Tuesday, June 16, 2009

Musim Buah-buahan

Lama sungguh Pn Mama tak "update" n3. Bermula dari musim cuti sekolah , adik-adik En Hb datang ke rumah Pn Mama. Jadi, ada sikit sibukla ketika itu. Selepas tu pula, En Hb pula kea bekerja di luar daerah, ke pantai timur, so kami mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung seterusnya bercuti. Selepas itu pula, anak teruna Pn Mama nak tinggal di kampung bersama ibu Pn Mama, so kena la pulak hantar anak teruna Pn Mama tu untuk tinggal bersama-sama neneknya. Jadi memang tak sempat la nak buat N3 ke, pun takde aktiviti yang menarik untuk di ceritakan.
Namun begitu, balik kampung kali ni, ada aktiviti untuk En Hb. Ibu Pn Mama telah mengajak beliau untuk pergi melihat kebun getah dimana kat situ arwah datuk Pn Mama ada menanam pokok buah-buahan seperti durian dan manggis. Jadi En Hb, kena masuk kebun la......... hahahahaha!!!! So merasa jugakla buah durian kebun tersebut.
Ini antara buah maggis yang kami ambik dari kebun tersebut. Buah durian.....tak sempat snap....dah licin!!!!!! Kalau ada rezeki dapat buah durian lagi...Pn Mama ambik gambar ye.....

No comments: