun jagung yg telah di bancuh dgn sedikit air.
Masukkkan lada capsicum dan kacang.
Siap untuk dihidangkan.
Boleh juga ditaburkan daun bawang dan daun sup utk hiasan.

Saturday, August 30, 2008

Udang Supreme











Resepi ni dapat dari member yg duk jauh nun di selatan tanahair....... Waheedeana. En Hb kata sedap. Anak-anak den pun suko...... huhuhu....thanks Ana.

Friday, August 29, 2008

Buah Sengkuang

Sebenarnya makan buah sengkuang cara macam ni...... dapat masa kecik-kecik dulu..... kat kawasan perumahan masa my mom duk kat Jalan Klang Lama. Rasanya sesiapa yang pernah duk kat area tu...mesti tau dan ingat makan buah sengkuang cara macam ni.. Tak tau pulak kat tempat lain ada ke tak. Oleh kerana dah terlampau lama...... nama dia pun tak tau..... Ada sesiapa tau tak? Main hentam jer letak nama ni.....













Sengkuang Sos Berkacang

Sebiji buah sengkuang di kupas kulit dan di potong.
Sapu Sos Cili dan taburkan kacang yg telah ditumbuk.

Tauhu Lagi...........











Mmg tauhu favourite sebenarnya..... rasanya kalau hari hari menu tauhu pun tak pe..... hehehehe

Sambal Goreng Tauhu Kacang Dgn Ikan Bilis

2 keping tauhu
Segenggam kacang tanah
Ikan Bilis (kalau suka byk, letak byk)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar cili boh ( kalau suka pedas tambah)
minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

1. Bawang merah dan putih ditumbuk lumat.
2. Tauhu dipotong kepada 9 bahagian. Di goreng kemudian toskan minyak.
3. Goreng kacang tanah jugak ikan bilis. Toskan .
4. Tumis bawang dan cili sampai garing. Masukkan garam.
5. Masukkan tauhu, kacang dan ikan bilis. Mesrakan semua bahan tadi.
6. Siap untuk di hidang.

Tuesday, August 26, 2008

Ayam Pandan

Apple Cake tadi tu buat untuk dessert...... chewah mcm mat salih la pulak...ada dessert2 nih..... nak lawan LG ke......hahahahaha........ ini celup punya..... Untuk lunch.... semalam hadif request nak makan ayam...... selalunya kalau dia nak suruh masak ayam..... Ayam Pedas la tuh..... Asyik ayam pedas jer...Pn Mama pun boring gak makan ayam pedas jer selalu...... Pastu teringat la pulak ada resepi Ayam Pandan dari anak tokeh kedai makan kat Batu Pahat tuh....... sape lagi kalau bukan iza...... hehehehe..... Nak citer la kan..... masa buat ayam ni.... kalau agak2 tangan tu tak tahan pijar atau ada baby kecik kat umah..... baik jgn buat dulu la..... sebabnya.... pijar sungguh tangan..... itu pun kurangkan cili api tu...kalau ikut betul resepi dia...15 ulas cili api..... mahu terbakar kot tangan..... hehehehe...... Apa-apa pun berbaloi jugakla pijar tangan ni..... anak suka...makan nasi bertambah tambah...suka tengok dia makan tadi..... seronoknyeeeeee......

Apple Cake

Hehehe....terajin lak ari ni...... buat kek epal...... semlm dgr citer dari member cyber..... dia buat..... pastu terpandang lak kat dlm esbok tu ada epal ntah bila kurun punya la tu agaknya..... Ini mesti balance si'kecik' tu punya....... Resepi asal dari tokeh MYR .... Yani... thanks yani share resipi nih........ mmmmmmm best sedap..........














Kek Epal

1biji epal
100gm mentega
80gm gula halus + 2 sudu besar gula
2 biji telur
100ml whipping cream/fresh cream
150gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

1. Buang kulit epal. Potong kecil-kecil anggaran 3mm. Gaulkan dgn 2 sudu gula. Kemudian
masak hingga epal lembut.
2. Pukul mentega sampai jadi krim, kemudian masukkan gula pukul sampai jadi putih.
3. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi.
4. Masukkan whipping cream kacau hingga sebati.
5. Masukkan tepung gandum yg telah diayak bersama baking powder.
6. Masukkan epal + air ( air yg keluar dari epal). Kacau sebati.
7. Masukkan dlm loyang. bakar dalam suhu 180C selama 25- 30 min.

Friday, August 8, 2008

Roasted Chicken















Malam tadi dinner Roasted Chicken....... jugak ambik kat blog Puan LG. Memang tak pernah roast chicken sebenarnya...... walaupun ada MW...hehehehe...... So ini tugas pertama MW nak roast chicken....... hasilnya boleh tahan jugak......

Chicken Roasted

Bahan-bahan
1 ekor ayam (i buat setengah jer)
Soft butter (butter biasa pun ok)

Bahan perap:
5 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar madu
1 sudu besar kicap manis
beberapa helai daun limau purut di mayang halus
kalau nak pedas sikit letak cili boh
Sedikit garam

Tumbuk semua bahan bertanda *.

Campur butter ke dlm semua bahan perap. Lumurkan semua bahan tadi pada ayam tersebut.
Biarkan dalam 1/2 - 1 jam. (lagi lama lagi best)
Bakar selama 1 jam - temperature 130.

Chocolate Swirl














Chocolate Swirl ni imported dari rumah LG......... Oleh kerana En Hb kurang sikit dengan coklat2an ni...... i pun kena la buat sikit jer. Buat 1/2 adunan, ok hanya untukku hehehehe.... tapi swirl dia tak berapa swirl la pulak......

Chocolate Swirl

Bahan A:
185g butter
1/4 cwn serbuk koko
1 cwn gula castor
2 biji telur (gred A)
1 cwn tepung gandum
Masak butter dan serbuk koko atas api sederhana hingga butter cair.
Alihkan dr api dan tambahkan gula, telur dan tepung gandum.
Kacau dgn garfu hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dlm acuan yg telah di gris dan dilapik kertas.

Bahan B:
250 gm cream cheese, suhu bilik
1/3 cwn gula castor
1 tsp vanilla esen
1 biji telur (gred A)
Pukul cream cheese yg dah lembut tu bersama gula dan vanila sampai ringan dan kembang.
Masukkan telur dan pukul lagi hingga bercampur.
Tuangkan adunan cream cheese ke atas adunan coklat tadi dan swirl kan menggunakan lidi. Pattern terpulang pada citarasa sendiri.
Bakar pada suhu 180ºC for 1 hour.

Thursday, August 7, 2008

Spagetti

Minggu ni panas sgt kat sini.... jerebu semakin teruk. Dah la panas terik...jerebu pulak...... sampai nak keluar jemur pakaian pun takut...... takut sakit kepala.... hehehehe bukan takut hitam..... dah kulit tu, kulit melayu ..... lainlah kalau ada pan asian punya species. Nak share dinner malam tadi..... Spagetti Bolognese ini resepi sendiri tapi banyak dah resepi ni kat memana so i copypaste yg ada kat MYR resepi Mutiarazura









Monday, August 4, 2008

Simple Pasta

Sepatutnya nak keluar dgn member se'Cyber' gi shopping (ke window shopping....) kat Sogo....tapi sebab banyak pulak program yang nak di buat weekend ni....jadi cadangan tersebut terpaksa di lupakan..... En Hb ajak gi shopping la pulak, kat mana lagi....1 Utama la..... favorite shopping place dia...!!!!
Lunch kitorang makan kat Dave's Deli, memang kebiasaannya.... kalau pergi 1 Utama ni...makan mesti kat situ..... bukan apa...kat situ tanda halal JAKIM kat kaunter nak order.... so takyah was-was lagi.....
Sunday biasanya kitorang ni jarang ambik breakfast....... tapi ambik brunch..... hehehee...sekali breakfast dgn lunch...... Buat Nasi Lemak Sambal Tumis Ikan Bilis jer...... senang..... dinner pulak....En Hb request nak makan pasta..... haiiiii.... tak pernah buat pasta ni...... nak buat camner ye..... pastu teringatla pulak satu program kat TV, tapi ingat-ingat lupa cara-cara dan ingredient dia...... So ini la rupa Simple Pasta resepi yg main hentam saja tuh.....

Monday, July 7, 2008

Masak lemak Cili Api Udang Dgn Rebung

Lama dah rasanya tak buat masak lemak cili api ni....... apalagi kalau dengan rebung.... En Hb memang tak makan rebung....... tapi Puan Mama rasa nak makan juga...... tak kira nak buat juga... hehehe..... tapi kena masakkan lain jugala untuk En Hb....... Hari ni puasa lagi....... juadah untuk berbuka kita buat kueh keria la pulak...... Kueh Keria ni...macam biasa la....menyinggah jap kat umah CMG...... So hari menu berbuka....... Masak Lemak Cili Api Udang dgn Rebung....... kueh keria pastu jiran sebelah hantar la pulak....Roti Canai dgn Kuah Dalca. Jom makan.......




Wednesday, July 2, 2008

Sambal Tauhu Dgn Udang

Hari ni sebelum masak pagi tadi....menyinggahla sekejap kerumah Che Mat Gebu...... macam biasa la.... kalau tak terpikat nak masak...pasti akan terpikat mata tengok segala resipi yg ada kat rumah dia tuh...... Mmg ada hati nak masak tauhu...... tengah dok cari2 jugak apa yang best buat dgn tauhu ni....... masuk2 je rumah CMG ni.....fuhhhh..... terpampang Sambal Tauhu Dgn Udang........ apalagi pucuk di cita ulam yg dtg....... so ambik la resipi ni...... Sedap....... first time buat terus menjadi resipi tauhu ni..... Lepas tu......tengok2 kat bawah cabinet tu ada ubi kayu ...... nak buat bingka ubi rasa mcm malas jer nak main dgn oven hari ni....... tgk2 lagi kat umah CMG..... apa yg sedap dgn ubi kayu ni....... terpandang la pulak Bebola Ubi Kayu ......... Terima kasih CMG........ jemput makan semua..... kita minum petang sambil duk tengok pokok2.......hehehehe


Green Curry

Green Curry .......... hehehehehe.....terima dari member seMYR ....... tak pernah rasa...... tak pernah masak...... tapi pernah tengok org siam masak ni....kat tv lama dulu...... tak ingat rancangan apa dan bila masa...... Ada member buat masak dengan ayam.... tapi kat rumah ni kalau ayam masak gulai.....kureeeenngggg la.....so gantikan dengan Ikan Tenggiri....... Sedappppppp...... Yang penting En Hb suka....dan kata sedap.....Apa-apa pun layan jer...... Dinner malam tadi...... makan dengan Calamari Ring wif Sos .... sos dia best....anak2 berebut dgn En Hb...... sampai tak cukup....... hahahaha..... buat sikit jer..... ingatkan tak suka..... terima kasih IKA....... terima kasih Jun

Ikan Sebelah Steak Dgn Sos Putih

Dah lama rasanya tak dinner dgn western food ni...... Selalunya bila weekend jer....... terpaksa la Puan Mama mem"browsing" cari resipi western food....... Hadif dgn En Hb dah beberapa kali request tapi disebabkan boleh dikatakan setiap minggu ada saja program ...... jadi...... beberapa kali weekend dah tak buat ....... so hari Ahad yg lepas, we all pergi ke JJ Equine Park ni jer...... sebab hari sabtu sebelum tu....Puan Mama keluar dgn Cyberfriends.....jadi anak2 minta jugak la nak keluar jalan2...... Pergi JJ satu kemestian singgah kat supermarket ........ tengok2 ikan. terlihat la satu fillet ikan....tanya kat salesperson tuh....dia kata Ikan Sebelah....... tanya dia...ikan ni manis ke tak...??? Dia kata yang ini ok...ikan baru.... So En Hb kata try la buat fish and chips ke.... Ambik dua keping...... sekeping dia besar juga..... so mlm tu cari la resipi nya...... Apa-apa pun....cari dulu kat MYR...... kalau tak jumpa baru cari sumber lain....... Tgk resipi lydia aka Skyblue...... ada resipi Salmon Steak dgn Sos Putih...... dia kata boleh guna apa-apa ikan pun......hhhhmmmmm ........ Try yang ini la....... hasilnya...........makan dengan Nasi Goreng Cili Api .............. En Hb kata sedap....... Hadif kata....nanti buat lagi ye.......hehehehehe .....seronoknya

Wednesday, June 25, 2008

Malazzzzzznya

Hari ni macam hari semalam...malas je rasanya..........rasa takde mood nak buat apa-apa...... Tapi walau macamana pun ada anak nak kena bagi makan...... Pagi sebelum pegi sekolah Hadif request nak makan Ayam Pedas..... Memang ini favorite dia........ Kalau masak ayam pedas ni..... Memang kena buat lebih sikit...... dia suka ratah jer ayam ni....... Nama jer ayam pedas..... Tak pedas mana pun....letak cili sikit jer, bagi rasa pedas.......tapi jgn letak sos...... gerenti dia tak makan...... itu selera Hadif...... so buat ayam pedas jer la hari ni...... dgn sayur bayam masak air.... So seperti biasa, balik je dari sekolah, hadif aan buat homework sampai habis dulu baru makan...... selera betul dia makan ayam pedas..... nanti bangun tido, ptg nanti mesti dia minta lagi ayam pedas tu..... hhhhmmmmm.... takpe la dia nak makan...... tapi takleh tiap tiap hari.... seminggu sekali boleh la....... so Puan Mama pun tumpang la dua kaki makan ayam pedas tuh..... seperti yang telah diberitahu....malasnyer...... nak masak....... En Hb lak Outstation lagi..... Jumaat nanti baru balik......
Petang-petang ni..... terasa macam nak mengunyap....... nak makan apa ye....... iskhhhh... malasnyer...... tapi rasa nak mengunyap jugak....... Tengok2 kat bawah cabinet tuh ada keledek, haaa....... ada idea ni.... nak buat cakar ayam......... Aikkkkk...... malas2 pun nak buat cakar ayam jugak ke....... boleh la, senang jer buat cakar ayam ni........ Sebenarnya, masa sekolah menengah dulu rajin gak buat cakar ayam ni..... guided by my mom la...... buat dgn my sister..... so bila dah dewasa ni (cewah....) ini 2nd time buat........ 1st time buat, last year kalau tak silap....... guided by my mom jugak la...... tapi hari ni buat sendiri....... on my own..... heheheheh....pandai gak..... sib baik jadi....... apa-apa pun resepinya sama macam resepi yg diberikan oleh Syahmi ni..... sama..... mmg sama......Cakar Ayam. Sorry Syahmi, cilok resepi u ni... letak kat sini.......malas nak salin2 lagi..... lagipun sama jer...... hehehheehh....terima kasih Syahmi...pinjam resepi u ...