Monday, July 13, 2009

Cuti-cuti Malaysia Utara

Kebetulan En Hb ada kerja kat Alor Setar. So Pn Mama dah lama sangat tak berjalan-jalan ke utara, so Pn Mama mengambil kesempatan la ikut sekali. Kali ni first time masuk Penang dengan menaiki feri. Anak-anak Pn Mama excited sebab first time naik feri.
Semasa di Penang ni, kami duduk kat Bayview Beach Resort. Kebanyakan bilik hotel penuh minggu ni ..... kalau adapun tinggal yang mahal-mahal je...... lebih kurang RM900 semalam. Mahal tu!!!! Tak mampu la makcik. So duduk kat hotel ni pun ok gak....... harga pun dalam RM350 semalam. Ok la tu.... janji anak-anak seronok dapat tido kat hotel!!!!
Sebenarnya tujuan pertama Pn Mama nak sangat ikut En Hb ke Penang ialah untuk berjumpa seseorang. Alhamdulillah Allah perkenankan juga hajat Pn Mama ni. Tapi Pn Mama tak sempat nak bergambar dgn dia, cuma Pn Mama sempat bergambar dgn adik dia je....... hehehhehehe. Apa-apapun best jumpa family ni....macam dah kenal lama je...... seronok betul kami berborak.

No comments: