Wednesday, May 20, 2009

Roti Sosej

Macam semalam jugak tak tau nak buat apa untuk minum petang. Dah pukul 4 baru dapat idea nak buat roti sosej ni. Itu pun lepas borak-borak dgn Cik Mi. Heheheh Alhmadulillah.... En Hb suka..... anak teruna pun suka.

Tuesday, May 19, 2009

Masak Lemak Cli Api Pucuk Ubi

Hari ni Pn Mama takde idea nak masak apa-apa untuk minum petang. Pulak petang tadi hujan lebat serta dengan guruh dan petir. Jadi Pn Mama mengambil kesempatan untuk melelapkan mata barang seketika sebelum memulakan langkah untuk "berperang" untuk makan malam. Pun takde idea jugak nak masak ni....... Tapi ari tu ibu Pn Mama ada bawa pucuk ubi yag telah siap di celur untuk dimasak pada hari sabtu kononnya..... tapi disebabkan ada lak yang mengajak kami sekeluarga makan malam di sebuah restoran di Bangi..... tak jadi la pucuk ubi tersebut jadi santapan kami.

Monday, May 18, 2009

Kuih Gulung @ Ketayap

Ibu Pn Mama datang last weekend, dia bawa gakla untuk Pn Mama Inti Kelapa. Ada lagi inti tu, lepas buat kuih koci sabtu lepas. Buat kuih gulung la pulak. Anak teruna Pn Mama suka kuih ni..... Selain dari nama Kuih Gulung dan Kuih Ketayap...... kuih ini juga dikenali dengan nama Kuih Dadar

Pajeri Nenas

Semalam sebelum ibu pulang, Pn Mama request kat ibu Pajeri Nenas. En Hb pun suka gak Pajri Nenas ni. Buat pekat-pekat....makan dengan nasi panas-panas..... berpeluh beb!!!

Friday, May 15, 2009

Cucur Badak

Entah kenapa minggu macam rajin je nak buat kuih untuk minum petang. Tekak Pn Mama ari ni rasa nak makan Cucur Badak la pulak.

Daging Grill Pedas

Hari ni Pn Mama beraksi ala-ala Licence to Grill. Sedap sungguh daging ni....kena pula dengan sos dia yang masam manis pedas tu.... Wallaaaa.....Resepi ini Pn Mama dapat dari rumah sahabat alam maya Pn Mama iaitu Pn Nor. Rugi kalau tak cuba.... memang sedap terangkat!!!!!. Daging Grill Pedas.

Thursday, May 14, 2009

Ondeh-Ondeh @ Buah Melaka

Ada yang panggil Ondeh-ondeh. Ada yang panggil Buah Melaka. Kalau kat kampung Pn Mama di panggil Kueh Kelepong. Hehehhehe...... so jemput minum bersama Pn Mama kueh ni.....