Monday, November 30, 2009

Banjir Oh Banjir

Hari Jumaat lepas, Pn Mama sekeluarga menziarahi adik En Hb yang telah selamat melahirkan baby girl  di Kemaman. Bila dah sampai ke Kemaman dan tidur sana semalaman.... terasa la dah dekat ke Kuala Trengganu. Apalagi, kami pun bergerak ke Kuala Terengganu. Alhamdulillah, perjalanan kami ok...tiada hujan lebat dan angin. Kami sampai di Kuala Terengganu dalam pukul 4. Sampai je di Kuala Terengganu hujan turun tak berhenti-henti dari sejak kami sampai sampailah ke pagi esoknyer. Kalau berhenti pun hanya sepuluh minit je, lepas tu lebat semula. Tak sempat ke mana-mana pun. Nak beli keropok lekor pun tak sempat!!!! Oleh kerana hujan tak berhenti-henti dari petang tu, kawasan yang rendah di naiki air. Antara kawasan yang di naiki air ialah Bandar Paka dan Bandar Dungun. Huh.... suspense gak meredah air ni.
Layan gambar Banjir.....tapi sebelum tu minta maaf kerana gambar kurang terang disebabkan mengambil gambar daam keadaan kereta bergerak, pulak tu..... teknik mengambil gambar Pn Mama memang hancussss!!!





Yang ini keadaan ombak di Pantai Marang. Tinggi ombak tu .....Seronok lak tengok!!!!

Ini kat Bandar Paka. Kampung kat belakang bandar ni rendah sikit tu yang naik air tu.

Bandar Paka



Ini kat Bandar Dungun.

2 comments:

Unknown said...

salam zie..hati-hati tau..bahaya untuk anak kecik...

Ziehelmy said...

Salam kak ina
Tu la.... sib baik kereta zie tinggi sikit.... tapi pun suspense gak masa tu..