Friday, December 10, 2010

Detik Kelahiran

Assalamualaikum
Menceritakan pasal kehamilan kali ini...... memang terlalu banyak dugaan dan cabaran yang Pn Mama hadapi. Dari awal hamil, Pn Mama mengalami muntah-muntah yang teruk. Di samping tetap mengambil ubat untuk menguat rahim. Di samping itu, Pn Mama juga mengalami alergi yang teruk.
Pada tahap trimester kedua pula, Pn Mama mengalami kontraksi awal. Sehingga terpaksa mengambil ubat menahan kontraksi sehingga ke minggu ke 37.  Pada minggu ke 37, Doktor menasihatkan Pn Mama tidak bergerak langsung kerana dikhuatiri akan melahirkan sedangkan berat bayi dijangka hanya 2.46kg. Kerisauan Pn Mama hanya Tuhan sahaja yang maha mengetahui.
Alhamdulillah, sampai juga ke minggu ke 38. Akhirnya Pn Mama merasa terus-terusan sakit terus Pn Mama "check-in" di Hospital Pantai pada hari sabtu jam 130pagi.
Pada tanggal 5hb December 2010, jam 1236 pagi bersamaan hari Ahad setelah berhempas pulas, terdengarla jeritan. Alhamdulillah..... kelahiran seorang puteri yang di nanti-nantikan. HAIFA HADHIRAH diberi nama. Semuga menjadi puteri yang solehah.  
Masa ni baru sejam melihat dunia. Berat ketika lahir 3.06kg. Syukur kepada Mu !!!!
Ini selepas 12jam selepas dilahirkan.

2 comments:

Sofya said...

Salam Zie...

congrats..suke akak tau...hiks
comelnya anak dara zie..

*no wonder..senyap jek*...hehehe

Ziehelmy said...

Salam Kak Pia,
Hehehhehe.....Terima Kasih kak. Zie alahan teruk kat peringkat awal, pastu sehat dlm 2 bulan early contraction pulak.