Monday, July 27, 2009

Vadei

Balik kampung Pn Mama baru-baru ni, Pn Mama berkesempatan berbual dengan peniaga Kuih vadei yang famous kat daerah Pn Mama ni. Kalau pegi pasar malam, mesti beli kuih vadei dia ni. Resipi kuih vadei dia pernah masuk Majalah Saji keluaran May 2007 katanya. Tak tau la sebab Pn Mama jarang tengok Majalah Saji ni. Apa-apapun......kuih vadei dia memang sedap & rangup. Bila Pn Mama tanya bagaimana resepinyer... senang jer!!!!!
Kuih vadei
2 cawan Kacang Dhal (di rendam 6 jam)
2 sudu cili serbuk
1 labu bawang besar di potong dadu
3 tangkai daun kari dihiris halus
1 tangkai cili kering di hiris halus (kalau nak letak)
garam secukup rasa


1. Kacang Dhal yang telah dibersihkan di kisar - jangan hancur sangat.
2. Selepas di kisar, keringkan air - kalau nak senang, masukkan dalam kain kemudian perah sampai agak-agak kering tapi jangan terlalu kering.
3. Gaul rata cili, bawang, daun kari dan garam bersama kacang yang telah di keringkan airnya.
4. Selepas di bulat dan dileperkan, goreng dengan minyak yg panas bersama beberapa helai daun kari.
5. Diingatkan jangan di terbalikkan sehingga betul-betul masak, nanti dia pecah.

No comments: