Wednesday, January 21, 2009

Kuih Siput

Hari ni terasa nak makan kuih siput. Masa balik kampung baru ni, bonda Pn Mama ada dapat sepeket kuih siput pemberian dari kawannya. Sedap pulak mengunyap kuih siput ni...... rasa tak puas lak makan sebab benda tu sikit je. Nak buat kuih siput ni bahan-bahanya mudah sangat, yang susah sikit masa nak menyiput tu la. Naik kembang ibu jari ni menekan. Pn Mama buat sikit jer, sebab yang nak makannya hanya Pn Mama dan hadif kalau pun baby hanya ambik satu dua jer. Manakala En Hb memang kurang menggemari kudapan-kudapan seperti ini. Resespi ini ialah ciptaan sendiri. Sukatan pun lebih kurang aje. Main agak-agak je la. Hasilnya insyaallah sedap dan rangup.


Kuih Siput @ Ziehelmy


3 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk kari
2 sudu kecil serbuk cili ( tambah kalau suka pedas)
2 sudu kecil udang kering yg sudah di kisar
1/2 cawan santan pekat
1 biji telur
garam secukup rasa
2 tangkai daun kari di mayang halus


1. Gaulkan semua bahan kecuali santan.
2. Masukkan santan, tambahkan air jika perlu.
3. Uli sampai betul-betul lembut.
4. Cubit sedikit dan lenyekkan di atas papan canai kuih siput. Buat sampai habis.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.

4 comments:

Aymy with love said...

Salam..

K zie, bak sket... dok kudap2 masa musim sejuk nie memang best...

Ziehelmy said...

hehehehe aymy...nak i antar pakai poslaju ke courier service????

Azita said...

zie!!!!!! ini kuih kegemaran kak ita ni!!! tiap kali raya mesti order dari emak (???). ada lagi tak? nak sebalang...!!!

Ziehelmy said...

kak ita...sebalang je cukup ker??? meh la sini...nak zie buatkan ke.... utk kudapan masa ngunyap tgk tv...hehehehe