Tuesday, October 27, 2009

Sup Ayam

Hadif masih lagi macam takut-takut nak makan. Dia takut muntah lagi.  Pagi tadi, dia kata nak makan Mc Donalds. Kebetulan En Hb pun ada kat rumah, kami pun bawa la dia pegi ke Mc Donalds tu. Tapi beli untuk makan di rumah je sebab Hadif kata dia tak larat la nak makan kat sana. So sampai je kat kaunter Drive-thru, tetiba hadif muntah lagi dalam kereta. Punya la kelam kabut, nasib baik cuma muntah air je. Terus dia menangis.  Kesian la pulak. Mesti dia rasa tak selesa.

Oleh kerana ada orang sakit kat rumah ni, dinner Pn Mama buat Sup Ayam je.

Buat juga Sambal Belacan Mangga Muda.... untuk lawan Sup Ayam tu....... mmmmmm yummmm


No comments: