Friday, December 11, 2009

Daging Grill

Resepi Daging Grill ni dapat dari sahabat Pn Mama yang duk kat Pantai Timur nun. Dah lama tak borak atau berjumpa dengan dia. Sejak MIL Pn Mama tiada ni, Pn Mama jarang balik ke Terengganu. Kalau balik pun hanya sekejap je. Paling lama pun 3 hari...itu termasuk hari dalam perjalanan. Maknanya Pn Mama hanya berada di K.Terengganu hanya 2 malam sahaja la...... nak buat cemana kan.
Berbalik kepada Daging Grill ni.... ini untuk lunch tengahari tadi. Macam biasa la kat rumah ni cuma ada MW je.... so masuk je dalam MW... tekan berapa berat ... bila masak je dia akan berbunyi. Senang kerja hasilnyer.....


No comments: